Menyondol Bukit Botak dgn Otai Zamri.... 😄 |
KaYuH LaYan ALaM...
Hamba Kepada Allah...
Tuesday, February 27, 2018
Tuesday, December 23, 2014
.:: Menyelenggara "Sea Sucker" Serta Kelebihan & Kekurangan ::.
Leraikan komponen sebelum dibersihkan |
Salah satu pum tekanan telah rosak (patah) |
- Ia mudah dipasang pada semua kereta.
- Pemasagan di cermin depan perlu mengambil kira jarak keselamatan antara wiper - cup sea sucker.
- Mudah dibuka = Maka mudah diambil orang.( Berhati-hati bila meletak kenderaan)
- Touch N Go = Clear.
- Tekanan pum kene periksa selalu (jika jalan jauh, 2jam sekali, lebih kerap lebih bagus).
- Pum mudah patah/ rosak (dah 2 kali patah dalam). Telah menggunakannya 1 Tahun 6 bulan
- Penyelanggaraan perlu dibuat 1 tahun sekali.
- Rujukkan penyelenggaran https://www.youtube.com/watch?v=Ps27VDuH664
- Sebelum ni saya menggunakan Thule lebih 5 tahun. Thule memang sesuai utk penunggang basikal dari segi keselamatan serta ketahanan barang. Harap-harap kit yg sesuai dengan kereta sekarang dapat di keluarkan tidak lama lagi. Boleh la beralih ke Thule semula.
Thursday, May 15, 2014
.:: XTVT LASAK : THE RIVER 13/5/14 ::.
Penganjur Pathfinder Cycling Exploration
Jumlah Rider : 35 Orang
Jarak : 48Km
Tok Penghulu: Nasrul Hisham
Terima kasih kepada penganjur yg menyediakan laluan hebat mencabar mental dan fizikal. Habuan kayuhan THE RIVER mmg kene dgn temanya. Amat berpuas hati dengan sungai yg masih belum tercemar, air yg sejuk lagi jernih...Terima kasih daun keladi ada masa kita jumpa lagi." DUA SUDU MADU SEBELUM KAYUH!"
Gambar Ihsan : Hamdzan, Pathfinder Cycling Exploration, Ahmad Rizal.
Link gambar2 menarik serta ingin menyertai kayuhan akan datang:
PathfindersCyclingAdventure
Jumlah Rider : 35 Orang
Jarak : 48Km
Tok Penghulu: Nasrul Hisham
Cerapan kayuhan (Ihsan Along KNR) |
Berkumpul di Kajang Perdana |
Bersama Tok Penghulu Nasrul |
CP1- laluan-laluan manja |
Pertengahn kayuhan...Kayuh sampai tak larat nak kayuh.... |
Pikul sampai tak larat nak pikul |
Ini habuan dowhill bila balik nanti...skrg kene pikul naik dulu.. |
Habuan Kayuhan .... THE RIVER.... |
Kalau dah sampai tak mandi mmg rugi...keindahan semulajadi dgn air yg jernih lagi segar |
Aktiviti berendam... |
Selesai mandi,aktiviti memikul bersambung semula...sebelum habuan downhill |
Tolak sampai ke puncak... sblm turun... |
Gambar Ihsan : Hamdzan, Pathfinder Cycling Exploration, Ahmad Rizal.
Link gambar2 menarik serta ingin menyertai kayuhan akan datang:
PathfindersCyclingAdventure
Thursday, April 24, 2014
.:: Misi Mejelajah Trail MTB ::.
Kuantan,
Terdapat byk trail-trail hutan di sini, antaranya Trail beserah, Trail TC (Teknikal trail), Trail Jabor dan banyak lagi. Kesemua trail-trail tersebut sedia di ratah oleh rider-rider. Aku amat senang hati berkayuh di kuantan kerana rata-rata ridernya peramah. Bertambahlah rakan-rakan rider... Terimakasih geng!! Pertama kali berkayuh di Kuatan ialah bersama Cikgu Mie dan rakan yg membawa aku layan trail Hutan Beserah. Bukit yg paling aku suka panjat (tak larat tolak) ialah bukit pelindung. Sekarang kerja-kerja di Kuantan dah pun siap, Insya allah kita bertemu lagi lain waktu.
Misi menjelajah trail seterusnya bergantung pada tugasan baru...harap2 dapat tugasan kerja di utara pula....bolehlah aku merasa trail di sana. Teringin juga nak merasa trail sebelah selatan (johor), Di perak pun banyak juga trail-trail menarik... huhuhu bilalah agaknya dapat ku layan trail-trail ini. Semuanya memerlukan masa yg sesuai..Insya Allah...
~~~~~~~~"Geng MTB, Mu Tunggu Aku Datang :) "~~~~~~~~
~~~~~~~~"Geng MTB, Mu Tunggu Aku Datang :) "~~~~~~~~
Sunday, March 30, 2014
Wednesday, March 26, 2014
.:: Hubung Kait Kadar Degupan Jantung (Heart Rate) & Kalori ::.
Contoh :
Result
HR Zones | Energy expenditure (avg.) | ||
---|---|---|---|
HR % | bpm | kcal/min | kcal/h |
50 - 60 % | 93-110 | 5.0 | 300 |
60 - 70 % | 111-129 | 7.1 | 424 |
70 - 80 % | 130-147 | 9.1 | 548 |
80 - 90 % | 148-166 | 11.2 | 672 |
90 - 100 % | 167-185 | 13.9 | 836 |
Berdasarkan contoh diatas, kita boleh membakar kalori ~400 kalori jika kita berkayuh pada kadar 60-70% dalam masa 1 jam (kategori kayuh santai). Jadi jika kita mampu berkayuh 30 minit maknanya kita mampu membakar ~200 kalori.
Oleh itu, untuk membakar lebih banyak kalori dalam masa 30 minit, kita perlu berkayuh pada kadar nadi 80-90%. Maka kita perlu berkayuh lebih laju atau banyakkan pendakian. Kayuh laju tidak semestinya kita perlu mencapai halaju yg tinggi (rujuk meter halaju), tetapi ia boleh dilakukannya dengan menggunakan gear rendah (ringan). Maknanya lebih banyak kitaran kayuhan . Orang basikal cakap main "cardence" . Kayuhan meggunakan gear rendah/ringan memberi senaman yg lebih pada jantung.
Contoh mode kayuhan yg boleh kita lakukan : (Jalan landai)
2minit zone 3 (60 - 70 %)
3Minit Zone 4 80 - 90 %)
Ulangan 10 kali.
Contoh mode kayuhan yg boleh kita lakukan : (Jalan landai)
2minit zone 3 (60 - 70 %)
3Minit Zone 4 80 - 90 %)
Ulangan 10 kali.
Maka kalori yg belebihan akan dapat dibakar atau dibuang . Akibat dari kekanggan masa berkerja serta urusan lain menyebabkan masa utk kita berkayuh terhad. Oleh demikian, cubalah kita curi-curi masa agar kita dapat buang kalori yg berlebihan 3 kali dlm seminggu.
"Berkayuhlah untuk kesihatan"
Wednesday, March 12, 2014
.:: MH Jamboree Kota Warisan 360 ::.
Jumlah Rider : ~2000 orang
1. Cuaca panas...jalan berdebu..itulah cabaran tambahan.
2. Pendakian anak-anak bukit, jangan disangka diri gah boleh redah, silap percaturan rebah..
3. Pendakian panjang jika mental pecah, akhirnya menolak beb..
4. Tanda arah / Marking amat cukup. Kalau tersasar laluan jugak, sah rider depan semua "tunduk" laju layan downhill yg amat lazat.
5. Goodies/ sponsor memang bermurah hati. Moga perniagaan anda semakin maju.
6. Tahniah kpd penganjur serta pengurusan. Anda memang "Seat 1st Class". Dapat lg aku kumpul medal besi yg berkualiti :)
Kesimpulannya, Trail amat menarik tak rugi menyertai jamboree ni. Aku cadangkan tahun depan buat jamboree malam pulak hehehe. Dolu2 aku dan rakan-rakan pernah mengikutikayuhan malam di sekitar kawasan ni. "Lain waktu, Lain cabaran".
Kayuhan Malam Kota Warisan
Dikala ini, MH370 yg hilang masih lagi misteri. Insya Allah, misteri ini dpt dirungkai tidak lama lagi. Dan Allah amat mengetahui segala kejadian dan ketetapan itu.. Sama-sama kita doakan anggota-angota keselamatan kita di beri petunjuk dlm merungkai misteri kehilangan pesawat ini. Serta diharap semua penumpang selamat dijumpai dan dipelihara oleh-Nya.
Cerapan Laluan Ihsan : Mejar Fauzi
Jarak : ~35Km
Cerapan Laluan dan ketinggian |
Cerapan Ketinggian Laluan |

Wednesday, March 5, 2014
Friday, February 14, 2014
.:: KAYUHAN 6000 RIDER 9/2/20014 ::.
Jumlah Rider : 6000 ++
Jarak : ~ 50Km
Laluan : Putrajaya - Bkt Jalil - Putrajaya
Jarak : ~ 50Km
Laluan : Putrajaya - Bkt Jalil - Putrajaya
Kayuhan Fun Ride kali ini hanya bermodalkan RM5. Kayuhan sempena Hari Wilayah telah mendapat sambutan hangat dari rider-rider. Lebih 6000 rider menyertai kayuhan tersebut, sekaligus mencipta rekod kayuhan teramai yg pernah aku sertai. Mungkin juga kayuhan teramai di Malaysia setakat ini. Dari segi penganjuran, pentadbiran serta penajaan boleh dianggap berjaya. Bagi peminat-peminat basikal, ini merupakan satu acara yg ditunggu-tunggu dan adalah platfom yg terbaik utk berkumpul serta berkayuh beramai-ramai dengan selamat. Taniah semua dan terima kasih kepada anggota2 keselamatan yg bertugas bagi melancarkan perjalanan kayuhan ini . Moga penganjuran ini dapat diteruskan utk tahun hadapan .
Cerapan Kayuhan |
Basikal pertama aku dah jd milik org. |
Sebelum kayuh |
"Ini kali pertama masuk event besar" Lps ni boleh la masuk event lain pulak |
Laluan 2 lorong dipenuhi dgn rider. Ini laluan antara Lebuh Silikon ke UPM |
Bkt Jalil, rehat sebelum kayuhan ke Putrajaya semula |
Punya ramai rider...sayup mata menandang... |
Tapak Mula |
Tapau awal..masa utk keluarga pulak. |
Tahun depan kalau boleh 10ribu rider!!! |
Al-Fatihah kepada seorang rider yg meninggal dunia ketika sampai di garisan penamat. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Gambar Ihsan : Hamdzan, Pirate, Mazuan,Cycling Malaysia
Tuesday, January 28, 2014
.:: Kayuhan Air Terjun Kubang Gajah (Sofea Jane), Kemensah 26/1/14 ::.
Jarak - ~15km pergi balik
Rider - 11 org
Mula/ Parking - Shell MacD (berhampiran Zoo negara)
Kayuhan kali ini bertema santai bersama rakan-rakan lama sambil makan nasi lemak berlatarkan air terjun yg indah. Sudah hampir 2 tahun rasanya tak jengok trail ni. Laluannya pula sudah rata kerana sering digunakan oleh ATV. Apa yg menariknya trail ni?
1. Laluan mendaki yg panjang dan landai ke tapak air terjun .
2. Laluan trail yg luas.
3. Suasana hutan belantara hanya dipinggir kuala lumpur...sapa sangka ada air terjun yg indah di sini.
4. Bagi yg tak suka kayuh, boleh sewa ATV utk ke tempat ni..
Cerapan ketinggian laluan |
Persimpan laluan- Dam Trail, Lubuk Tedong dan Kubang Gajah. |
Rakan-rakan lama sejak mula2 kayuh MTB bertemu semula |
Setiap ride kita enjoy! |
Inilah dia air terjun tu...gambar yg aku amik langsung tak cantik, ini gambar aku copy google.. |
Kayuhan kali ini bertema santai bersama rakan-rakan lama sambil makan nasi lemak berlatarkan air terjun yg indah. Sudah hampir 2 tahun rasanya tak jengok trail ni. Laluannya pula sudah rata kerana sering digunakan oleh ATV. Apa yg menariknya trail ni?
1. Laluan mendaki yg panjang dan landai ke tapak air terjun .
2. Laluan trail yg luas.
3. Suasana hutan belantara hanya dipinggir kuala lumpur...sapa sangka ada air terjun yg indah di sini.
4. Bagi yg tak suka kayuh, boleh sewa ATV utk ke tempat ni..
5. Nikmat makan nasi lemak dan mandi... sojukkkkk serta pemandangan indah.
6. Nikmat Downhill sepanjang laluan balik...memang hebat bagi mereka yg pakai spring belakang.
Gambar Ihsan Cito
Subscribe to:
Posts (Atom)