Saturday, September 18, 2010

ABC Dry Powder- Simpanlah sebuah dirumah sebagai persediaan utk memadam kebakaran kecil di rumah

Hai kawan2 semua. Saja ingin berkongsi sedikit pengetahuan tetang peralatan diatas. Peralatan diatas memang biasa kita lihat di pejabat,kedai-kedai serta ditempat membeli-belah.

1.Apakah Ia?
Adalah sejenis alat pemadam api mudah alih.

2.Jenis apakah alat pemadam api ini?
Serbuk kering ABC

3.Jenis Kebakaran macam manakah boleh digunakannya?
Kebakaran kecil yg berpunca dari bahan pejal (kayu,kertas,plastik) serta kebakaran kecil melibatkan elektrik & minyak.

4.Brp Kos utk kita beli sebuah peralatan tersebut.
Berdasarkan harga 5 tahun lepas utk saiz 9Kg (yg paling besar) harganya lebih kurang Rm90. Harga terkini tak pasti...blh didapatkan di syarikat pencegah kebakaran.

Perhatian: Peralatan tersebut digunakan utk kebakaran kecil sahaja (kebakaran yg baru nak mula membesar). Jgn gunakanya jika api semakin marak serta api tidak dpt dikawal, lebih baik anda menyelamatkan nyawa anda serta nyawa2 yg lain.