Showing posts with label ALL. Show all posts
Showing posts with label ALL. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

.:: Menyelenggara "Sea Sucker" Serta Kelebihan & Kekurangan ::.

Leraikan komponen sebelum dibersihkan

Salah satu pum tekanan telah rosak (patah)

  1. Ia mudah dipasang pada semua kereta.
  2. Pemasagan  di cermin depan perlu mengambil kira jarak keselamatan antara wiper - cup sea sucker.
  3. Mudah dibuka = Maka mudah diambil orang.( Berhati-hati bila meletak kenderaan)
  4. Touch N Go = Clear.
  5. Tekanan pum kene periksa selalu (jika jalan jauh, 2jam sekali, lebih kerap lebih bagus). 
  6. Pum mudah patah/ rosak (dah 2 kali patah dalam). Telah menggunakannya 1 Tahun 6 bulan
  7. Penyelanggaraan perlu dibuat 1 tahun sekali.
  8. Rujukkan penyelenggaran https://www.youtube.com/watch?v=Ps27VDuH664
  9. Sebelum ni saya menggunakan Thule lebih 5 tahun. Thule memang sesuai utk penunggang basikal dari segi keselamatan serta ketahanan barang. Harap-harap kit yg sesuai dengan kereta sekarang dapat di keluarkan tidak lama lagi. Boleh la beralih ke Thule semula.

Thursday, May 15, 2014

.:: XTVT LASAK : THE RIVER 13/5/14 ::.

Penganjur Pathfinder Cycling Exploration
Jumlah Rider : 35 Orang
Jarak : 48Km
Tok Penghulu: Nasrul Hisham

Cerapan kayuhan (Ihsan Along KNR)
Berkumpul di Kajang Perdana
Bersama Tok Penghulu Nasrul  
CP1- laluan-laluan manja
Pertengahn kayuhan...Kayuh sampai tak larat nak kayuh....
Pikul sampai tak larat nak pikul
Ini habuan dowhill bila balik nanti...skrg kene pikul naik dulu..
Habuan Kayuhan .... THE RIVER.... 
Kalau dah sampai tak mandi mmg rugi...keindahan semulajadi dgn air yg jernih lagi segar
Aktiviti berendam...
Selesai mandi,aktiviti memikul bersambung semula...sebelum habuan downhill 
Tolak sampai ke puncak... sblm turun...
Terima kasih kepada penganjur yg menyediakan laluan hebat mencabar mental dan fizikal. Habuan kayuhan THE RIVER mmg kene dgn temanya. Amat berpuas hati dengan sungai yg masih belum tercemar, air yg sejuk lagi jernih...Terima kasih daun keladi ada masa kita jumpa lagi." DUA SUDU MADU SEBELUM KAYUH!"

Gambar Ihsan : Hamdzan, Pathfinder Cycling Exploration, Ahmad Rizal.

Link gambar2 menarik serta ingin menyertai kayuhan akan datang:
PathfindersCyclingAdventure

Thursday, April 24, 2014

.:: Misi Mejelajah Trail MTB ::.

Kuantan,
Terdapat byk trail-trail hutan di sini, antaranya Trail beserah, Trail TC (Teknikal trail), Trail Jabor dan banyak lagi.  Kesemua trail-trail tersebut sedia di ratah oleh rider-rider. Aku amat senang hati berkayuh di kuantan kerana rata-rata ridernya peramah. Bertambahlah rakan-rakan rider... Terimakasih geng!!  Pertama kali berkayuh di Kuatan ialah bersama Cikgu Mie dan rakan yg membawa aku layan trail Hutan Beserah. Bukit yg paling aku suka panjat (tak larat tolak) ialah bukit pelindung. Sekarang kerja-kerja di Kuantan dah pun siap, Insya allah kita bertemu lagi lain waktu.

Misi menjelajah trail seterusnya bergantung pada tugasan baru...harap2 dapat tugasan kerja di utara pula....bolehlah aku merasa trail di sana. Teringin juga nak merasa trail sebelah selatan (johor), Di perak pun banyak juga trail-trail menarik... huhuhu bilalah agaknya dapat ku layan trail-trail ini. Semuanya memerlukan masa yg sesuai..Insya Allah...
~~~~~~~~"Geng MTB, Mu Tunggu Aku Datang :) "~~~~~~~~


Wednesday, March 12, 2014

.:: MH Jamboree Kota Warisan 360 ::.

Jumlah Rider : ~2000 orang
Jarak : ~35Km

Cerapan Laluan dan ketinggian
Cerapan Ketinggian Laluan
1. Cuaca panas...jalan berdebu..itulah cabaran tambahan.
2. Pendakian anak-anak bukit, jangan disangka diri gah boleh redah, silap percaturan rebah..
3. Pendakian panjang jika mental pecah, akhirnya menolak beb..
4. Tanda arah / Marking amat cukup. Kalau tersasar laluan jugak, sah rider depan semua "tunduk" laju layan downhill yg amat lazat.
5. Goodies/ sponsor memang bermurah hati. Moga perniagaan anda semakin maju.
6. Tahniah kpd penganjur serta pengurusan. Anda memang "Seat 1st Class". Dapat lg aku kumpul medal besi yg berkualiti :)

Kesimpulannya, Trail amat menarik tak rugi menyertai jamboree ni. Aku cadangkan tahun depan buat jamboree malam pulak hehehe. Dolu2 aku dan rakan-rakan pernah mengikutikayuhan malam di sekitar kawasan ni. "Lain waktu, Lain cabaran".
Kayuhan Malam Kota Warisan

Dikala ini, MH370 yg hilang masih lagi misteri. Insya Allah, misteri ini dpt dirungkai tidak lama lagi. Dan Allah amat mengetahui segala kejadian dan ketetapan itu.. Sama-sama kita doakan anggota-angota keselamatan kita di beri petunjuk dlm merungkai misteri kehilangan pesawat ini. Serta diharap semua penumpang selamat dijumpai dan dipelihara oleh-Nya.

Cerapan Laluan Ihsan : Mejar Fauzi

Wednesday, March 5, 2014

.:: HYDRATED ?? ::.


Periksa warna air kencing sebelum & selepas kayuh.

Gambar ihsan:  Mal Azhar

Friday, February 14, 2014

.:: KAYUHAN 6000 RIDER 9/2/20014 ::.

Jumlah Rider : 6000 ++
Jarak : ~ 50Km
Laluan : Putrajaya - Bkt Jalil - Putrajaya

Kayuhan Fun Ride kali ini hanya bermodalkan RM5. Kayuhan sempena Hari Wilayah telah mendapat sambutan hangat dari rider-rider. Lebih 6000 rider menyertai kayuhan tersebut, sekaligus mencipta rekod kayuhan teramai yg pernah aku sertai. Mungkin juga kayuhan teramai di Malaysia setakat ini. Dari segi penganjuran, pentadbiran serta penajaan boleh dianggap berjaya. Bagi peminat-peminat basikal, ini merupakan satu acara yg ditunggu-tunggu dan adalah platfom yg terbaik utk berkumpul serta berkayuh beramai-ramai dengan selamat. Taniah semua dan terima kasih kepada anggota2 keselamatan yg bertugas bagi melancarkan perjalanan kayuhan ini . Moga penganjuran ini dapat diteruskan utk tahun hadapan . 

Cerapan Kayuhan

Basikal pertama aku dah jd milik org.

Sebelum kayuh 

"Ini kali pertama masuk event besar" Lps ni boleh la masuk event lain pulak

Laluan 2 lorong dipenuhi dgn rider. Ini laluan antara Lebuh Silikon ke UPM

Bkt Jalil, rehat sebelum kayuhan ke Putrajaya semula
Punya ramai rider...sayup mata menandang...
Tapak Mula

Tapau awal..masa utk keluarga pulak.
Tahun depan kalau boleh 10ribu rider!!!
Al-Fatihah kepada seorang rider yg meninggal dunia ketika sampai di garisan penamat. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


Gambar Ihsan : Hamdzan, Pirate, Mazuan,Cycling Malaysia

Tuesday, January 28, 2014

.:: Kayuhan Air Terjun Kubang Gajah (Sofea Jane), Kemensah 26/1/14 ::.

Jarak - ~15km pergi balik
Rider - 11 org
Mula/ Parking - Shell MacD (berhampiran Zoo negara)

Cerapan ketinggian laluan 
Persimpan laluan- Dam Trail, Lubuk Tedong dan Kubang Gajah.  

Rakan-rakan lama sejak  mula2 kayuh MTB bertemu semula

Setiap ride kita enjoy!

Inilah dia air terjun tu...gambar yg aku amik langsung tak cantik, ini gambar aku copy google..

Kayuhan kali ini bertema santai bersama rakan-rakan lama sambil makan nasi lemak berlatarkan air terjun yg indah. Sudah hampir 2 tahun rasanya tak jengok trail ni. Laluannya pula sudah rata kerana sering digunakan oleh ATV. Apa yg menariknya trail ni?
1. Laluan mendaki yg panjang dan landai ke tapak air terjun .
2. Laluan trail yg luas.
3. Suasana hutan belantara hanya dipinggir kuala lumpur...sapa sangka ada air terjun yg indah di sini.
4. Bagi yg tak suka kayuh, boleh sewa ATV utk ke tempat ni..
5. Nikmat makan nasi lemak dan mandi... sojukkkkk serta pemandangan indah.
6. Nikmat Downhill sepanjang laluan balik...memang hebat bagi mereka yg pakai spring belakang.

Gambar Ihsan Cito

Friday, January 24, 2014

.:: Alat Pembuka Teras ( Core Remover Tool) ::.


- Ia digunakan utk meloggar atau mengetatkan teras injap tiub. Sekiranya ada masalah injap angin pada tiub, kita boleh menggunakan alat ini memeriksa injap tersebut. Kadang-kadang injap angin tersumbat disebabkan lumpur. Ia juga dapat membantu utk kita memasukkan cecair "Sealant" ke dalam tayar tanpa perlu membuka tepi bibir tayar. Bagi mereka yg menggunakan tayar tanpa tiub, ia dapat membantu utk menyelanggara sendir tayar anda.

http://www.youtube.com/watch?v=0vPBsBwu-nY

Friday, January 10, 2014

.:: Kenapa Perlu "Anti-freeze jacket" pada alat tersebut? ::.

http://www.lezyne.com/en/products/co2-systems/c02-inflators#!trigger-drive-co2

1. Kegunaannya "Anti-freeze jacket" atau Pelindung sejuk beku ?
Ia adalah utk menglindungi jari dari kecederaan akibat kebakaran sejuk.

2. Apa makna kebakaran sejuk?
Lecuran yg terjadi apabila jari atau anggota badan bersentuhan dengan selinder yg sedang mengeluarkan gas pada tekanan tinggi.

3. Bagaimana kebakaran sejuk terjadi?
Apabila selinder sedang mengeluargan gas pada tekanan tinggi, suhu pada selinder akan turun mendadak sehingga terjadinya ais. Ais tersebut boleh menyebabkan jari kita melekat pada pemukaan selinder. Akibatnya permukaan jari melecur akibat terlalu sejuk.

4. Dimana lagi sistem ini digunakan?
Contoh yg mudah ialat alat pemadam api Jenis CO2. Permukaan nozel (berwarna hitam) tidak boleh dipengang ketika nozel sdg mengeluarkan gas.


CO2 tersebut dibekalkan pelapik anti beku. Mungkin ia tak mencederakan jari anda sekiranya tiada pelapik ini, tp sebagai langkah keselamatan ia perlu diambil berat.


Thursday, January 2, 2014

.:: Jamboree D'PAYA INDAH WETLAND 2013 15/12/13 ::.

Jarak : 40 Km (speed trail)
Jumlah Rider : 1400

Cerapan laluan dan ketinggian. Ihsan dari Hamdzan

Medal berkualiti. Terbaek!

Secara kesimpulannya. Aku amat berpuas hati dgn dari segi pengurusan, laluan , serta kebajikan rider selepas kayuh. Tahniah  http://bikeaway.com.my/. Kekalkan perestasi anda.

Cukup hanya 3 acra MTB tahun ni. Sambung tahun depan pula. Harap2 tahun depan ada kesempatan dan kelapangan masa utk layan acara MTB di bahagian utara pulak, Insya Allah...

Monday, December 23, 2013

.:: PCC Specialized 2013 8/12/13 ::.

Jarak kayuhan : 54km 
Jumlah Rider : 1200orang

Ketinggian laluan

Mula dgn senyum

Alhamdulillah, tamat cabaran 4 "check point" dgn selamat.
        Cabaran berkayuh PCC memang telah diduga "kesengsaraanya". Kene betul2 tekad nak uji sejauh mana kemampuan fizikal dalam megharungi cabran-cabaran yang dihidangkan. Jangan berkayuh terlalu laju dipermulaan laluan kerana masih byk lagi tenaga yg diperlukan utk laluan-laluan seterusnya (kalu enjin racing takper...tekan jer lah selaju mana pun sampai abis check point ) . Oleh itu, kenelah pandai simpan tenaga utk cabaran check point 3 dan 4.
         Matlamat aku kayuhan ini bkn utk dapatkan kedudukan yg bagus, kerana tiada nombor diberkan bila tamat kayuhan. Tetapi matlamatnya, mesti habis semua chek point dlm tempoh yg ditetapkan. Rider diberi pilihan utk "Chiken" atau kawan-kawan aku gelar "KFC" di setiap CP-1,CP2, dan akhir sekali CP3. Di setiap ckeck point telah disediakan elevation utk kita lebih bersedia dgn cabaran yg bakal lalui. Keputusan terakhir utk chiken adalah di CP-3.
Oleh itu, rider perlu membuat keputusan yg tepat samada mahu meneruskannya atau tidak, bergantung pada keadaan :
1. Dah terlalu penat....muka dah tak blh senyum...Chiken...
2. Kecederaan . Utamakan keselamatan, ....Chiken...
3. Penat tapi boleh gelak, makan pisang 4-5 bijik....masuk ke CP-4
4. Basikal rosak...elokklah chiken...
5. Sampai CP3 lebih masa...Automatic chiken...
6. Semangat kental, hati waja, alang2 menyelok pekasam biar sampai kepangkal lengan!.. Masuk ke laluan CP4.
        CP4 adalah laluan yg betul-betul perit dgn 2 puncak pendakian. Walau pun begitu, aku rasa seronok layan trail ni, & rasa nak ulang semula dgn kawan-kawan bila ada kesempatan nanti. Keseronokan laluan-laluan denainya amat lazat sekali.

Nak cuba acara ni?? Tunggu 2015...Kalau ada umur kita jumpa di sana, Insya Allah.

Kata-kata salah seorang rider....
1. Ada org ride nak test kekuatan. Pecut mcm nak gila...
2. Ride sebab suka nak test laluan. Kayuh santai, jumpa downhill dialah raja...
3. Ride sbb nak test ketahanan. Kayuh santai, tapi semua bukit dia pajak.
 Katanya lagi,
Rider yg nak test kekuatan, 50% mungkin akan kecundang dgn trail ni, kecuali dia mmg jenis rider "racing".
70% Jenis rider no 2 dan3 akan sampai ke chek point 4 sambil tersenyum. "

Gambar ihsan BaikBike.com

Sunday, December 1, 2013

.:: Mengatasi Masalah Polar Sensor Tak Berfungsi ::.

3 Komponen utama utk alatan ini :
1. Jam
2. Strip Badan
3. Sensor Jantung.

Masalah yg di hadapi ialah, sensor tidak dapat mengesan degupan nadi & tdak dapat merekodkan bacaan nadi.
Antara kemungkinan
1.Bateri abis- Tapi aku baru tukar kedua-dua bateri.
2.Sensor rosak- Tapi sebelum ni ok jer aku pakai.
3.Suruh tukar baru kot :) Oh tidak, utk langkah penjimatan.

Pertanyaan masalah tersebut kepada pembekal utk membeli baru sensor & strip badan. Tetapi dia memberi cadangan supaya sensor strip di basuh terlebih dahulu. Tujuannya utk membuang garam yg mungkin melekat.
Cara Basuhan: Cuci tempat sensor strap kiri dan kanan tu dengan sabun mandi. Tetapi sapukan sabun sikit aje dan gosok pakai jari perlahan-perlahan.
Setelah dicuci & dilap hasilnya tidak menghampakan. Sensor kembali berfungsi seperti sedia kala. Alhamdulillah....

Jimatkan wang utk membaikinya dulu...Selamat mencuba...

MADU TUALANG ASLI RM 90/kg Ready stok.

Saturday, November 30, 2013

.:: Perbandingan 2 Jenis Senaman Bakar Lemak ::.

Swimming
Quick results Engages all major muscle groups, and is a strenuous workout for heart and lungs. Water supports body weight, so there's no stress on joints, and being about 14 times thicker than air, it offers ideal muscle-toning resistance.
Bulking up Only by sprinting laps in the swimming pool will muscle be built to any significant degree. Swimming lengths flat out will give great upper body definition after a while, but it can be pretty exhausting.
Fighting flab Prolonged exercise at lower intensity is better for fat-burning, which is why swimming is so effective - a man weighing around 70-80kg will burn about 750 calories an hour while swimming breaststroke at moderate intensity.
Beating boredom You use both upper and lower body to propel yourself through the water, so it's a perfect total body workout. With the choice of strokes, it offers variety, too, and, if you relax and focus on the rhythm of the stroke, it can have a calming and almost meditative effect.
Cycling
Quick results A great aerobic workout that improves stamina. Low weight-bearing, so can be as joint-friendly as swimming. To get the most out of swimming you need the skill to develop an efficient stroke, but with cycling you just get on and pedal.
Bulking up Cycling in higher gears will build muscle strength in the calves, gluteus, quadriceps and, by standing up out of the saddle, upper and lower back, too. However, it's not so great for building up the upper arms.
Fighting flab The higher the cadence (80-100 revolutions a minute should be achievable) in low gears, the more fat is burned. But it's still not as effective as swimming - an hour's cycling by a 70-80kg man averaging 10-15mph would use 600 calories an hour.
Beating boredom It's multi-functional, getting you from A to B while getting you fit, it's social and the scenery changes. It can also get you to work, so you can avoid the gym - a half-hour daily commute burns about eight calories a minute, or 11kg of fat over a year.

Tuesday, November 5, 2013

.:: KajanG Trail ::.


                                           
                                                            Gambar ihsan Pakyen
Cerapan trail ihsan dari MKA

Jarak : ~50Km
Rider : 6 orang
Trail : Kajang semidupper. 

Agak lama juga tak offroad, kesempatan berada di KL ini digunakan sepenuhnya utk melayan trail bersama rakan-rakan. Lama juga tak berkayuh bersama mereka ni . Layan enjoy dgn rakan2 sambil gelak- gelak. Next trail minggu depan mana pulak yer MKA ??? 

MADU TUALANG ASLI SMS/CALL 012-2246230 . RM90/KG. DIJAMIN ASLI 

Friday, September 13, 2013

.:: Ujian Trail HYPERTRAX ::.


1km -30km- Tarmac & offroad laluan landai
30Km-37Km-Laluan berbukit
37km-40km- Laluan teknikal.


Kesimpulan: Laluan trail amat sesuai utk semua level rider. Kelebihan diperolehi bagi yg menunggang 29er kerana laluan adalah 80% landai. Boleh diketegori sebagai  "speed trail". Sedikit laluan berbukit diakhir- akhir trail utk menguji ketahanan rider serta lebih kurang 2 km laluan teknikal yg amat mengujakan. Terima kasih kpd penganjur yg memberi peluang utk uji taril tersebut, serta rakan-rakan rider yg terlibat dlm penganjuran Jamboree yg akan dia adakan pada 22/9/13 ini. Semoga berjaya & Acara berjalan dgn lancar.

Saturday, August 31, 2013

.:: MERDEKA KE-56 BERSAMA ANGGOTA KESELAMATAN ::.

Basrul FRU. 
Zaimi PARA 

PARA

TLDM~Byk kenangan aku yg terpahat bersama pasukan ni~ 

RAMD- Rejimen Askar Melayu Diraja
Kayuh dari Len Seng Cheras Ke Dataran sejauh lebih kurang 20Km (sehala) dgn tujuan meraikan hari kemerdekaan bersama anggota keselamatan. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!. Mmg penat berkayuh, tapi puas hati :)