Friday, October 5, 2012

.:: UPM Fete 2012 ::.

Tarikh : 30/9/12
Tempat : UPM
Jarak : 45km
Jumlah Rider :1700



Peta laluan
Cerapan ketinggian laluan
Ladang Ragut UPM

200 meter lagi untuk tamat Padang Kawad UPM
Tamat semua check point & dapatlah medal utk kenangan

Jamboree Ke-3 aku tahun ini...
Trail- Bagi aku laluan & pilihan trail tiada masalah, malah menarik dan mencabar. Datang pun sebab menyahut cabaran. Tolak, sorong , pikul, seret, dah jadi adat serta asam garam main basikal bukit. Rasanya ramai rider yg kecewa sebab mungkin tersalah sangka trail ini mudah. Oleh itu persedian mental penting sebelum menyertai mana-mana jamboree. Tapi yang paling utama ialah keselamatan. Kita perlu berhati-hati melalui trail sebab ia kali pertama masuk trail tersebut. Di tempat-tempat merbahaya eloklah tolak jika ilmu tak penuh didada. Matlamat yang paling penting ialah sampai dengan selamat tanpa sebang kecederaan. 
Penganjuran kali pertama mesti ada cacat celanya dari segi pengurusan serta kebajikan rider. Diharap pihak penganjur dapat menerima teguran-teguran dari rider dengan hati terbuka agar dapat meningkatkan lagi kualiti penganjuran utk tahun hadapan. Tahniah kepada penganjur atas penganjuran Jamboree ini. Diharap juga pihak UPM dapat membuka trail tersebut kepada peminat-peminat MTB sekaligus dapat mengalakan gaya hidup sihat dikalangan mahasiswa,kakitangan UPM serta orang ramai.

GAMBAR IHSAN DARI : Web Jamboree Fete, Cycling Malaysia, Sharizman, Moza. Tq semua

Madu Tualang Asli Ready stok sms/call : 012-2246230