Showing posts with label KAYUHAN JALAN RAYA. Show all posts
Showing posts with label KAYUHAN JALAN RAYA. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

:: KAYUH di KAMPUNG AKU ~ MELAKA~::




Cuti pada 24/12/11 aku berkesempatan berkayuh di Melaka. Laluan ni main tibai jer ikut sedap hati janji sampai ke bandar Melaka (dari Umbai). sampai saja di melaka rehat hampir 1jam (hujan). Kalu tak hujan, mau jer aku lajak sampai Tjg Kling. Aku memilih laluan yg kurang sibuk semasa pergi. Laluan balik aku memilih laluan pantai. Kalu ada masa nanti blh cuba laluan Tehel pula.


Hujan setelah tiba di Bandar Melaka




Makan dulu


IKLAN: MADU TUALANG ASLI SMS/Call 012-2246230

Thursday, December 8, 2011

:: UKUR BUKIT BESI LAGI ::



Beberapa hari yg lepas, aku berkesempatan lagi utk "menjengah" Bukit Besi. Utk beginner macam aku, bukit ini memang menyiksakan. Jika berkayuh dari rumah mengambil masa lbh kurang 1 jam utk menyelesaikan kayuhan ini. Biasanya aku kayuh pada waktu petang setelah abis kerja (1730-1830). Cukuplah sekadar mengeluarkan peluh pada waktu petang & kayuh pun santai saja.

Tuesday, October 11, 2011

:: KAYUH SANTAI KE BUKIT BESI ::

Kali ini aku berpeluang berkayuh ke bukit besi sambil megukur ketinggian sebenar bukit besi. Melalui data yg dicerap mmeggunakan perisian sport tracker, ketinggian bukit besi ialah 306meter (pencawang telekominikasi). Utk malumat lanjut http://www.sports-tracker.com/#/workout/StrikeFullBar/60ofgm3qrompgtnf

Saturday, May 14, 2011

.:: KAYUH KE BUKIT BESI ::.

Puncak Bukit Besi


Bkt Anggerik -> Alam Damai -> Simpang BTR -> Kem Sg Besi -> Bukit Besi /
Bkt Besi -> Loop Kem Sg Besi-> Simpang BTR -> Alam Damai -> Bkt Anggerik

Total Ride 23Km.

Mendaki bukit besi -1.5 km (tapi Pacak).

Kelajuan Menurun bukit besi terkini- 74.5km/h.


Nota: Tidak boleh masuk sebarangan ke dlm kem..kene ada org dalam baru blh masuk bersama mereka...

Thursday, October 28, 2010

KAYUHAN BUKIT DINDING

Antara yg nak cuba....

Best...kata FJ :)



Adik beradik BANK


Ada mambang la...




Route: Ampang-Keramat-Bkt dinding-Keramat-Ampang
Climb all da way : 2km
PATUT PUN NAMA "DINDING"...1stage PACAK GILER..


Gambar ihsan dari HASAN POWER

Monday, October 18, 2010

KAYUHAN SEMANGAT L I V E S T R O N G PART2

SAMBUNGAN KAYUHAN SEMANGAT L I V E S T R O N G...


Kayuhan bersambung ke pinggir Semeyih selepas berehat di bukit Antu. Punyalah gembira layan menuruni bukit, disajikan pula pemandangan yang indah...fuh...tenteram beb...



CP3:Barisan rider-rider "bukit hantu" yg senyum gembira utk melupakan seketika bukit ketika laluan balik nanti ......:)


Pemandangan indah...


Setelah penat bergambar, kayuhan diteruskan ke CP4, iaitu tempat makan & minum...banyak tenaga dah hilang semasa uphill kedua2 bukit sebelum ni. Laluan menuju ke Cp4 pun blh tahan juga, landai serta beralun..

CP4: Akhirnya kami sampai juga..lega Ooooo.. sorang2 tak hengat order air. Seorang rider paling kurang 2 gelas jenis air..itu tak termasuk cendol.. Kami berehat disini lbh kurang 1/2jam sebelum meneruskan perjalanan utk balik ke AMPANG.... laluan balik, BUKIT lagi!!!!!

Semangat L I V E S T R O N G... di hidupkan semula..

CP5: Kayuhan balik ke Ampang memang betul2 menguji, kami berehat sebentar disini sebelum uphill semula menuju ke puncak Bukit Ampang. Kayuhan di bawah panas terik matahari, peluh menitis tak berhenti2 ketika menuju ke puncak.


CP6: Sampai saja di puncak bukit Ampang, satu kepuasan.... selepas ini, kayuhan balik menuju terus ke Ampang iaitu tempat berkumpul. Kami tiba di kedai Ah Yong lebih kurang pukul 1.10ptg. Semuanya sampai dengan selamat. Kepenatan kayuhan kali ini aku rasa umpama layan Dam Trail 2 loop :) . Apa-apa pun kayuhan yg best..aku nak repeat sekali lagi 1 hari nanti..


Terima Kasih kpd Zirah & Safura yang bertindak sbg "safety car" yang sentiasa memerhatikan keselamatan rider semasa berkayuh serta tolong mengambil gambar-gambar kami. semua gambar adalah cantik2 belaka. TQ

Tidak dilupakan juga kpd Isteri tercinta serta ahli keluarga yg sentiasa memberi sokongan kepada Hobiku ini. TQ

Gambar Kayuhan Semangat L I V E S T R O N G hasil sumbangan Zirah,Hasan,Fido,Safura,FJ,Hafiz. TQ semua.

KAYUHAN SEMANGAT L I V E S T R O N G (PART1)


Salam kembali semua. 17 Oktober 2010, kayuhan jalan raya telah berjalan mengikut jadual spt yg telah dirancangkan. Seramai 13 rider semuanya yg terlibat dlm kayuhan kali ini. Tidak dilupakan juga 1org pemandu bersama 1 org pembantu "Safety Car" (ZIRAH & SAFURA) TQ. Oleh kerana kayuhan kali ni memang telah diketahui KEAZABANNYA, maka majoriti rider memakai JC LIVESTRONG sebagai pembakar semangat utk mengharungi cabaran kayuhan "azab".



Ujian pertama dimulakan oleh Hasan yg mencatat masa keseluruhan 9 minit untuk sampai ke puncak Bukit Ampang dan diikuti oleh rider-rider lain.



CP1: Puncak Bukit Ampang, Kami berehat sebentar di sini utk menghilangkan lelah mendaki sblm meneruskan kayuhan ke Pekan Langat. 2 Rider menanti di Pekan Langat (Ajo & Dzul).



Pekan Langat... suasana lain beb.. rider L I V E S T R O N G menjadi perhatian..naik sikit semangat pada masa ni.. hahhhahaha


Kayuhan pendakian telah bermula...


Lihat sajalah.. 2 jenis rider, 2hobi berbeza, 2 kemampuan yg berbeza. Kemampuan Enjin + skill & kemampuan stamina + skill. Apa-apa pun, kita adalah rider.



Kayuhan menuju puncak kedua "BUKIT HANTU"...

CP2: Puncak Bukit Hantu. Kayuhan utk sampai kepuncak kedua memang menguji mental. Dgn suasana panas terik, deruman enjin2 kereta2 turbo berserta deruman enjin2 superbike mmg membakar jiwa...


Setelah sampai disni, tak dpt dibayangkan kepenatannya...bak kata Shahrin, "HANTU PUNYER BUKIT"... Kami berehat sebentar disini sambil membayangkan air kelapa, cendol, mee kari...peh lazatnya.... kejayaan menawan bukit hantu memang memuaskan... "BILER MAU REPEAT????"

Gambar Ihsan dari Hasan, zirah, Safura & Fido Dido..
Sambung di part 2..kayuhan SEMANGAT L I V E S T R O N G