Monday, October 18, 2010

KAYUHAN SEMANGAT L I V E S T R O N G PART2

SAMBUNGAN KAYUHAN SEMANGAT L I V E S T R O N G...


Kayuhan bersambung ke pinggir Semeyih selepas berehat di bukit Antu. Punyalah gembira layan menuruni bukit, disajikan pula pemandangan yang indah...fuh...tenteram beb...



CP3:Barisan rider-rider "bukit hantu" yg senyum gembira utk melupakan seketika bukit ketika laluan balik nanti ......:)


Pemandangan indah...


Setelah penat bergambar, kayuhan diteruskan ke CP4, iaitu tempat makan & minum...banyak tenaga dah hilang semasa uphill kedua2 bukit sebelum ni. Laluan menuju ke Cp4 pun blh tahan juga, landai serta beralun..

CP4: Akhirnya kami sampai juga..lega Ooooo.. sorang2 tak hengat order air. Seorang rider paling kurang 2 gelas jenis air..itu tak termasuk cendol.. Kami berehat disini lbh kurang 1/2jam sebelum meneruskan perjalanan utk balik ke AMPANG.... laluan balik, BUKIT lagi!!!!!

Semangat L I V E S T R O N G... di hidupkan semula..

CP5: Kayuhan balik ke Ampang memang betul2 menguji, kami berehat sebentar disini sebelum uphill semula menuju ke puncak Bukit Ampang. Kayuhan di bawah panas terik matahari, peluh menitis tak berhenti2 ketika menuju ke puncak.


CP6: Sampai saja di puncak bukit Ampang, satu kepuasan.... selepas ini, kayuhan balik menuju terus ke Ampang iaitu tempat berkumpul. Kami tiba di kedai Ah Yong lebih kurang pukul 1.10ptg. Semuanya sampai dengan selamat. Kepenatan kayuhan kali ini aku rasa umpama layan Dam Trail 2 loop :) . Apa-apa pun kayuhan yg best..aku nak repeat sekali lagi 1 hari nanti..


Terima Kasih kpd Zirah & Safura yang bertindak sbg "safety car" yang sentiasa memerhatikan keselamatan rider semasa berkayuh serta tolong mengambil gambar-gambar kami. semua gambar adalah cantik2 belaka. TQ

Tidak dilupakan juga kpd Isteri tercinta serta ahli keluarga yg sentiasa memberi sokongan kepada Hobiku ini. TQ

Gambar Kayuhan Semangat L I V E S T R O N G hasil sumbangan Zirah,Hasan,Fido,Safura,FJ,Hafiz. TQ semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.