Selamat berpuasa pada semua rakan-rakan maya yang beragama Islam. Moga kita mendapat keberkatan sepanjang bulan tersebut.
Aktiviti kayuhan secara automatik menjadi terhad pada bulan ini. Namun kita masih boleh berkayuh pada waktu malam dihujung minggu. Kayuh-kayuh juga, tapi taraweh jgn kita tinggalkan. Rugi kita nanti. Oleh itu kayuhan biasanya dilakukan selepas solat Taraweh.
Di Kuala Lumpur, kayuhan mendaki genting sempah (laluan jalan lama) diwaktu malam Ramadhan memang ditunggu rider-rider sekitar KL. Kayuhan secara berkumpulan mampu mengumpul lebih 40 rider. Suasana gelap gelita, laluan yang sunyi sepi, pendakian yang berselekoh, suasana dingin malam antara cabaran sepanjang 16km pendakian. Jika bukan bulan Ramadhan, rasanya memang tak berani nak lalu laluan ni. Ok, Tingkatkan keselamatan bila berkayuh pada malam sentiasa peka pada persekitaran. Selamat berpuasa & selamat berkayuh.