Saturday, October 2, 2010

KEMENSAH DAM TRAIL PART 2



Ini adalah tarmac yg anda akan lalui sebelum mencecah off road. Laluan tarmac ni lebih kurang 3Km. Terdapat juga sedikit laluan mendaki, tetapi yg paling utama, anda perlu berhati2 melaluai kwsn tersebut kerana kadang2 terdapat motosikal & kereta yg dipandu laju..

Salam perkenalan Offroad kemensah bermula disini. Jgn sesekali memandang sipi dgn bukit yg tak seberapa ni. Jika silap perhitunggan menggunakan gear atau terlalu "gelojoh" meratah bukit ni anda pasti akan tewas. Pastikan anda menggunakan gear yg sesuai dengan kemampuan anda utk menghabiskan kayuhan sehingga ke atas.


Wah rehat nampak.. hehehhehehe. utk sampai kesini, anda akan melayan climbing lebih kurang 5 kali. Tiada laluan menurun semuanya mendaki. Ada byk lagi laluan mendaki selepas ni, jadi jgn la menghabiskan tenaga...kalu tak larat mendaki elok tolak jer..jgn la segan2 nak tolak..krn menolak itu adalah asam garam berbasikal MTB.
Dah sampai ke sini juga , bermakna tiada lg "laluan Ayam". Anda perlu menghabiskan loop tersebut samada larat atau tidak. Laluan Dam Trail penuh dgn pendakian2 yg mencabar serta laluan menurun bukit "single trail" yg amat menyeronokkan.
Bagi yg menggunakan basikal fullsus, Dam trail adalah salah satu tempat best utk layan fullsus anda. Tetapi anda perlu ingat, ranting2 buluh sentiasa menanti anda. Jadi pastikan anda menggunakan pelindung mata (cermin mata) utk mengelakan kecederaan.
(Sambung lagi next time part 3, roger out...)

Tuesday, September 28, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU...


1.Sepupu iaitu Husna Husin & Mohd Khairul Anwar pada 25 Sept 2010 di Melaka.





2.Ex ROTU NAVY Uitm Intake 3 ,rakan sekayuhan Shahrul Effendy & Erni pada 26Sept di KL.



3.Ex ROTU NAVY Intake 2 Nur Ikmal & Noor Fadhlina pada 26 Sept 2010 di Rawang.



SELAMAT PENGANTIN BARU SEMUA. SEMOGA BERBAHAGIA KE ANAK CUCU SERTA DIKURNIAKAN ANAK2 YG SOLEH...

Monday, September 27, 2010

KEMENSAH DAM TRAIL PART 1 (Pengenalan)


Salam sejahtera semua. Saja nak berkongsi sedikit maklumat tentang Dam Trail. Dam Trail adalah salah satu trail XC yg ada di Kemensah. Trail ini blh menuju ke tepi dam iaitu di pinggir kawasan empangan Klang Gate. Jarak keseluruhan trail ni dari Shell MacD (tempat yg biasa kami berkumpul) ialah lbh kurang 20KM. Sebelum anda offroad ke sini anda perlu melayan tarmac lbh kurang 3km. Laluan "tarmac"nya sudah cukup sebagai sesi pemanas badan sblm anda mencecah offroad yg tentunya lebih "panas". Utk offroad ke sini, anda digalakan membawa bekalan air sekurang2nya 2 liter & pastikan juga kelengkapan sampingan turut dibawa (Tiub,pump dll).

Ini adalah antara detik2 pertama menjejakkan kaki ke Kemensah dr kiri: Leader Faisal (Eco Internet), Firdaus (fido) & aku.


{sewaktu cerita ni ditulis, aku berada out station di JB..sambung nanti lah..aku cari elevation & bahan2 lain dulu..aku akan ceritakan keseronokan melayan XC di Dam Trail, Roger out :) }