Showing posts with label JAMBOREE. Show all posts
Showing posts with label JAMBOREE. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

.:: Jamboree D'PAYA INDAH WETLAND 2013 15/12/13 ::.

Jarak : 40 Km (speed trail)
Jumlah Rider : 1400

Cerapan laluan dan ketinggian. Ihsan dari Hamdzan

Medal berkualiti. Terbaek!

Secara kesimpulannya. Aku amat berpuas hati dgn dari segi pengurusan, laluan , serta kebajikan rider selepas kayuh. Tahniah  http://bikeaway.com.my/. Kekalkan perestasi anda.

Cukup hanya 3 acra MTB tahun ni. Sambung tahun depan pula. Harap2 tahun depan ada kesempatan dan kelapangan masa utk layan acara MTB di bahagian utara pulak, Insya Allah...

Monday, December 23, 2013

.:: PCC Specialized 2013 8/12/13 ::.

Jarak kayuhan : 54km 
Jumlah Rider : 1200orang

Ketinggian laluan

Mula dgn senyum

Alhamdulillah, tamat cabaran 4 "check point" dgn selamat.
        Cabaran berkayuh PCC memang telah diduga "kesengsaraanya". Kene betul2 tekad nak uji sejauh mana kemampuan fizikal dalam megharungi cabran-cabaran yang dihidangkan. Jangan berkayuh terlalu laju dipermulaan laluan kerana masih byk lagi tenaga yg diperlukan utk laluan-laluan seterusnya (kalu enjin racing takper...tekan jer lah selaju mana pun sampai abis check point ) . Oleh itu, kenelah pandai simpan tenaga utk cabaran check point 3 dan 4.
         Matlamat aku kayuhan ini bkn utk dapatkan kedudukan yg bagus, kerana tiada nombor diberkan bila tamat kayuhan. Tetapi matlamatnya, mesti habis semua chek point dlm tempoh yg ditetapkan. Rider diberi pilihan utk "Chiken" atau kawan-kawan aku gelar "KFC" di setiap CP-1,CP2, dan akhir sekali CP3. Di setiap ckeck point telah disediakan elevation utk kita lebih bersedia dgn cabaran yg bakal lalui. Keputusan terakhir utk chiken adalah di CP-3.
Oleh itu, rider perlu membuat keputusan yg tepat samada mahu meneruskannya atau tidak, bergantung pada keadaan :
1. Dah terlalu penat....muka dah tak blh senyum...Chiken...
2. Kecederaan . Utamakan keselamatan, ....Chiken...
3. Penat tapi boleh gelak, makan pisang 4-5 bijik....masuk ke CP-4
4. Basikal rosak...elokklah chiken...
5. Sampai CP3 lebih masa...Automatic chiken...
6. Semangat kental, hati waja, alang2 menyelok pekasam biar sampai kepangkal lengan!.. Masuk ke laluan CP4.
        CP4 adalah laluan yg betul-betul perit dgn 2 puncak pendakian. Walau pun begitu, aku rasa seronok layan trail ni, & rasa nak ulang semula dgn kawan-kawan bila ada kesempatan nanti. Keseronokan laluan-laluan denainya amat lazat sekali.

Nak cuba acara ni?? Tunggu 2015...Kalau ada umur kita jumpa di sana, Insya Allah.

Kata-kata salah seorang rider....
1. Ada org ride nak test kekuatan. Pecut mcm nak gila...
2. Ride sebab suka nak test laluan. Kayuh santai, jumpa downhill dialah raja...
3. Ride sbb nak test ketahanan. Kayuh santai, tapi semua bukit dia pajak.
 Katanya lagi,
Rider yg nak test kekuatan, 50% mungkin akan kecundang dgn trail ni, kecuali dia mmg jenis rider "racing".
70% Jenis rider no 2 dan3 akan sampai ke chek point 4 sambil tersenyum. "

Gambar ihsan BaikBike.com

Monday, December 31, 2012

.:: UPSI Xtreme Rainforest 30:12:2012 ::.

Lokasi : UPSI Tanjung Malim
Jarak : 46Km
Jumlah Rider : ~1000 org



Besssttt!!! trail & penganjuran yg bagus utk acara penutup 2012.


Rakan-rakan KNR


Cikgu Nasir KSCC


 "Enjin-enjin racing" dari kuantan
 
Selesai, dapatlah medal utk kenangan-kenangan. Nasib baik tak chiken loop hahaha..
Sekalung tahniah pada penganjur yg menghidangkan trail yang bagus. Penganjuran yang berjaya dari semua segi. Kekalkan perestasi penganjuran untuk tahun hadapan.

Monday, November 12, 2012

:: Royal Jamboree (Kayuhan Diraja Kuantan 11/11/12) ::


Bersama rakan-rakan KNR. Tgh pujuk chip mintak sponsor JC baru yg tgh panas lagi..Rugi kalu tak dapat pakai.. 

Mula 0930H
 
Bukit akhir sebelum CP3

Inilah hasilnya yg aku dok semangat nak kayuh..Dapat medal besi beb! Cannnntekkk!

Belakang Medal...
Jumlah Rider : 600
Jarak : 40Km
Terima kasih kepda penganjur yang menganjurkan acara ini dengan baik sekali. Terima kasih pada krew-krew yang terlibat. Diharap boleh menjadi acara tahunan serta kekalkan kualiti penganjuran. Memang puas hati masuk acara ini.

Gambar Ihsan Baikbike.com, Kelab Basikal Jerantut.

Wednesday, October 31, 2012

:: Jamboree Off Road Malam, ECC 2012 20/10/12 ::

Madu Tualang Rider.
 
Blm kayuh dah kecewa dek kerana 4-5 ekor berok..
Jumlah rider: 2500
Jarak : 45 Km
  • Seminggu sebelum acra : Hujan..hujan..hujan..
  • 1 hari sebelum acara : Hujan sikit...
  • Petang sebelum acra : "Rasa-rasa malam ni tak hujan...kalu hujan juga, jawabnya main lumpur mcm 2 tahun lepas...
  • Semasa nak mula acara : Tengok langit cerah... Alhamdulillah...sampai habis acra hujan tak turun...
  • Masa cabutan nombor bertuah, cabut balik rumah...mata dah ngantuk..

Satu-satunya acara jamboree malam terbaik di malaysia. Rugilah saper yang belum cuba... Terbaik!!!!!

Friday, October 5, 2012

.:: UPM Fete 2012 ::.

Tarikh : 30/9/12
Tempat : UPM
Jarak : 45km
Jumlah Rider :1700



Peta laluan
Cerapan ketinggian laluan
Ladang Ragut UPM

200 meter lagi untuk tamat Padang Kawad UPM
Tamat semua check point & dapatlah medal utk kenangan

Jamboree Ke-3 aku tahun ini...
Trail- Bagi aku laluan & pilihan trail tiada masalah, malah menarik dan mencabar. Datang pun sebab menyahut cabaran. Tolak, sorong , pikul, seret, dah jadi adat serta asam garam main basikal bukit. Rasanya ramai rider yg kecewa sebab mungkin tersalah sangka trail ini mudah. Oleh itu persedian mental penting sebelum menyertai mana-mana jamboree. Tapi yang paling utama ialah keselamatan. Kita perlu berhati-hati melalui trail sebab ia kali pertama masuk trail tersebut. Di tempat-tempat merbahaya eloklah tolak jika ilmu tak penuh didada. Matlamat yang paling penting ialah sampai dengan selamat tanpa sebang kecederaan. 
Penganjuran kali pertama mesti ada cacat celanya dari segi pengurusan serta kebajikan rider. Diharap pihak penganjur dapat menerima teguran-teguran dari rider dengan hati terbuka agar dapat meningkatkan lagi kualiti penganjuran utk tahun hadapan. Tahniah kepada penganjur atas penganjuran Jamboree ini. Diharap juga pihak UPM dapat membuka trail tersebut kepada peminat-peminat MTB sekaligus dapat mengalakan gaya hidup sihat dikalangan mahasiswa,kakitangan UPM serta orang ramai.

GAMBAR IHSAN DARI : Web Jamboree Fete, Cycling Malaysia, Sharizman, Moza. Tq semua

Madu Tualang Asli Ready stok sms/call : 012-2246230

Tuesday, July 10, 2012

:: JW MTB Karnival 8/7/2012 ::

Peta asal sblm pindaan setelah hujan lebat malam sehari sebelum acara (Gambar ihsan JW)

Peta sebenar laluan trail jamboree (Gambar ihsan Mej Fauzi)

Data ketinggian muka bumi trail (Gambar ihsan Mej Fauzi)

Single trail teknikal..(gambar ihsan Cycling Malaysia)

Cabaran menolak...Petua menolak, jgn pandang atas..pandang bawah saja hahahaha (Gambar ihsan Yvonne)

Lepas jamboree lepak dgn kwn2 ET yg dah lama tak jumpa, maklumlah aku ni jarang msk jamboree.

Bentang tikar, luruskan badan kejap sementara tunggu cabutan bertuah
Jarak : ~27Km...
Jumlah rider : ~1000 rider (Jamboree)
                       ~80 rider (Expert)
Ini adalah jamboree ke-2 aku utk tahun ni. Banyak sangat tugasan luar, jadi banyak acara MTB terlepas begitu saja. Bagi aku trail ini merupakan satu trail yang amat menarik. Cabaran yang amat berbaza dengan trail-trail ladang. Jarang penganjur jamboree menghidangkan trail macam ni. Kalau boleh tahun depan dapatkan trail-trail baru, tapi jarak jangan lebih 30Km. Perbaiki kelemahan-kelemahan yang ada. Moga teguran-teguran dari rider dapat diterima secra positif demi meningkatkan kelancaran serta kejayaan acara untuk tahun depan. Antarnya, tambah marshall, air minuman, makanan, garisan permulaan, hadiah pemenang dll. Tahniah JW, Marshall serta kakitangan lain yang bertungkus lumus sepanjang acra.

MADU TUALANG ASLI READY STOK... SMS/Call 012-2246230
500g=RM45 , 1Kg=RM85

Monday, January 2, 2012

:: UPSI JAMBOREE 2012 ::

Elevation Trail

Garisan permulaan (Gambar Ihsan Ahmad Nasir)
Tamat




Jarak :~47km

Jumlah Rider: ~1000

Lokasi: Tanjung Malim


1/1/2012 Jamboree pertama tahun ni, di UPSI Tjg Malim. Trail sepanjang 47km boleh diketegori sebagai hardcore. Pembukaan kayuhan yg hebat. Lihat saja elevation trailnya. Pendakian serta penurunan bukitnya memang layan habis. Sajian trail yang terdiri dari pelbagai permukaan memang dinanti-nantikan oleh rider. Ditambah pula dengan merentasi lebih kurang 4 batang sungai yg sejuk serta menyegarkan. Memang tak rugi rider menyertai jamboree ni. Disamping menikmati trail di tempat org, hubungan antara rider juga dapat dirapatkan. Sekalung tahniah pada penganjur yg telah berjaya menganjurkan acara ini.


Sorong papan tarik papan,
Papan yg disorong jatuh pula dalam perigi,
Jika UPSI anjur lagi tahun depan,
Insya Allah, kalu panjang umur saya datang kayuh lagi.

IKLAN: MADU TUALANG ORI PUNYA....READY STOK! SMS/CALL 012-2246230

Monday, October 3, 2011

.::JAMBOREE BURUNG HANTU ECC 2011 1-2/10/11::.

Masa: 2jam 58minit
Jarak:46km
Maksimum: 58.8km/h
Kedudukan: 290/17++ rider

Kali ni aku berpeluang menyertai jamboree setelah hampir setahun merehatkan diri dari menyertainya. Walaupun malam, tiada cahaya matahari, tetapi cabarannya berlainan. Trail yg bagus, dari awal hingga ke garisan penamat. Seronok menyertainya bermula dari pendaftaran sehinggalah habis acara. Alhamdulillah, aku dpt sampai dgn selamat serta dpt melalui kesemua cek point. Insya Allah tahun depan boleh sertainya lagi. Wakil DUKECT yg berkesempatan menyertai kali ini ialah aku serta Kapten Firdaus. Tahniah Penganjur


Persiapan sebelum kayuh


Menunggu di tapak pemulaan
Pelepasan..Sampai di penamat..



Walaupun aku kurang menyertai Jamboree tahun ini, aku rasa ECC2011 adalah event yg terbaik setakat ini kerana ada disediakan tempat membasuh basikal.

1.Pendaftaran-A+

2.Goodies-A

3.Tapak Pelepasan-A+ ( tp ada ramai jgk yg chiken luar tapak pelepasan).
4.Trail tanda arah & penanda -A+

5.Cek Point-A. (kalu bg air 100+ atau Thaaji aku bg A+ hehehehe)

6.Medal-A (kalu medal besi lg cun)

7-Makan & minum lps kayuh A+ (nasi minyak + ribena tu...)


JUMPA LAGI TAHUN DEPAN...INSYA ALLAH...

Gambar ihsan: Hambali, Jimmy, Tiger & Rosdan TQ semua


IKLAN: MADU TUALANG READY STOK, MILITARY HYDRATION PACKS KALU MAU KENE ORDER DULU...

Sunday, September 18, 2011

.::JAMBOREE UKM 17 Sept 2011::.

Tarikh 17/9/11
Jumlah Rider 6++
Jarak 22Km
Masa 1jam20mint



Tapak permulaanDalam trail


Trail offroad syok...
Road pun boleh tahan syok... Saat-saat nak kegarisan penamat
Bersama kwn dari Mercury Team (tgh tuggu makan)



Mejer Fauzi


Kawan kawan dari TUDM Sg Besi



Ini merupakan jamboree pertama aku tahun ini. Kayuh slow & steady janji sampai ke garisan penamat. Lebih 600 rider yg hadir. Harap tahun depan UKM boleh menganjurkan lagi jamboree ini, tapi tambah laluan offroad kurangkan laluan on road. Taniah penganjur.


Gambar Ihsan:Mejer Fauzi, Bob,Jimmy & faeizal.


IKLAN: MADU TUALANG ORI READY STOK...Jgn segan utk roger-roger jika mahu.

Monday, December 6, 2010

JAMBOREE BERNAM JAYA (PART 2)


Tempat pelepasan yg bagus...


trade mark...post lengan...hehehehehe


DUKECT & ET RIDER


Gaya mantap ( Mantap sgt lah... pada hal semua 1 badan lenguh2 hehehe )


Gaya menunggu cabutan bertuah! kapten dpt helmet lg...fido dpt basikal ala2 BMX..blh layan BMX kat PCP..jgn kene saman dgn Lan sudah ler..hehehehe


Gaya peace dr zirah...Tq zirah, penat menguruskan kami...jgn lupa minum thaaji yer..


No 546 mcm hampa...ntah brp kali no ni pusing2..kekekke kali ni x dpt cabutan bertuah lg... TAPI, jamboree yg best!!! langsung rasa tak hampa...next year aku dtg lagi! TAHNIAH PENGANJUR...!!!



Gambar ihsan dr Zirah & cik Da...TQ