Showing posts with label Kayuhan 2014. Show all posts
Showing posts with label Kayuhan 2014. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

.:: XTVT LASAK : THE RIVER 13/5/14 ::.

Penganjur Pathfinder Cycling Exploration
Jumlah Rider : 35 Orang
Jarak : 48Km
Tok Penghulu: Nasrul Hisham

Cerapan kayuhan (Ihsan Along KNR)
Berkumpul di Kajang Perdana
Bersama Tok Penghulu Nasrul  
CP1- laluan-laluan manja
Pertengahn kayuhan...Kayuh sampai tak larat nak kayuh....
Pikul sampai tak larat nak pikul
Ini habuan dowhill bila balik nanti...skrg kene pikul naik dulu..
Habuan Kayuhan .... THE RIVER.... 
Kalau dah sampai tak mandi mmg rugi...keindahan semulajadi dgn air yg jernih lagi segar
Aktiviti berendam...
Selesai mandi,aktiviti memikul bersambung semula...sebelum habuan downhill 
Tolak sampai ke puncak... sblm turun...
Terima kasih kepada penganjur yg menyediakan laluan hebat mencabar mental dan fizikal. Habuan kayuhan THE RIVER mmg kene dgn temanya. Amat berpuas hati dengan sungai yg masih belum tercemar, air yg sejuk lagi jernih...Terima kasih daun keladi ada masa kita jumpa lagi." DUA SUDU MADU SEBELUM KAYUH!"

Gambar Ihsan : Hamdzan, Pathfinder Cycling Exploration, Ahmad Rizal.

Link gambar2 menarik serta ingin menyertai kayuhan akan datang:
PathfindersCyclingAdventure

Wednesday, March 12, 2014

.:: MH Jamboree Kota Warisan 360 ::.

Jumlah Rider : ~2000 orang
Jarak : ~35Km

Cerapan Laluan dan ketinggian
Cerapan Ketinggian Laluan
1. Cuaca panas...jalan berdebu..itulah cabaran tambahan.
2. Pendakian anak-anak bukit, jangan disangka diri gah boleh redah, silap percaturan rebah..
3. Pendakian panjang jika mental pecah, akhirnya menolak beb..
4. Tanda arah / Marking amat cukup. Kalau tersasar laluan jugak, sah rider depan semua "tunduk" laju layan downhill yg amat lazat.
5. Goodies/ sponsor memang bermurah hati. Moga perniagaan anda semakin maju.
6. Tahniah kpd penganjur serta pengurusan. Anda memang "Seat 1st Class". Dapat lg aku kumpul medal besi yg berkualiti :)

Kesimpulannya, Trail amat menarik tak rugi menyertai jamboree ni. Aku cadangkan tahun depan buat jamboree malam pulak hehehe. Dolu2 aku dan rakan-rakan pernah mengikutikayuhan malam di sekitar kawasan ni. "Lain waktu, Lain cabaran".
Kayuhan Malam Kota Warisan

Dikala ini, MH370 yg hilang masih lagi misteri. Insya Allah, misteri ini dpt dirungkai tidak lama lagi. Dan Allah amat mengetahui segala kejadian dan ketetapan itu.. Sama-sama kita doakan anggota-angota keselamatan kita di beri petunjuk dlm merungkai misteri kehilangan pesawat ini. Serta diharap semua penumpang selamat dijumpai dan dipelihara oleh-Nya.

Cerapan Laluan Ihsan : Mejar Fauzi

Friday, February 14, 2014

.:: KAYUHAN 6000 RIDER 9/2/20014 ::.

Jumlah Rider : 6000 ++
Jarak : ~ 50Km
Laluan : Putrajaya - Bkt Jalil - Putrajaya

Kayuhan Fun Ride kali ini hanya bermodalkan RM5. Kayuhan sempena Hari Wilayah telah mendapat sambutan hangat dari rider-rider. Lebih 6000 rider menyertai kayuhan tersebut, sekaligus mencipta rekod kayuhan teramai yg pernah aku sertai. Mungkin juga kayuhan teramai di Malaysia setakat ini. Dari segi penganjuran, pentadbiran serta penajaan boleh dianggap berjaya. Bagi peminat-peminat basikal, ini merupakan satu acara yg ditunggu-tunggu dan adalah platfom yg terbaik utk berkumpul serta berkayuh beramai-ramai dengan selamat. Taniah semua dan terima kasih kepada anggota2 keselamatan yg bertugas bagi melancarkan perjalanan kayuhan ini . Moga penganjuran ini dapat diteruskan utk tahun hadapan . 

Cerapan Kayuhan

Basikal pertama aku dah jd milik org.

Sebelum kayuh 

"Ini kali pertama masuk event besar" Lps ni boleh la masuk event lain pulak

Laluan 2 lorong dipenuhi dgn rider. Ini laluan antara Lebuh Silikon ke UPM

Bkt Jalil, rehat sebelum kayuhan ke Putrajaya semula
Punya ramai rider...sayup mata menandang...
Tapak Mula

Tapau awal..masa utk keluarga pulak.
Tahun depan kalau boleh 10ribu rider!!!
Al-Fatihah kepada seorang rider yg meninggal dunia ketika sampai di garisan penamat. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


Gambar Ihsan : Hamdzan, Pirate, Mazuan,Cycling Malaysia

Tuesday, January 28, 2014

.:: Kayuhan Air Terjun Kubang Gajah (Sofea Jane), Kemensah 26/1/14 ::.

Jarak - ~15km pergi balik
Rider - 11 org
Mula/ Parking - Shell MacD (berhampiran Zoo negara)

Cerapan ketinggian laluan 
Persimpan laluan- Dam Trail, Lubuk Tedong dan Kubang Gajah.  

Rakan-rakan lama sejak  mula2 kayuh MTB bertemu semula

Setiap ride kita enjoy!

Inilah dia air terjun tu...gambar yg aku amik langsung tak cantik, ini gambar aku copy google..

Kayuhan kali ini bertema santai bersama rakan-rakan lama sambil makan nasi lemak berlatarkan air terjun yg indah. Sudah hampir 2 tahun rasanya tak jengok trail ni. Laluannya pula sudah rata kerana sering digunakan oleh ATV. Apa yg menariknya trail ni?
1. Laluan mendaki yg panjang dan landai ke tapak air terjun .
2. Laluan trail yg luas.
3. Suasana hutan belantara hanya dipinggir kuala lumpur...sapa sangka ada air terjun yg indah di sini.
4. Bagi yg tak suka kayuh, boleh sewa ATV utk ke tempat ni..
5. Nikmat makan nasi lemak dan mandi... sojukkkkk serta pemandangan indah.
6. Nikmat Downhill sepanjang laluan balik...memang hebat bagi mereka yg pakai spring belakang.

Gambar Ihsan Cito