Friday, December 17, 2010

Pedal Clip Atau Pedal Biasa


Pedal Biasa (Tanpa Clip)- Aku memang biasa menggunakannya semenjak aku mula berkayuh pada umur 5thn..setelah aku memiliki MTB pun aku masih menggunakan pedal tersebut. Maklumlah, org baru belajar berkayuh MTB. Laluan pulak dasyat2 belaka. Pedal ni amat mudah digunakan kerana bila-bila masa sahaja kita boleh melepaskan kaki kita darinya. Nak terjatuh dari basikal? Cepatlah hulur/turunkan kaki anda sebelum anda tersembam macam nangka busuk! Hehehehe. Pedal MTB aku kalu x silap berharga RM60. Puas aku belasah pedal tersebut sehinggalah bengkok tapaknya. Kelemahan menggunakan pedal jenis ini ialah kita menggunakan lebih tenaga utk menekan pedal. Selain drpd itu, kaki kita lebih mudah tergelincir dr tapak platform apabila kasut berlumpur atau dipenuhi selut. Pendakian bukit juga jd kurang effisyen.








Pedal Clip- Setelah pedal aku hampir jahanam sebab bengkok, aku mula mencari pedal lain. Oleh kerana br nak berjinak2 dgn pedal clip, maka aku cari padel clip yg ada platform. Bukan apa, mudah sikit aku nak biasakan diri dgn clip…kalu tak reti clip, letak jer kaki kat platform. Sebab kedua, Besi dlm kasut (besi pengikat clip) sebelah telah hilang mana. Jd alasan tu memang agak kukuh..hahahahaha :) Utk menggunakan pedal clip, satu lagi keperluan yg perlu ada ialah kasut sesuai utk digunakan pada pedal clip.

Kelebihan menggunakan pedal clip ialah kayuhan mendaki lebih effisyen kerana kaki kita boleh bertindak menekan pedal sambil menarik pedal. Kasut juga tidak tergelincir dari pedal walaupun melalui laluan berlumpur. Selain daripada itu, melalui laluan teknikal membuatkan lebih menyeronokkan kerana kita umpama melekat pada basikal dan kayuhan menjadi lebih mantap.
Kelemahanya pula, perlu sentiasa awas apabila nak berhenti atau nak terbabas. Tindakan perlu pantas membuka clip, jika tidak anda akan terus melekat pada basikal hehehehehe
Kesimpulanya: Pilihlah pedal yg sesuai dgn gaya tunggangan anda, tak semestinya perlu guna clip jika anda lebih seronok menggunakan pedal biasa.

Thursday, December 16, 2010

Riser bar atau Flat bar



Perbezaan di atas adalah pengalaman sepanjang menggunakan kedua-dua jenis “Handle Bar”. Setakat ni aku lebih selesa/sesuai menggunakan “Flat bar” berbanding “Riser Bar” kerana aku lebih ke arah XC serta teknikal. Di samping itu, Flat Bar memberi saya kelebihan dalam pendakian bukit iaitu perkara yg amat penting dalam XC.





Walau bagaimanapun, Penggunaan Riser bar atau Flat bar bergantung pada cara kayuhan serta keselesaan anda . Tak semestinya anda harus menggunakan Flat bar.