Pedal Biasa (Tanpa Clip)- Aku memang biasa menggunakannya semenjak aku mula berkayuh pada umur 5thn..setelah aku memiliki MTB pun aku masih menggunakan pedal tersebut. Maklumlah, org baru belajar berkayuh MTB. Laluan pulak dasyat2 belaka. Pedal ni amat mudah digunakan kerana bila-bila masa sahaja kita boleh melepaskan kaki kita darinya. Nak terjatuh dari basikal? Cepatlah hulur/turunkan kaki anda sebelum anda tersembam macam nangka busuk! Hehehehe. Pedal MTB aku kalu x silap berharga RM60. Puas aku belasah pedal tersebut sehinggalah bengkok tapaknya. Kelemahan menggunakan pedal jenis ini ialah kita menggunakan lebih tenaga utk menekan pedal. Selain drpd itu, kaki kita lebih mudah tergelincir dr tapak platform apabila kasut berlumpur atau dipenuhi selut. Pendakian bukit juga jd kurang effisyen.
Pedal Clip- Setelah pedal aku hampir jahanam sebab bengkok, aku mula mencari pedal lain. Oleh kerana br nak berjinak2 dgn pedal clip, maka aku cari padel clip yg ada platform. Bukan apa, mudah sikit aku nak biasakan diri dgn clip…kalu tak reti clip, letak jer kaki kat platform. Sebab kedua, Besi dlm kasut (besi pengikat clip) sebelah telah hilang mana. Jd alasan tu memang agak kukuh..hahahahaha :) Utk menggunakan pedal clip, satu lagi keperluan yg perlu ada ialah kasut sesuai utk digunakan pada pedal clip.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.