Contoh Flat Bar |
Faktor pemilihan Flat bar
1.Cara tunggangan mesti "Jiwa XC" .
Jika anda suka melayan trail XC anda lebih sesuai menggunakanya. Kenapa? Ia memberikan kelebihan ketika pendakian. Macam mana ia dpt memberikan kelebihan? Apabila pendakian, beban badan anda dapat dia alihkan secara maksimum ke bahagian depan basikal anda, secara tidak langsung tayar belakang anda akan kurang beban. Jadi kayuhan pendakian lebih mudah. Selain daripada itu, anda dapat melayani laluan teknikal dgn lebih baik dengan pengawalan yang lebih jitu & konsisten.
2.Frame XC.
Frame Hard tail XC lebih sesuai menggunakannya. Frame hard tail merupakan "kawin" yg amat serasi dgn handle jenis ini.
3.Kenal Pasti setting basikal anda.
Perkara yg paling penting ialah anda mesti tahu setting basikal anda. Apakah jenis setting yang anda adaptasikan pada basikal anda. Kita tidak perlu ikut cakap orang utk menukar sesuatu aksesori. Basikal kita adalah untuk tunggangan kita. Jika basikal anda di "setup" utk All Mountain, handle bar jenis ini tidak sesuai digunakan. Dan jika anda lebih serasi dgn riser bar walaupun anda penunggang XC maka biarkan saja setup anda.
4.Perlukah anda memotonganya jika panjang?
Melalui ilmu-ilmu dari rider berpengalaman, mereka lebih menggalakkan penggunaan hanlde bar yg lebar. Tak perlu dipotong. Mengapa? Kerana ia memberikan kelebihan ketika pendakian serta penurunan bukit yang lebih stabil. Bayangkan jika hanlde bar anda dipotong, maka bukakan kelebaran akan mengecil. Pengecilan kelebaran tidak memberikan kestabilan bila hentakan berlaku ketika penurunan bukit dalam halaju yang tinggi.
5.Apakah saiz kelebaran yang biasa rider-rider gunakan?
560mm,580mm, 600mm,620mm,640mm
6.Antara jenis binaan hanlde bar:-
Alloy, Scandium, Karbon komposit