Friday, February 14, 2014

.:: KAYUHAN 6000 RIDER 9/2/20014 ::.

Jumlah Rider : 6000 ++
Jarak : ~ 50Km
Laluan : Putrajaya - Bkt Jalil - Putrajaya

Kayuhan Fun Ride kali ini hanya bermodalkan RM5. Kayuhan sempena Hari Wilayah telah mendapat sambutan hangat dari rider-rider. Lebih 6000 rider menyertai kayuhan tersebut, sekaligus mencipta rekod kayuhan teramai yg pernah aku sertai. Mungkin juga kayuhan teramai di Malaysia setakat ini. Dari segi penganjuran, pentadbiran serta penajaan boleh dianggap berjaya. Bagi peminat-peminat basikal, ini merupakan satu acara yg ditunggu-tunggu dan adalah platfom yg terbaik utk berkumpul serta berkayuh beramai-ramai dengan selamat. Taniah semua dan terima kasih kepada anggota2 keselamatan yg bertugas bagi melancarkan perjalanan kayuhan ini . Moga penganjuran ini dapat diteruskan utk tahun hadapan . 

Cerapan Kayuhan

Basikal pertama aku dah jd milik org.

Sebelum kayuh 

"Ini kali pertama masuk event besar" Lps ni boleh la masuk event lain pulak

Laluan 2 lorong dipenuhi dgn rider. Ini laluan antara Lebuh Silikon ke UPM

Bkt Jalil, rehat sebelum kayuhan ke Putrajaya semula
Punya ramai rider...sayup mata menandang...
Tapak Mula

Tapau awal..masa utk keluarga pulak.
Tahun depan kalau boleh 10ribu rider!!!
Al-Fatihah kepada seorang rider yg meninggal dunia ketika sampai di garisan penamat. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


Gambar Ihsan : Hamdzan, Pirate, Mazuan,Cycling Malaysia