Showing posts with label KAYUHAN 2012. Show all posts
Showing posts with label KAYUHAN 2012. Show all posts
Tuesday, November 6, 2012
Sunday, August 12, 2012
:: Kayuhan Sahur Genting Sempah 11/8/2012 ::
Lokasi : Gombak > GS (Jalan lama)
Jarak : 48km
Leader : Bang Omm KNR
Sweeper 1: Saudara Zul KNR
Sweeper 2 :Bro Kuman DUKECT
Jarak : 48km
Leader : Bang Omm KNR
Sweeper 1: Saudara Zul KNR
Sweeper 2 :Bro Kuman DUKECT
"SELAMAT HARI RAYA , MOHON MAAF JIKA ADA SALAH SILAP DARI SAYA"
Monday, August 6, 2012
:: Kayuhan 1 Malam Bulan Puasa 2012 ::
Jarak : 30Km ++
Masa : 4 Ogos 2012, 2330H-0230H
Jenis basikal: Fixed, Road,MTB
Gambar Ihsan Bro Kuman & Daud Israf
MADU TUALANG READY STOK, SMS/CALL 012-2246230 DIJAMIN ASLI
Masa : 4 Ogos 2012, 2330H-0230H
Jenis basikal: Fixed, Road,MTB
Kayuhan bermula lebih kurang 11.30 mlm. Kayuhan santai ini diketuai Bang Omm bergerak dari Presint14. Laluannya ialah putrajaya >Sg merab> Bangi > Putrajaya. Terima kasih semua yg terlibat, memang seronok dapat berkayuh beramai-ramai macam ni. Insya Allah kita jumpa minggu depan pula di "Kayuhan Genting Sempah".
| Leader kayuhan Bang Omm |
![]() |
YB putrajaya datang melawat. "Mintak sponsor sikit tok, pilihanraya dah dekat ni." :)
|
![]() |
| Pits stop 1 Sg Merab. Isap ok dulu...penat ni... |
![]() |
| Gambar mahal ni, setahun sekali pun susah nak dpt gambar bertiga macm ni hahahaha |
![]() |
| Pit stop 2: Shell Sekyen 2 bangi |
![]() |
| Cerapan kayuhan oleh Daud Israf |
MADU TUALANG READY STOK, SMS/CALL 012-2246230 DIJAMIN ASLI
Sunday, June 24, 2012
.:: OFFROAD BERSAMA FORBEARING 24/6/12 ::.
AHAD- 24/6/12 Kayuhan Offroad aku minggu ni bersama Forbearing Cycling Team. Lebih kurang 11 rider bersama dalam kayuhan ini yang merangkumi jarak sejauh 31km. Laluan trail adalah laluan hutan sekunder, ladang sawit serta tarmac. Trail tidak terlalu teknikal, sesuai utk semua peringkat rider. Terima Kasih pada kawan-kawan yg bersama-sama utk kayuhan hari ini. Insya Allah, jika ada kelapangan kita kayuh sama lagi. TQ
![]() |
| Forbearing Cycling Team |
![]() |
| Puncak Tangki Air |
![]() |
| Seluas mata memandang |
![]() |
| Trail Tasik (ada short trail kat sini) |
![]() |
| Ramai org memancing~RM50K saper yg tak nak~ |
![]() |
| Cerapan kayuhan minggu ini |
Gambar-gambar dari Kamarul :-
![]() |
| Tempat berkumpul |
![]() |
| Ladang sawit yg tunggu masa nak kene tebang ni.. |
![]() |
| Tangki air |
Sunday, May 27, 2012
Bukit Pelindung Kuantan
| Cerapan ketinggian Bukit Pelindung
Laluan : Balok > Bukit Pelindung > Telok Cempedak > Balok
Jarak : 44km
Ketinggian maksimum : 291meter
|
AHAD 27/5/12 - Tanya punya tanya, akhirnya aku sampai ke Bukit Pelindung setelah beberapa kali tersesat sebab tak jumpa jalan naik ke bukit tersebut. Ini bukan sebarang bukit, antara bukit yg tersohor dikalangan penduduk kuantan. Semasa pendakian naik, ramai org yg sedang joging. Pendakian lebih kurang 2km, tapi kecuramannya memang menyiksa jantung dan kaki. Bukit ini mengingatkan aku pada Bukit Besi & Bukit Dinding di KL. Bagi Rider yg dtg ke Kuantan, kene rasa naik bukit ni...jgn segan atau malu, kalu tak larat kita tolak.. :)
![]() |
| Gambar kenangan Puncak Bukit Pelindung. Mcm Bukit Besi juga, ada pengawal jaga "Dilarang Masuk" . |
Sunday, May 13, 2012
OFFROAD BERSAMA RTB LAGI...HUTAN LIPUR BESERAH
13/5/12- Kesempatan berada di Kuantan digunakan sebaik mungkin mencuba trail-trail di sini. Hari ni aku berkayuh lagi dengan geng RTB yg sempoi. Laluan bercampur-campur tarmac & trail hutan yg memang best. Lebih kurang 10 rider berkayuh hari ini. Insya Allah kalu ada kelapnagn minggu depan saya ikut kayuh lagi. Tq Semua. (lupa dah semua nama.. cuma nama kamarul jer aku igt...nanti add gua kat facebook strikefullbar@gmail.com Kalu datang KL boleh roger saya utk kayuh bersama.)
![]() |
| Stage 1 pendakian |
![]() |
| Stage 1 tak tinggi pun..rendah jer hahahaha (berdeyut kepala nak sampai sini) |
![]() |
| Sampai dah kawan-kawan lain di satge 1 |
![]() |
| Stage 2 pendakian |
![]() |
| "Tak tinggi" mana pun hehehe |
![]() |
| Selesai final 3 pendakian... blkg tu balak2 yg di curi tapi tak sempat dibawa keluar. |
![]() |
| Perjalanan perlu di teruskan...tapi jalan mati di hadapan tu.Maka kene patah balik, semua turun mcm pelesit nak2 brother ni. |
| Pendakian yg menarik, trail hutan yg best. |
Sunday, May 6, 2012
Kayuhan Bersama RTB Kuantan
Ahad 6 Mei 2012- Kali ini aku berpeluang berkayuh dgn otai2 RTB. Kata Cikgu mie soft Offroad.. sesuai sgt lah tu aku dah hampir 1 bulan setengah tak berkayuh ni. Aku bersama Man berkayuh dari balok menuju ke tempat permulaan kayuhan di Beserah. Oleh kerana ujan lebat, maka plan kayuhan ditukar. Janji dpt offroad hehehehe. Tq kawan2 semua trail hutan menarik sekali. Insya Allah minggu dpn kita ride sama lagi.
![]() |
| Single trail- rehat meredakan degupan jantung |
![]() |
| Kayuh, tolak, pikul.. |
![]() |
| laluan dinaiki air (paras pinggang) sepanjang 300m |
![]() |
| Selesai meredah banjir |
![]() |
| TQ kawan semua... |
| Cerapan kayuhan hari ini |
Gambar Ihsan Hanafiah
Tuesday, February 28, 2012
:: PAGI-PAGI Di PANTAI SG ULAR ::
Assalamualaikum semua.... 28/2/2012- Gambar diatas diambil pada pukul 730pg di Pantai sg Ular. Kelihatan beberapa nelayan pantai yang sedang menunggu untuk menangkap udang. Udang apa yg hendak ditangkap? Kalau di Melaka, udang tersebut dipanggil udang geragau. Udang-udang halus bewarna putih. Udang ini sesuai dibuat Belacan serta Cencalok. Yg menarik perhatian aku, ada sepasang suami-isteri bersama2 turun ke laut (umur dlm lingkugan 50an). Aku sempat menegur berbual dengan mereka. Dari riak wajah , dapat ditafsirkan mereka memang mengharapkan tangkapan yang baik pada hari ini. Mungkin itu adalah sumber rezeki mereka. Aku tinggal mereka di situ dan hanya memerhatikan mereka dari jauh sahaja sambil terfikir... ~ Bersyukurlah nikmat yang dikurniakan sekarang dari tiada langsung~Seorang Pak sedara aku pernah menyampaikan pepatah dari Tok Nyang aku..katanya:
"Jadi Nelayan, Tawakal... Makan gaji, Tiada Akal... Berniaga, Setengah Akal..."
Apakah agaknya maksud tersiratnya??? tafsirlah ikut pemahaman masing-masing...
~Beryukurlah nikmat yang ada~
Tuesday, February 21, 2012
:: KAYUHAN KELUARGA PUSING KAMPUNG::
Amir Idlan bersama latar belakang pemandangan Pulau Besar. Dahulunya jeti ini adalah kawasan paya bakau tempat aku cari siput & ketam.
Abang aku menjinakkan "kuda"...hahahahahaAssalamulaikum & salam sejahtera semua. 19/2/2012- Aku bersama abg serta anak buahku berkayuh disekitar Kg Umbai. Kali ini aku mengajak mereka berkayuh dalam lingkungan 30km. Kami berkayuh dengan santai penuh dengan kecerian melihat suasana kampung sambil menghirup udara segar di pagi hari. Mereka sekeluarga ni telah semakin aktif berkayuh. Tak lama lagi boleh setup basikal baru ni. Kata abang aku.."Syok oo kayuh, dapat ilang tensen hehehehehe " Kayuhan kami berakhir ditepi pantai sambil bersarapan di jeti Umbai.
Thursday, February 16, 2012
:: PUSING GEBENG DI PAGI HARI ::
Wednesday, February 15, 2012
:: LAYAN ANGIN LAUT~pasir pantai~::
Salam sejahtera semua....petang 15/2/12 setelah siap semua urusan kerja, aku cuma ada masa 1 jam saja utk kayuh. Kali ni aku menghinap di Mercu Beach Resort yang dekat dengan tempat kerja. Lokasi kayuhan aku dah tinjau awal-awal lagi sebelum ni. Aku nak cuba kayuh pesisir pantai sejauh yg mungkin dlm tempoh 1jam sambil layan angin pantai. Basikal MTB apa saja permukaan kita boleh kayuh...kalu tak blh kayuh kita tolaklah hehehehhe.
Berbalik matlamat nak berkayuh di pantai, jaraknya pun tak berapa jauh. Pemandangan sekeliling serta desiran ombak amat menenangkan. Jadi, tak perlu kayuh kuat-kuat. Gunakan gear paling ringan, dan kayuhlah selaju yg mungkin (ada org gelar kayuh kipas) layan angin pantai sambil menikmati pemandangan yang indah ini ciptaan Allah s.w.t. ditambah pula bunyi ombak beralun yg menghempas pantai...aduh, bestnya. Kalu berkelapangan aku akan cuba berkayuh ke cherating pula.~Lebih kayuhan, kurang kilometer~
-Jarak~1okm
-Lokasi Pantai Sg Ular
-Lepas kayuh jgn lupa cuci basikal walapun tak kotor, utk bersihkan basikal dari wap air laut..
Tuesday, January 31, 2012
:: Kayuhan Lasak Kajang 29/01/12::
Penganjur : Bro Nasrul & The Geng
Jarak : 36.6km
Level : Hardcore
Jumlah rider : 20++
29/o1/12- Ahad yg lepas saya berkesempatan berkayuh bersama rakan-rakan di kajang. Trailnya memang mencabar mental dan fizikal. Pendakian utama ialah di puncak pertama yg banyak menggunakan tenaga. Pemandangannya memang indah sekali. Seterusnya kami bergerak menuju kepuncak kedua. Waduh......nikmat sekali pendakianya hahahahaha. Kalau ikut Bro Nasrul berkayuh ni paham-paham sahajalah. Yg datang berkayuh ni memang siap sedia untuk mengerah tenaga & keringat. Kayuhan tetap santai, tapi mental dan stamina perlu bersedia dari awal. Tq pada bro Nasrul & kawan... Ada trail baru jgn lupa roger saya lg.

Puncak pertama ditawan

Tasik Biru
Usaha menwan Puncak kedua
Subscribe to:
Posts (Atom)



































