Showing posts with label OFF ROAD. Show all posts
Showing posts with label OFF ROAD. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

:: KAYUHAN JENDERAM HILIR ::

Peta & elevation trail yang dicerap
Meredah anak sungai

Jalan batu kelikir


Antara puncak yg tertinggi


Tak boleh kayuh kita tolak


Tak boleh tolak kita pikul


cuci jangan tak cuci...



8-01-2012, Kayuhan bersama Pak Din(leader) & Sp Rider. Total rider 64org kesemuanya. Jarak kayuhan 37km. Bukitnya memang "sikit-sikit jer". Pelbagai rider dari berlainan grup menyertai kayuhan ini. Disamping berkayuh, kita dapat merapatkan hubungan sesama rider & kita dapat jumpa kawan-kawan lama yg dah lama tak jumpa. Jumpa lagi kayuhan akan datang. TQ kawan-kawan semua.



Gambar Ihsan Pak Din & Ayin



IKLAN: MADU TUALANG ASLI READY STOK, TAPI TERHAD... SMS/Call 012-2246230

Wednesday, December 7, 2011

:: Putrajaya Challenge Park ::



Salam sejahtera semua. Ahad yg lepas (4 Dec 11) aku berkesempatan layan PCP. Agak lama juga aku tak ke sini. Maka gayatlah bila layan trail ni sebab lama tak layan teknikal. Aku sempat layan 3 lap secara solo. Ramai juga rider pada hari tersebut. Trail teknikal ni amat seronok dilayan serta kemudahannya fasalitinya amat baik sekali. Rasa nak asah teknikal? jom ke PCP... FOC pulak tu...

Wednesday, October 26, 2011

Sunday, October 23, 2011

:: KEMBALI KE FRIM 22 OKt 2011 ::



Setelah 1 tahun setengah aku tak ride ke FRIM, akhirnya aku kembali semula... Laluan off road kali ini dicerap dari dream trail-Rover-Syabas-Pacat-Steroid-Helipad-Main Gate. Kayuhan santai bersama rakan rakan iaitu Kept Firdaus & Salleh Samad.


Dream Trail- Salleh
Dream Trail-Kept Firdaus


Kept sedang membantu salleh- tiub bocor...


">

Sunday, September 11, 2011

.:: KAYUHAN RAYA BROGA Fast & Furious 11 Sept 2011::.

Jarak: 30km
Jumlah masa kayuhan : 2jam 43minit


Mengujakan...

Masuk gaung keluar gaung

Lepas ride

Lps ride


Kayuhan diketuai oleh Bro Nasrul. Trail ni memang level hardcore. Gabungan trail lama & baru memang best meletop! Banyak cabaran pendakian serta menurun bukit. Single trail yg panjang, Trail sawit, Trail Getah, Tarmac, Hutan sekunder memang best. Kalu blh nak repeat lagi...Tq pada semua yg terlibat.


Gambar Sumbangan Bro Noh, TQ bro

IKLAN MADU: MADU TUALANG ASLI READY STOK, BLH ROGER SAYA UTK TEMPAHAN 012-2246230

Monday, June 20, 2011

.:: XTVT Kayuh Lasak "Jungle Fever" NUANG 19 JUN 2011 ::.

Peta yg menjadi panduan... Kami bergerak dari tempat meletak kereta menuju ke extra trail. Kemudian kami bergerak menuju ke Kem Lolo. Setelah sampai di Kem Lolo agak lama, Leader mengambil keputusan utk bergerak turun kerana masa semakin suntuk serta hari makin mendung. Dari kem Lolo kami menurun bukit sehingga ke satu simpang single trail utk menuju ke trail tepi empangan. Dari laluan single trail di tepi empangan kami bergerak ke tempat perkelahan. Kami bergerak keluar dari trail dlm keadaan hujan lebat tetapi amat menyeronokkan. Ada masa nanti bolehlah kayuh lagi disini..jumpa lagi kayuhan akan datang.



Extra Trail



Sungai Empangan Langat

Pemandangan terus ke dam dari sungai.

Bergambar tepi Empangan sebelum pulang


TQ Pak Din atas sumbangan gambar-gambar yg menjadi kenangan utk kami..


Terima Kasih Pada Bro Nasrul & rakan-rakan yg telah berusaha & berkerja keras menjayakan kayuhan kali ini..

Sunday, May 29, 2011

Kemensah Kubang Gajah Trail 29 Mei 2011 "SEGAR MEYEGARKAN"

Trail :Kubang Gajah (Sofea jane trail)

Jarak: ~17KM (pergi balik)

Minggu ini saya dan kawan-kawan berkayuh ke Air Terjun Kubang Gajah. Agak lama juga tak ke sini, dan ini adalah kayuhan pertama saya utk Tahun 2011. Laluan ke sini sudah semakin baik, tidak seperti 2 tahun lepas kerana laluan tersebut telah dilalui ATV. Sepanjang perjalanan ke atas saya & rakan-rakan berselisih dengan kumpulan-kumplan ATV (pelancong) yang menunjukkan isyarat bagus. Mungkin mereka agak terpegun melihat rider-rider berkayuh dengan penuh semangat :) Apa-apa pun enjoy ride bersama kawan2 sekalin. Jumpa lagi kayuhan akan datang...sapa mau ikut, jom kita masuk Trail Lubuk Tedong pula...BERANI??

Elevation trail.



Inilah Tempat yg hendak dituju Air Terjun Kubang Gajah.

Bro Salleh & Kapten sedang bersiap


Bro Lam





Bro Zamri

Pemiliknya masih belum mahu menjual...masih setia... :)

Bro Dom


Bro Cito bersama rakan karib



Bro Somak


Bro Faisal




Sampai sudah di puncak air terjun Kubang Gajah maka bersiap-siap utk mandi


Masing-masing tidak melepaskan peluang menyegarkan badan.


Jurulatih renang sedang menunjukan skill terkini...


Puncak tertinggi Air Terjun Kubang Gajah


Hero Malaya.... Tq Bro cito atas sumbangan gambar untuk kayuhan minggu ini.


MACAM BIASA...IKLAN MADU TUALANG ASLI READY STOK, JANGAN SEGAN2 ROGER SAYA UTK STOK ANDA..TQ

Monday, May 23, 2011

Dam Trail Extra... LEBIH BANYAK MENURUN serta lebih banyak menaik..Memang Terbaik & Menarik!

Rider :Bro Kuman, Kak Linda, Bro Lob, Bro Mazuan, Bro Kamarul, Bro Cito, Kaylah, Kapten Serta Aku.

Jarak :20KM

Trail : Dam Trail + Extra


Pasangan sejoli yg akhirnya termakan pujukan...


Di pinggir Dam Trail Extra. Pemandangan dam dari sudut yg berlainan


Kak Linda yg dah terasa syok layan trail ni.. wanita pertama layan Extra Trail


Kaylah & Bro mazuan berehat sambil mencari Ilham..


Kayuhan ini adalah antara kayuhan yg menyeronokkan dgn tragedi yg tak disangka2 serta dgn spekulasi yg berbagai2 hehehehe . Sakat menyakat diantara rider menunjukkan keakraban namun tetap mengekalkan sikap saling menghormati satu sama lain. Bantu membantu adalah teras penting setiap rider dalam kayuhan sebegini. Yg menariknya trail ini, kita akan lebih menuruni bukit yang landai lebih kurang 1km (belum campur DH yg sedia ada). Pemandangan dipinggir Dam juga lebih cantik dgn suasana kayuhan konopi hutan tebal. Mau Cuba? Jumpa lagi next ride Tahun depan... :)


OPPSSSSS ADA IKLAN SIKIT!!!! KALAU NAK MADU ASLI JGN LUPA CALL SAYA HEHEHEHE...roger out!


Gambar Ihsan Bro Kuman & Bro Kamarul

Wednesday, May 18, 2011

Sg Long Laluan Terbalik... "memang terbaik meletopkan jantong" :

Map & Elevation Trail


menunggu kawan-kawan yangg masih mengerah keringat diatas..


Bersama Rakan "Ragio"...yang lama tak kayuh bersama


Jarak kayuhan : 24km

Leader: Bro Nasrul

Trail ini boleh dikira mencabar dengan pendakian-pendakian yg memerlukan kosentrasi serta kemahiran menggunakan gear untuk sampai ke puncak. Tak perlu gelojoh dalam pendakian, hanya perlu layan saja rentak kayuhan mengikut rentak masing-masing utk sampai kesetiap puncak dengan kepuasan "AKU BOLEH". Single trail yang lebih kurang seperti kemensah memang menyeronokkan. Apabila menuruni bukit pula, fullsus rider yg paling lebar senyumannya umpama terbang diatas angin dengan kelajuan maksimum. Keselamatan adalah paling utama, syukur tiada sebarang kecederaan sepanjang kayuhan. Terima kasih pada kawan-kawan semua yang terlibat dalam kayuhan ini.

Gambar Peta ihsan dari Bro Azmi Hamid

Sunday, February 20, 2011

.::Kayuhan PCP 20 FEB 2010 Bersama Rakan-Rakan KNR::.

Hari ni Aku berpeluang utk Offroad setelah beberapa minggu tidak dpt Offroad. Kali ini aku berkayuh dgn rakan-rakan dari KNR. Tukang tuba kali ini ialah Cito & Kaylah, sampai Along pun tertuba sama menjejakkan kaki di PCP. PCP adalah tempat yg amat sesuai utk mengasah skil teknikal MTB dgn laluan-laluannya yg berselekoh tajam (switchback), laluan berbatu (rock garden), laluan mendaki, laluan menuruni bikit dan dengan keadaan trailnya yg selamat.



Azar, Bang Mat, Kaylah, Ibis, Along & Cito.




Ambil nafas sebelum layan switch back




Rehat dulu sambil layan udara segar he he he. Sambil duk releks ada pulak rider luar yg bertanya pd kami.. " Tak masuk SIC race ka bro?" dgn selamber Bang Mat menjawab: " Kami tak daq enjin bro" Keram perut aku menahan gelak lawak Bang Mat :) . Byk lagi lawak2 yg aku tak blh tahan..adoiii kaki tak cramp, tp perut aku yg cramp... :)




Kaylah menunjukkan skill...



Azar mengejar kaylah



ni saper da...ha ha ha Tq bang Mat Gambar ni.



ibis test brake baru.. R1..



Cito test crank baru



Along layan abis...







Satu-satu wanita dlm kayuhan hari ni..steady lah kak!



Aku terpaksa menamatkan kayuhan awal oleh kerana nak berkejar ke SIC nak amik stok Thaaji... TQ kawan-kawan semua



Gambar Ihsan dari Bang Mat & Along