Showing posts with label TEKNIKAL. Show all posts
Showing posts with label TEKNIKAL. Show all posts
Friday, January 24, 2014
.:: Alat Pembuka Teras ( Core Remover Tool) ::.
- Ia digunakan utk meloggar atau mengetatkan teras injap tiub. Sekiranya ada masalah injap angin pada tiub, kita boleh menggunakan alat ini memeriksa injap tersebut. Kadang-kadang injap angin tersumbat disebabkan lumpur. Ia juga dapat membantu utk kita memasukkan cecair "Sealant" ke dalam tayar tanpa perlu membuka tepi bibir tayar. Bagi mereka yg menggunakan tayar tanpa tiub, ia dapat membantu utk menyelanggara sendir tayar anda.
http://www.youtube.com/watch?v=0vPBsBwu-nY
Friday, January 10, 2014
.:: Kenapa Perlu "Anti-freeze jacket" pada alat tersebut? ::.
![]() |
| http://www.lezyne.com/en/products/co2-systems/c02-inflators#!trigger-drive-co2 |
1. Kegunaannya "Anti-freeze jacket" atau Pelindung sejuk beku ?
Ia adalah utk menglindungi jari dari kecederaan akibat kebakaran sejuk.
2. Apa makna kebakaran sejuk?
Lecuran yg terjadi apabila jari atau anggota badan bersentuhan dengan selinder yg sedang mengeluarkan gas pada tekanan tinggi.
3. Bagaimana kebakaran sejuk terjadi?
Apabila selinder sedang mengeluargan gas pada tekanan tinggi, suhu pada selinder akan turun mendadak sehingga terjadinya ais. Ais tersebut boleh menyebabkan jari kita melekat pada pemukaan selinder. Akibatnya permukaan jari melecur akibat terlalu sejuk.
4. Dimana lagi sistem ini digunakan?
Contoh yg mudah ialat alat pemadam api Jenis CO2. Permukaan nozel (berwarna hitam) tidak boleh dipengang ketika nozel sdg mengeluarkan gas.
CO2 tersebut dibekalkan pelapik anti beku. Mungkin ia tak mencederakan jari anda sekiranya tiada pelapik ini, tp sebagai langkah keselamatan ia perlu diambil berat.
Monday, January 28, 2013
.:: RENCAH Tayar Tanpa Tiub ::.
![]() |
| Rocket Ron 1 set RM270 ,presta valve RM55, Stans Sealant RM98 |
- Perkara yg paling penting ialah jenis tayar. Pastikan ia sesuai utk tubeless.
- Cecair sealant. Elok beli 1 botol lebih jimat utk kegunaan akan datang. Ini juga kes eksperimen, jadi memang elok beli 1 botol.
- Valve yg sesuai dengan rim. Aku dah salah beli, selepas pasang bocor ditepi-tepi nat....
- Cara pemasangan aku rujuk di http://www.notubes.com/helpcenter.aspx
- Core remover penting utk kegunaan menambah sealant dimasa akan datang.
- Pastikan rim telah siap sedia utk kegunaan tanpa tiub.
![]() |
| Pembuka presta RM21 & Presta Valve RM38 |
![]() |
| Hasil tayar belakang. 4 kali cuba baru jadi. |
![]() |
| Hasil tayar depan. 2 kali cuba baru jadi. Rujukan : http://www.notubes.com/helpcenter.aspx |
Monday, July 16, 2012
:: Pedal Clip TIME ATAC ::
Setelah beberapa tahun menggunakan pedal clip jenama SHIMANO sehingga rosak pedal tersebut, maka aku beralih kepada pedal clip jenama TIME model ATAC S. Mempunyai 3 jenis tahap keanjalan spring yang boleh diubah mengikut kesuaian penunggang.
Tahap 1 - Lembut, kasut amat senang ditanggalkan dari pedal.
Tahap 2 - Sederhana keras/Ketat, kasut masih senang ditanggalkan dari pedal tetapi sedikit "keras"
Tahap 3 - Keras/Ketat, Kasut amat susah ditanggalkan dari pedal.
Anda perlu membaca manual sebelum membuat atau mengubah "setting" tersebut. Kemudian lakukan ujian terhadap pedal tersebut.Harganya pun tidak semahal jenama LOOK. Setalah cuba menggunakannya, perestasi pedal tersebut memuaskan hati. Orang kata " sesuailah dengan jiwa" hehehe
Jika anda cari Pedal clip utk menggantikannya yang lama? Anda boleh cuba pedal ini, pasti tidak menghampakan. Ada beberapa model pedal jens ini, sila rujuk web di bawah utk maklumat lanjut.
http://www.time-sport.com/pedales/time-atac_15_m22.aspx
Sunday, July 1, 2012
:: Flat Bar ::
![]() |
| Contoh Flat Bar |
Faktor pemilihan Flat bar
1.Cara tunggangan mesti "Jiwa XC" .
Jika anda suka melayan trail XC anda lebih sesuai menggunakanya. Kenapa? Ia memberikan kelebihan ketika pendakian. Macam mana ia dpt memberikan kelebihan? Apabila pendakian, beban badan anda dapat dia alihkan secara maksimum ke bahagian depan basikal anda, secara tidak langsung tayar belakang anda akan kurang beban. Jadi kayuhan pendakian lebih mudah. Selain daripada itu, anda dapat melayani laluan teknikal dgn lebih baik dengan pengawalan yang lebih jitu & konsisten.
2.Frame XC.
Frame Hard tail XC lebih sesuai menggunakannya. Frame hard tail merupakan "kawin" yg amat serasi dgn handle jenis ini.
3.Kenal Pasti setting basikal anda.
Perkara yg paling penting ialah anda mesti tahu setting basikal anda. Apakah jenis setting yang anda adaptasikan pada basikal anda. Kita tidak perlu ikut cakap orang utk menukar sesuatu aksesori. Basikal kita adalah untuk tunggangan kita. Jika basikal anda di "setup" utk All Mountain, handle bar jenis ini tidak sesuai digunakan. Dan jika anda lebih serasi dgn riser bar walaupun anda penunggang XC maka biarkan saja setup anda.
4.Perlukah anda memotonganya jika panjang?
Melalui ilmu-ilmu dari rider berpengalaman, mereka lebih menggalakkan penggunaan hanlde bar yg lebar. Tak perlu dipotong. Mengapa? Kerana ia memberikan kelebihan ketika pendakian serta penurunan bukit yang lebih stabil. Bayangkan jika hanlde bar anda dipotong, maka bukakan kelebaran akan mengecil. Pengecilan kelebaran tidak memberikan kestabilan bila hentakan berlaku ketika penurunan bukit dalam halaju yang tinggi.
5.Apakah saiz kelebaran yang biasa rider-rider gunakan?
560mm,580mm, 600mm,620mm,640mm
6.Antara jenis binaan hanlde bar:-
Alloy, Scandium, Karbon komposit
Sunday, June 17, 2012
Menyelenggara Komponen Rim Basikal.
Rim basikal adalah salah satu komponen yg penting dlm melancarkan kayuhan anda. Ada bermacam-macam jenama & model rim utk basikal, contohnya Mavic, Fulcrum, DTswiss, Shimano dll. Rim anda adalah amat penting & mesti bersesuian dengan cara penunggangan anda. Penunggang XC, AM, DH mempunyai jenis rim yang berbeza. Penyelenggaran penting utk mengelakkan kerosakan pada rim tersebut. Perlukah selalu membuat penyelengggaran? Bagi aku setahun sekali dah cukup. Boleh buat sendiri ka? Boleh...perlukan peralatan yang sesuai & sedikit pengalaman. Pengalaman? Tentu masa kecil-kecil dulu anda mempunyai pengalaman membaiki basikal sendiri, jadi sama jerlah..cuma perlu baca sikitlah kat web-web utk lihat maklumat leraian jenis hub rim anda.
![]() |
| Rim Belakang |
![]() |
| Rim Hadapan |
1.Apa yg aku buat ialah membersihkannya dari pasir serta habuk.
2.Lap dengan kain bersih dan jangan sekali gunakan WD40..kenapa?
3.Sebab, WD40 akan mencairkan gris di dalam bearing anda. Bila gris cair & kering maka
bearing anda pasti rosak akibat putaran yg tiada pelincir.
4.Perlukah buka bearing tersebut? Tak perlu buka jika bearing anda masih berpusing dgn baik serta
tidak tersekat-sekat (kasar).
5.Pasang semula setelah membersihkanya mengikut turutan leraian.
6.Disamping itu jejari rim perlu diselenggara agar tiada jejari yg longgar.
7.Penyelanggaran ini aku buat setelah 3thn aku guna rim ni...bebaloi, nasib baiklah tak rosak, blh
la akulanyak lagi :)
8.Sedikit petua yg aku dpt dari internet dlm menjaga rim :-
a. Jangan menenggelamkan hub anda di dalam air. Kalau merentasi sungai sebaiknya pukul.
b. Jangan kayuh jika hub anda tenggelam dalam air. Walaupun laluan blh kayuh, lebih selamat
dipikul.
c. Jangan gunakan air yang dipancut deras dibahagian hub.
d. Jangan gunakan WD40 dibahagian hub.
e. Tungganglah sesuai dgn kemampuan rim serta rim mesti bersesuian dgn berat badan anda.
Komen aku utk rim ini :-
Tahan lasak & bersesuaian dgn harga (Thn 2009 harganya Rm650).
Saturday, May 28, 2011
2nd Chain Ring "PERGI"...2nd chain ring baru "DATANG"...
Setelah hampir 6 bulan menukar chain ring kecil, maka tiba masanya pula aku menukar chain ring tengah. 6 bulan aku tempah (tapi tak pi ambil walaupun barang dah ada). Nasib baik tokey kedai tak jual pada orang lain. Orang lain congak nak tukar 10 speed, tp kau masih setia dengan 9 speed hehehe . Musim gawatlah katakan, apa yang boleh menjimatkan itulah yang terbaik. Janji boleh kayuh...
Saturday, December 25, 2010
MASALAH CHAINRING / CHAIN WHEEL

Tanda Kerosakan:
1.RD tidak berputar secara normal walaupun jockey wheel RD berada dalam keadaan baik.
2.Apabila kayuhan mendaki menggunakan chain ring kecil, rantai tersekat pada badan basikal
3.Masalah ini hanya akan terjadi jika tekanan maksimum dikenakan pada chain ring kecil.
3.Masalah ini hanya akan terjadi jika tekanan maksimum dikenakan pada chain ring kecil.
Sebelum dapat menyelesaikan masalah tersebut, aku terpaksa menukar cassette serta rantai baru...ingatkan problem dah beres..tetapi masalah tersebut tetap berlaku juga. Oleh itu, aku telah memaparkan masalah tersebut di Facebook utk meminta pandangan rakan2. Pandagan dr rakan2 benar2 membantu, satu persatu part dilihat dengan teliti spt Rd, RD hanger, Cassete, FD serta rantai.
Akhirnya aku melihat ke part terakhir sekali iaitu Chain ring kecil yg berada di crankset. Memang terdapat tanda "kehausan" pada chain ring tersebut.. maklumlah, dah nak hampir 2 tahun aku menggunakannya. Pendapat dari beberapa kawan2 menguatkan lagi kebarangkalian part tersebut telah rosak. Maka aku telah mengambil keputusan utk menukarnya. Kerja2 menukar aku lakukan sendiri di rumah.
Setelah menukarnya, aku telah menguji tahap kelancaran chain ring kecil dengan mengenakan tekanan berat pada chain ring. kayuhan pendakian telah menjadi lancar & masalah rantai tersangkut pada frame basikal tidak lagi berlaku...huhuhu akhirnya aku lega dpt menyelesaikan masalah tersebut.
Terima kasih kpd kawan2 yg sudi memberi pandangan serta berkongsi pengalaman...
"JASA MU DI KENANG"
Friday, October 8, 2010
Membersihkan Sistem Pemacu Basikal
Gambar diatas diambil selepas aku layan salah satu jamboree basikal. Kedaan rantai, Rd, Crank memang berada pada tahap maksimum "kotor" . Lihat sajalah Cassette & Rantai, macam dah nak berkarat. Oleh itu, Anda perlu cepat membersihkannya utk mengelakkannya rosak.Apakah peralatan yg diperlukan?
- Minyak Tanah-utk membuang kotaran serta minyak lama.
- Sabun Buku (Sabun Basuh Baju)-membuang minyak tanah serta membersihkan rantai dr kotoran yg tak dpt ditanggalkan oleh minyak tanah.
- Berus gigi lama 2 unit-utk memberus cassette serta rantai yg kotor.
- Kain Buruk-utk menyerap air selepas membasuh/ mengeringkan rantai dr air.
- Minyak Rantai -letak semula minyak selepas rantai di bersihkan.
Tanggalkan rantai agar senang membuat pembersihan. Bersihkan juga kompnen-komponen yg berkaitan dengan pemacu rantai.
Pasang semula rantai. Letak minyak sedikit demi sedikit, jgn terlalu banyak krn akan meneyebabkan rantai anda terlalu basah (cepat melekat kotoran). Putarkan crank, & mainkan gear agar minyak dpt diseratakan pd rantai serta cassette. Sistem pemacu yg bersih akan memanjangkan jangka hayat komponen basikal anda sekaligus dpt menjimatkan wang anda. Sistem pemacu yg bersih juga dapat melancarkan kayuhan anda. Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)














