Sunday, June 17, 2012

Menyelenggara Komponen Rim Basikal.

 Rim basikal adalah salah satu komponen yg penting dlm melancarkan kayuhan anda. Ada bermacam-macam jenama & model  rim utk basikal, contohnya Mavic, Fulcrum, DTswiss, Shimano dll. Rim anda adalah amat penting & mesti  bersesuian dengan cara penunggangan anda. Penunggang XC, AM, DH mempunyai jenis rim yang berbeza. Penyelenggaran penting utk mengelakkan kerosakan pada rim tersebut. Perlukah selalu membuat penyelengggaran? Bagi aku  setahun sekali dah cukup. Boleh buat sendiri ka? Boleh...perlukan peralatan yang sesuai & sedikit pengalaman. Pengalaman? Tentu masa kecil-kecil dulu anda mempunyai pengalaman membaiki basikal sendiri, jadi sama jerlah..cuma perlu baca sikitlah kat web-web utk lihat maklumat leraian jenis hub rim anda.

Rim Belakang

Rim Hadapan

1.Apa yg aku buat ialah membersihkannya dari pasir serta habuk.
2.Lap dengan kain bersih dan jangan sekali gunakan WD40..kenapa?
3.Sebab, WD40 akan mencairkan gris di dalam bearing anda. Bila gris cair & kering maka   
   bearing  anda pasti rosak akibat putaran yg tiada pelincir.
4.Perlukah buka bearing tersebut? Tak perlu buka jika bearing anda masih berpusing dgn baik serta  
   tidak tersekat-sekat (kasar).
5.Pasang semula setelah membersihkanya mengikut turutan leraian.
6.Disamping itu jejari rim perlu diselenggara agar tiada jejari yg longgar.
7.Penyelanggaran ini aku buat setelah 3thn aku guna rim ni...bebaloi, nasib baiklah tak rosak, blh 
   la akulanyak lagi :)
8.Sedikit petua yg aku dpt dari internet dlm menjaga rim :-
    a. Jangan menenggelamkan hub anda di dalam air. Kalau merentasi sungai sebaiknya pukul.
    b. Jangan kayuh jika hub anda tenggelam dalam air. Walaupun laluan blh kayuh, lebih selamat
        dipikul.
    c. Jangan gunakan air yang dipancut deras dibahagian hub.
    d. Jangan gunakan WD40 dibahagian hub.
    e. Tungganglah sesuai dgn kemampuan rim serta rim mesti bersesuian dgn berat badan anda.
   
Komen aku utk rim ini :-
Tahan lasak & bersesuaian dgn harga (Thn 2009 harganya Rm650).

1 comment:

  1. Terlupa 1 perkara, Hub belakang didalam free hub perlu diletakan gris...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.