Saturday, March 6, 2010
Sabtu Aku Bekerja...
Jamboree Basikal Bukit 2
Salam kembali... 21/2/10 Ahad, Jamboree kedua yg sempat disertai ialah Sri Iskandar Perak. Jarak kayuhan lebih kurang 55km. Bermula dgn laluan jalanraya lebih kurang 7km. Kemudian melalui laluan ladang kelapa sawit yg penuh dgn pendakian yg mencabar mental & fizikal "rider". Sekaligus menguji kecekapan "rider" menggunakan gear & ketahanan mental untuk meneruskan kayuhan. Trail tersebut sebenarnya tiada masalah, tetapi kayuhan yg berterusan selama hampir-hampir 4jam telah melemahkan otot-otot kaki yg menyebabkan kekejangan. Oleh itu, perlu tingkatkan lagi latihan kayuhan agar masalah tersebut tidak timbul semasa kayuhan akan datang. Sesuatu yg amat menarik untuk jamboree tersebut, "rider" yg sampai di garisan penamat diberi medal serta dapat diketahui kedudukan (ranking) yg secara tidak langsung dapat menilai sejauh mana perestasi kayuhan.
Bersama rakan-rakan DUKECT
Bergambar dihomestay (lepas kayuh)
Perlu memantapkan lagi latihan kayuhan.
No 117/800 peserta.
Gambar bersama rakan rakan pujMAC
Bersama Rakan-rakan KayuhBeb
Lokasi Kayuhan
Kemensah (Dam Trail, Lubuk Tedung, Kem Saleh, Sg Pusu Trail, Kubang Gajah Trail, Sg Congkak Trail, Bamboo Trail)
Broga semenyih
Empanggan Batu
FRIM
Friday, March 5, 2010
RUN10
Title :RIDE UP NORTH
Venue :Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh
Date :14th March 2010
Time :07:30 am (Flag Off)
Sayang sekali aku tidak dpt menyertai kerana ada urusan yg lebih penting. Apa-apa pun diucapkan "Selamat Berkayuh" kepada rakan-rakan yang menyertai serta semua yg terlibat dlm acara tersebut.
Salam Jumaat semua...
Hari ini adalah hari penghulu segala hari... hari yang penuh keberkatan...sama-samalah kita memanafaatkan hari yang penuh keberkatan ini dgn amal ibadah serta amal jariah spt bersedekah. Terdetik pula ingin menganjurkan soalan, Bolehkah amalan bersedekah dilakukan semasa imam sdg menyampaikan Khutubah Jumaat? Sdgkan mengikut sabda Rasulullah s.a.w nak menyuruh org diam pun tidak boleh... jd, sama2 kita renungkan...
Jamboree Basikal Bukit 1
Salam sejahtera semua... bercerita pasal jamboree basikal bukit, jamboree pertama yang disertai ialah di kuantan pada bulan Disember 2009 yang lalu iaitu Monsoon ride. Sesuatu pengalaman yang bagus & berguna bagi menguji mental & fizikal serta kemahiran berbasikal setelah hampir setahun berlatih berkayuh. Hasilnya boleh dikira berbaloi walaupun penganjur tidak merekodkan nombor serta catatan masa, yang penting selamat sampai kegarisan penamat. Kayuhan sejauh lebih kurang 35km sudah cukup menguji & mengukur ketahanan kayuhan. Disamping itu, ia juga dapat mengeratkan tali persahabatan serta menambah kenalan basikal bukit. Rakan-rakan DUKECT (Damansara Ulu Kelang Cycling Team) yang terlibat ialah Faisal,Farhan, Firdaus & FJ.
Salam Sejahtera semua..
Setelah sekian lama hati berkeinginan utk membina blog, baru sekarang aku membuatnya..buat masa ini aku bercuti dari aktiviti Basikal Bukit kerana ada perkara yang perlu diselesaikan..Selamat Malam...
Subscribe to:
Posts (Atom)