Friday, March 5, 2010

Jamboree Basikal Bukit 1


















Salam sejahtera semua... bercerita pasal jamboree basikal bukit, jamboree pertama yang disertai ialah di kuantan pada bulan Disember 2009 yang lalu iaitu Monsoon ride. Sesuatu pengalaman yang bagus & berguna bagi menguji mental & fizikal serta kemahiran berbasikal setelah hampir setahun berlatih berkayuh. Hasilnya boleh dikira berbaloi walaupun penganjur tidak merekodkan nombor serta catatan masa, yang penting selamat sampai kegarisan penamat. Kayuhan sejauh lebih kurang 35km sudah cukup menguji & mengukur ketahanan kayuhan. Disamping itu, ia juga dapat mengeratkan tali persahabatan serta menambah kenalan basikal bukit. Rakan-rakan DUKECT (Damansara Ulu Kelang Cycling Team) yang terlibat ialah Faisal,Farhan, Firdaus & FJ.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.