Tuesday, October 23, 2012

:: Chopper moden buatan Malaysia ::


Basikal merupakan satu pengangkutan yang ringkas dan menjimatkan. Jadi aku membeli sebuah basikal untuk kerja aku di sini. Dengan adanya basikal ini memudahkan aku untuk membawa barang-barang kerja serta meronda tapak projek yang luas. Oleh kerana kebanyakan jalan telah berturap, maka aku rasa basikal jenis ini paling sesuai utk aku gunakan. Bakul di hadapan serta pelana di belakang amat sesuai untuk membawa barang-barang kerja. Sistem pemacu yang ringkas "single free wheel" mudah diselenggara jika rosak. Basikal jenis ini amat kurang digunakan di sini. Rata-rata pekerja menggunakan jenis MTB. Berharga Rm180 dibeli dari sebuah kedai kawan di Umbai, Melaka. Harap-harap basikal ini dapat berkhidmat dengan aku sehingga selesai keje di sini. Mari Kita Berkayuh........di Lynas...