Saturday, March 6, 2010

Jamboree Basikal Bukit 2



Salam kembali... 21/2/10 Ahad, Jamboree kedua yg sempat disertai ialah Sri Iskandar Perak. Jarak kayuhan lebih kurang 55km. Bermula dgn laluan jalanraya lebih kurang 7km. Kemudian melalui laluan ladang kelapa sawit yg penuh dgn pendakian yg mencabar mental & fizikal "rider". Sekaligus menguji kecekapan "rider" menggunakan gear & ketahanan mental untuk meneruskan kayuhan. Trail tersebut sebenarnya tiada masalah, tetapi kayuhan yg berterusan selama hampir-hampir 4jam telah melemahkan otot-otot kaki yg menyebabkan kekejangan. Oleh itu, perlu tingkatkan lagi latihan kayuhan agar masalah tersebut tidak timbul semasa kayuhan akan datang. Sesuatu yg amat menarik untuk jamboree tersebut, "rider" yg sampai di garisan penamat diberi medal serta dapat diketahui kedudukan (ranking) yg secara tidak langsung dapat menilai sejauh mana perestasi kayuhan.



Bersama rakan-rakan DUKECT
Bergambar dihomestay (lepas kayuh)

Perlu memantapkan lagi latihan kayuhan.

No 117/800 peserta.


Gambar bersama rakan rakan pujMAC


Bersama Rakan-rakan KayuhBeb


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.