Monday, December 23, 2013

.:: PCC Specialized 2013 8/12/13 ::.

Jarak kayuhan : 54km 
Jumlah Rider : 1200orang

Ketinggian laluan

Mula dgn senyum

Alhamdulillah, tamat cabaran 4 "check point" dgn selamat.
        Cabaran berkayuh PCC memang telah diduga "kesengsaraanya". Kene betul2 tekad nak uji sejauh mana kemampuan fizikal dalam megharungi cabran-cabaran yang dihidangkan. Jangan berkayuh terlalu laju dipermulaan laluan kerana masih byk lagi tenaga yg diperlukan utk laluan-laluan seterusnya (kalu enjin racing takper...tekan jer lah selaju mana pun sampai abis check point ) . Oleh itu, kenelah pandai simpan tenaga utk cabaran check point 3 dan 4.
         Matlamat aku kayuhan ini bkn utk dapatkan kedudukan yg bagus, kerana tiada nombor diberkan bila tamat kayuhan. Tetapi matlamatnya, mesti habis semua chek point dlm tempoh yg ditetapkan. Rider diberi pilihan utk "Chiken" atau kawan-kawan aku gelar "KFC" di setiap CP-1,CP2, dan akhir sekali CP3. Di setiap ckeck point telah disediakan elevation utk kita lebih bersedia dgn cabaran yg bakal lalui. Keputusan terakhir utk chiken adalah di CP-3.
Oleh itu, rider perlu membuat keputusan yg tepat samada mahu meneruskannya atau tidak, bergantung pada keadaan :
1. Dah terlalu penat....muka dah tak blh senyum...Chiken...
2. Kecederaan . Utamakan keselamatan, ....Chiken...
3. Penat tapi boleh gelak, makan pisang 4-5 bijik....masuk ke CP-4
4. Basikal rosak...elokklah chiken...
5. Sampai CP3 lebih masa...Automatic chiken...
6. Semangat kental, hati waja, alang2 menyelok pekasam biar sampai kepangkal lengan!.. Masuk ke laluan CP4.
        CP4 adalah laluan yg betul-betul perit dgn 2 puncak pendakian. Walau pun begitu, aku rasa seronok layan trail ni, & rasa nak ulang semula dgn kawan-kawan bila ada kesempatan nanti. Keseronokan laluan-laluan denainya amat lazat sekali.

Nak cuba acara ni?? Tunggu 2015...Kalau ada umur kita jumpa di sana, Insya Allah.

Kata-kata salah seorang rider....
1. Ada org ride nak test kekuatan. Pecut mcm nak gila...
2. Ride sebab suka nak test laluan. Kayuh santai, jumpa downhill dialah raja...
3. Ride sbb nak test ketahanan. Kayuh santai, tapi semua bukit dia pajak.
 Katanya lagi,
Rider yg nak test kekuatan, 50% mungkin akan kecundang dgn trail ni, kecuali dia mmg jenis rider "racing".
70% Jenis rider no 2 dan3 akan sampai ke chek point 4 sambil tersenyum. "

Gambar ihsan BaikBike.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.