Saturday, October 2, 2010

KEMENSAH DAM TRAIL PART 2



Ini adalah tarmac yg anda akan lalui sebelum mencecah off road. Laluan tarmac ni lebih kurang 3Km. Terdapat juga sedikit laluan mendaki, tetapi yg paling utama, anda perlu berhati2 melaluai kwsn tersebut kerana kadang2 terdapat motosikal & kereta yg dipandu laju..

Salam perkenalan Offroad kemensah bermula disini. Jgn sesekali memandang sipi dgn bukit yg tak seberapa ni. Jika silap perhitunggan menggunakan gear atau terlalu "gelojoh" meratah bukit ni anda pasti akan tewas. Pastikan anda menggunakan gear yg sesuai dengan kemampuan anda utk menghabiskan kayuhan sehingga ke atas.


Wah rehat nampak.. hehehhehehe. utk sampai kesini, anda akan melayan climbing lebih kurang 5 kali. Tiada laluan menurun semuanya mendaki. Ada byk lagi laluan mendaki selepas ni, jadi jgn la menghabiskan tenaga...kalu tak larat mendaki elok tolak jer..jgn la segan2 nak tolak..krn menolak itu adalah asam garam berbasikal MTB.
Dah sampai ke sini juga , bermakna tiada lg "laluan Ayam". Anda perlu menghabiskan loop tersebut samada larat atau tidak. Laluan Dam Trail penuh dgn pendakian2 yg mencabar serta laluan menurun bukit "single trail" yg amat menyeronokkan.
Bagi yg menggunakan basikal fullsus, Dam trail adalah salah satu tempat best utk layan fullsus anda. Tetapi anda perlu ingat, ranting2 buluh sentiasa menanti anda. Jadi pastikan anda menggunakan pelindung mata (cermin mata) utk mengelakan kecederaan.
(Sambung lagi next time part 3, roger out...)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.