Tuesday, July 24, 2012

:: Selamat Berpuasa ::


Selamat berpuasa pada semua rakan-rakan maya yang beragama Islam. Moga kita mendapat keberkatan sepanjang bulan tersebut.

    Aktiviti kayuhan secara automatik menjadi terhad pada bulan ini. Namun kita masih boleh berkayuh pada waktu malam  dihujung minggu. Kayuh-kayuh juga, tapi taraweh jgn kita tinggalkan. Rugi kita nanti. Oleh itu kayuhan biasanya dilakukan selepas  solat Taraweh.
    Di Kuala Lumpur, kayuhan mendaki genting sempah (laluan jalan lama) diwaktu malam Ramadhan memang ditunggu rider-rider sekitar KL. Kayuhan secara berkumpulan mampu mengumpul lebih 40 rider. Suasana gelap gelita, laluan yang sunyi sepi, pendakian yang berselekoh, suasana dingin malam antara cabaran sepanjang 16km pendakian. Jika bukan bulan Ramadhan, rasanya memang tak berani nak lalu laluan ni. Ok, Tingkatkan keselamatan bila berkayuh pada malam sentiasa peka pada persekitaran. Selamat berpuasa & selamat berkayuh.

2 comments:

  1. salam..

    saya ada terbaca pasal trip kemensah ke sg pusu..
    saya berminat nak tau lbh lanjut pasal track ni.. saya ni pelari trail tegar.. dah lama plan nak redah trail ni.. dgr boleh bawak ke sg congkak/sg pusu/janda baik.. nak tau expesially ke sg pusu..

    1. Trail dia clear x? Ada marking ke?
    2. Slalu ada budak MTB ad Motorcross ke on wekend?

    -Arman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali...
      Trail kemensah ke sg pusu dahulunya memang ada, tetapi telah lama tdk digunakan. Melalui maklumat yg saya perolehi, trail tersebut sedang dijejak semula oleh grup motorcross. saya kurang pasti trail tersebut telah ditanda ke belum.
      Bagi Trail Kemensah ke janda baik pula saya kurang pasti masih dugunakan lagi atau tidak. Tetapi beberapa tahun lepas, salah seorg rakan komando saya ada memasuki trail tersebut secara berseorang membuat latihan sendiri.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.