Salam kembali semua. 17 Oktober 2010, kayuhan jalan raya telah berjalan mengikut jadual spt yg telah dirancangkan. Seramai 13 rider semuanya yg terlibat dlm kayuhan kali ini. Tidak dilupakan juga 1org pemandu bersama 1 org pembantu "Safety Car" (ZIRAH & SAFURA) TQ. Oleh kerana kayuhan kali ni memang telah diketahui KEAZABANNYA, maka majoriti rider memakai JC LIVESTRONG sebagai pembakar semangat utk mengharungi cabaran kayuhan "azab".
Ujian pertama dimulakan oleh Hasan yg mencatat masa keseluruhan 9 minit untuk sampai ke puncak Bukit Ampang dan diikuti oleh rider-rider lain.
CP1: Puncak Bukit Ampang, Kami berehat sebentar di sini utk menghilangkan lelah mendaki sblm meneruskan kayuhan ke Pekan Langat. 2 Rider menanti di Pekan Langat (Ajo & Dzul).
Pekan Langat... suasana lain beb.. rider L I V E S T R O N G menjadi perhatian..naik sikit semangat pada masa ni.. hahhhahaha
Kayuhan pendakian telah bermula...
Lihat sajalah.. 2 jenis rider, 2hobi berbeza, 2 kemampuan yg berbeza. Kemampuan Enjin + skill & kemampuan stamina + skill. Apa-apa pun, kita adalah rider.
Kayuhan menuju puncak kedua "BUKIT HANTU"...
CP2: Puncak Bukit Hantu. Kayuhan utk sampai kepuncak kedua memang menguji mental. Dgn suasana panas terik, deruman enjin2 kereta2 turbo berserta deruman enjin2 superbike mmg membakar jiwa...
Setelah sampai disni, tak dpt dibayangkan kepenatannya...bak kata Shahrin, "HANTU PUNYER BUKIT"... Kami berehat sebentar disini sambil membayangkan air kelapa, cendol, mee kari...peh lazatnya.... kejayaan menawan bukit hantu memang memuaskan... "BILER MAU REPEAT????"
Gambar Ihsan dari Hasan, zirah, Safura & Fido Dido..
Sambung di part 2..kayuhan SEMANGAT L I V E S T R O N G
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.