Wednesday, November 30, 2011

:: SARAPAN DULU SEBELUM KAYUH::

Madu

Susu Rendah Lemak
Muesli

Quacker Oats


Seorang rakan mencadangkan aku mencuba menu Oat+susu+madu sebelum berkayuh. Hasilnya amat baik, kayuhan rasa lebih baik serta lebih bertenaga. Aku olah sikit menu oat dengan menambah Muesli coklat ke dalamnya. Rasa pun blh tahan sedap serta dapat membuka selera pada waktu pagi. Yg penting kita makan dulu sebelum kayuh agar kita ada tenaga ketika bersukan. ~PERHATIAN: ini bukan menu utk jadi jaguh-jaguh tau :)~

Tuesday, November 22, 2011

:: TAHNIAH PADA ZULFADLI & ISTERI ::

Majlis pernikahan pada 18/11/11 10.30pg Masjid Badar Baru Sentul


Majlis Persandingan Di Dewan DBKL Bandar Baru Sentul 19/11/11

Majlis Persandingan Di Kelab Gof Perkhidmatan Awam Bikit Kiara 20/11/11


Terima kasih pada semua sedara mara yg turut membantu dalam majlis tersebut. Tahinah kpd pengantin, semoga berbahagia ke anak cucu. Tak lama lagi Dato' Daud & Datin Norsiah dapatlah cucu hehehehe :)

:: TAHNIAH HARIMAU MALAYA YG TELAH MENEWASKAN GARUDA::

Ucapan tahniah utk semua pemain MALAYSIA yg bermain dengan penuh semangat sekali!!!! TAHNIAH!!! Kejayaan dikongsi seluruh rakyat Malaysia!

Tuesday, November 15, 2011

:: Kenangan Lama Tahun 2000 di UiTM ::

Ni zaman dulu-dulu, tahun 2000 semasa Kawalan Keselamatan Istihadat menyambut Agong di UiTM Shah Alam sempena konvo. Aku tak dpt menolak, penglibatan aku dlm bidang ketenteraan semasa belajar telah banyak membentuk jati diri serta peribadi. Suatu pengalaman yg berharga yg tak ternilai yg di timba sepanjang 3 tahun latihan.

Sunday, November 6, 2011

:: SELAMAT AIDIL-ADHA ::

Terasa rindu aku ingin kembali ke tempat ini. Mudah-mudahan aku dikurniakan kelapangan serta rezeki utk aku kembali sujud di Masjidil Haram, Insya Allah. Selamat Menyambut Aidil-Adha pada semua umat Islam sekalian dari aku sekeluarga.

Saturday, November 5, 2011

:: PERTOLONGAN CEMAS- Peralatan asas siri 2 ::







Kebiasaanya aku akan membawa 3 barangan diatas ketika berkayuh.
1.Minyak gamat- dpt memberhentikan darah seta menutup luka-luka kecil.
2.Plaster- utk menutup luka-luka kecil.
3.Kain pembalut-utk membalut luka atau boleh digunakan bersama ranting-ranting kayu/ batang-batang kayu utk menyokong bahagian yg patah.
4.Kapas-menutup luka/ menyerap darah/ sebagai pelapis pd bahagian yg luka sebelum di balut.

Melalui pengalaman yg aku alami,minyak gamat amat membantu dlm memberi rawatan kecemasan walaupan dari segi perubatan moden ia tidak digalakkan. Penggunaannya dapat menutup luka dgn cepat dan memberhentikan pendarahan.

Thursday, November 3, 2011

:: PERTOLONGAN CEMAS - Pengenalan siri 1::

Sukan basikal bukit atau MTB adalah satu sukan yang boleh dikira ekstrem serta beresiko tinggi utk menerima kecederan . Oleh itu setiap sesi kayuhan kita perlulah berhati-hati serta berwaspada. Rider juga perlu tahu kemampuan diri lebih-lebih lagi ketika bekayuh di laluan-laluan teknikal dan jangan sesekali melakukannya jika tidak yakin atau tidak berkemahiran. Utk itu, rider amat digalakkan membawa peralatan perubatan kecemasan sendiri ketika berkayuh sebagai persedian sebarang kemungkinan samada kegunaan sendiri atau utk membantu org lain. Pengenalan-PERTOLONGAN CEMAS adalah rawatan sementara waktu diberikan kepada mangsa sebelum tibanya bantuan perubatan.
Objektif

1.Menyelamatkan nyawa
2.Mengelak mangsa cedera lebih serius

3.Mengurangkan kesakitan

4.Mendapatkan bantuan

Saturday, October 29, 2011

:: Murah & Berbaloi...telah diuji ::





Plastik yg berwarna biru tu dah hampir 6 bulan aku guna, masih elok lg sampai sekarang. Memang berbaloi aku gunakannya utk menyimpan HP,Duit,IC ketika berkayuh. Barang-barang aku terselamat dari basah dek peluh dan hujan. Nak bawa masa kayuh pun mudah, cuma perlu lipat dua & masukkan ke saku belakang JC. Mudah, selamat & praktikal. RM8 sahaja melindungi HP, Duit & IC (Jangan rendam dalam air sudahlah)

Wednesday, October 26, 2011

Sunday, October 23, 2011

:: KEMBALI KE FRIM 22 OKt 2011 ::



Setelah 1 tahun setengah aku tak ride ke FRIM, akhirnya aku kembali semula... Laluan off road kali ini dicerap dari dream trail-Rover-Syabas-Pacat-Steroid-Helipad-Main Gate. Kayuhan santai bersama rakan rakan iaitu Kept Firdaus & Salleh Samad.


Dream Trail- Salleh
Dream Trail-Kept Firdaus


Kept sedang membantu salleh- tiub bocor...


">