Saturday, May 28, 2011

2nd Chain Ring "PERGI"...2nd chain ring baru "DATANG"...




Setelah hampir 6 bulan menukar chain ring kecil, maka tiba masanya pula aku menukar chain ring tengah. 6 bulan aku tempah (tapi tak pi ambil walaupun barang dah ada). Nasib baik tokey kedai tak jual pada orang lain. Orang lain congak nak tukar 10 speed, tp kau masih setia dengan 9 speed hehehe . Musim gawatlah katakan, apa yang boleh menjimatkan itulah yang terbaik. Janji boleh kayuh...

Monday, May 23, 2011

Dam Trail Extra... LEBIH BANYAK MENURUN serta lebih banyak menaik..Memang Terbaik & Menarik!

Rider :Bro Kuman, Kak Linda, Bro Lob, Bro Mazuan, Bro Kamarul, Bro Cito, Kaylah, Kapten Serta Aku.

Jarak :20KM

Trail : Dam Trail + Extra


Pasangan sejoli yg akhirnya termakan pujukan...


Di pinggir Dam Trail Extra. Pemandangan dam dari sudut yg berlainan


Kak Linda yg dah terasa syok layan trail ni.. wanita pertama layan Extra Trail


Kaylah & Bro mazuan berehat sambil mencari Ilham..


Kayuhan ini adalah antara kayuhan yg menyeronokkan dgn tragedi yg tak disangka2 serta dgn spekulasi yg berbagai2 hehehehe . Sakat menyakat diantara rider menunjukkan keakraban namun tetap mengekalkan sikap saling menghormati satu sama lain. Bantu membantu adalah teras penting setiap rider dalam kayuhan sebegini. Yg menariknya trail ini, kita akan lebih menuruni bukit yang landai lebih kurang 1km (belum campur DH yg sedia ada). Pemandangan dipinggir Dam juga lebih cantik dgn suasana kayuhan konopi hutan tebal. Mau Cuba? Jumpa lagi next ride Tahun depan... :)


OPPSSSSS ADA IKLAN SIKIT!!!! KALAU NAK MADU ASLI JGN LUPA CALL SAYA HEHEHEHE...roger out!


Gambar Ihsan Bro Kuman & Bro Kamarul

Wednesday, May 18, 2011

Sg Long Laluan Terbalik... "memang terbaik meletopkan jantong" :

Map & Elevation Trail


menunggu kawan-kawan yangg masih mengerah keringat diatas..


Bersama Rakan "Ragio"...yang lama tak kayuh bersama


Jarak kayuhan : 24km

Leader: Bro Nasrul

Trail ini boleh dikira mencabar dengan pendakian-pendakian yg memerlukan kosentrasi serta kemahiran menggunakan gear untuk sampai ke puncak. Tak perlu gelojoh dalam pendakian, hanya perlu layan saja rentak kayuhan mengikut rentak masing-masing utk sampai kesetiap puncak dengan kepuasan "AKU BOLEH". Single trail yang lebih kurang seperti kemensah memang menyeronokkan. Apabila menuruni bukit pula, fullsus rider yg paling lebar senyumannya umpama terbang diatas angin dengan kelajuan maksimum. Keselamatan adalah paling utama, syukur tiada sebarang kecederaan sepanjang kayuhan. Terima kasih pada kawan-kawan semua yang terlibat dalam kayuhan ini.

Gambar Peta ihsan dari Bro Azmi Hamid

Saturday, May 14, 2011

.:: KAYUH KE BUKIT BESI ::.

Puncak Bukit Besi


Bkt Anggerik -> Alam Damai -> Simpang BTR -> Kem Sg Besi -> Bukit Besi /
Bkt Besi -> Loop Kem Sg Besi-> Simpang BTR -> Alam Damai -> Bkt Anggerik

Total Ride 23Km.

Mendaki bukit besi -1.5 km (tapi Pacak).

Kelajuan Menurun bukit besi terkini- 74.5km/h.


Nota: Tidak boleh masuk sebarangan ke dlm kem..kene ada org dalam baru blh masuk bersama mereka...

.::Selamat Pengantin Baru AZWAN & SHAZA 14-05-2011 ::.







Tahniah kpd pasangan mempelai, semoga berbahagia ke anak cucu...


Tuesday, March 22, 2011

Rabu 23:02:2011 pukul 1435H


Aku panjatkan kesyukuran kpd Allah s.w.t , pada tarikh tersebut isteriku telah selamat melahirkan anak lelaki secara normal. Tidak tergambar kegembiraan, tidak terkata kesyukuran pada waktu itu. Hanya diri sendiri sahaja & org yg telah mengalaminya sahaja dpt merasa perasaan kegembiraan pada waktu itu. Inilah kurnian kegembiraan dr Allah yg tidak ternilai...

Umur 1 hari



umur 27 hari


Terima kasih kpd semua yg telah membantu serta yg memberi hadiah kpd anak kami...

Sunday, February 20, 2011

.::Kayuhan PCP 20 FEB 2010 Bersama Rakan-Rakan KNR::.

Hari ni Aku berpeluang utk Offroad setelah beberapa minggu tidak dpt Offroad. Kali ini aku berkayuh dgn rakan-rakan dari KNR. Tukang tuba kali ini ialah Cito & Kaylah, sampai Along pun tertuba sama menjejakkan kaki di PCP. PCP adalah tempat yg amat sesuai utk mengasah skil teknikal MTB dgn laluan-laluannya yg berselekoh tajam (switchback), laluan berbatu (rock garden), laluan mendaki, laluan menuruni bikit dan dengan keadaan trailnya yg selamat.



Azar, Bang Mat, Kaylah, Ibis, Along & Cito.




Ambil nafas sebelum layan switch back




Rehat dulu sambil layan udara segar he he he. Sambil duk releks ada pulak rider luar yg bertanya pd kami.. " Tak masuk SIC race ka bro?" dgn selamber Bang Mat menjawab: " Kami tak daq enjin bro" Keram perut aku menahan gelak lawak Bang Mat :) . Byk lagi lawak2 yg aku tak blh tahan..adoiii kaki tak cramp, tp perut aku yg cramp... :)




Kaylah menunjukkan skill...



Azar mengejar kaylah



ni saper da...ha ha ha Tq bang Mat Gambar ni.



ibis test brake baru.. R1..



Cito test crank baru



Along layan abis...







Satu-satu wanita dlm kayuhan hari ni..steady lah kak!



Aku terpaksa menamatkan kayuhan awal oleh kerana nak berkejar ke SIC nak amik stok Thaaji... TQ kawan-kawan semua



Gambar Ihsan dari Bang Mat & Along

Saturday, February 12, 2011

.:: Pesanan Madu Melalui POS ::.

Botol plastik akan digunakan utk mengelakkan madu melimpah serta botol pecah. Penggunaan botol plastik juga dpt mengurangkan kos pos berbanding dgn botol kaca. 1 botol plastik digunakan utk 1 botol madu sederhana (~300ml).

1.SMS Kuantiti Madu ( Botol Besar/ Sederhana)
2.Anggaran KOS Pos akan dimaklumkan.
3.Sekiranya Pelanggan Bersetuju, sila buat bayaran ke akaun (Harga madu + kos Pos). Bukti pembayaran perlu di email Atau SMS.
4.Pelanggan perlu SMS Alamat serta Nama penuh.
5.Bayaran yg telah dibuat akan disahkan kpd pelanggan serta pembungkusan madu akan dilakukan.
6.Madu akan di POS pada hari Selasa Atau Khamis. No pendaftaran POS akan di SMS kpd pelanggan sbg rujukan

Nota* Jangkamasa penghantaran bergantung kpd Pihak POS. Tetapi biasanya dlm tempoh 2 hari Barang akan sampai kpd pelanggan.

Kos POS utk Semenanjung Malaysia
RM6 - 1 botol sederhana
RM10 - 2 botol sederhana = 1 botol besar

Kos POS Sarawak
~RM16 2 botol sederhana =1 botol besar

Maklumat lanjut sms/call 012-2246230
Iklan madu juga boleh diperoleh di
http://www.mudah.my/Madu+Tualang+Asli-8108766.htm

Tuesday, January 25, 2011

.::DEMAM LtdL 2011::.

Demam LtdL datang lagi... 2Lokasi di Melaka, ada kemungkinanan aku berpeluang pergi tgk kehebatan rider2 pro beraksi...kalu x sempat tgk di Melaka, kemungkinan aku akan pergi ke Dataran Merdeka seperti tahun lepas. JOM KITA RAMAI2 LAYAN TENGOK LtdL 2011.


KUALA PILAH-JASIN

MELAKA -NILAI
UITM SHAH ALAM-DATARAN MERDEKA