Beberapa hari yg lepas, aku berkesempatan lagi utk "menjengah" Bukit Besi. Utk beginner macam aku, bukit ini memang menyiksakan. Jika berkayuh dari rumah mengambil masa lbh kurang 1 jam utk menyelesaikan kayuhan ini. Biasanya aku kayuh pada waktu petang setelah abis kerja (1730-1830). Cukuplah sekadar mengeluarkan peluh pada waktu petang & kayuh pun santai saja.
Thursday, December 8, 2011
Wednesday, December 7, 2011
:: Putrajaya Challenge Park ::
Salam sejahtera semua. Ahad yg lepas (4 Dec 11) aku berkesempatan layan PCP. Agak lama juga aku tak ke sini. Maka gayatlah bila layan trail ni sebab lama tak layan teknikal. Aku sempat layan 3 lap secara solo. Ramai juga rider pada hari tersebut. Trail teknikal ni amat seronok dilayan serta kemudahannya fasalitinya amat baik sekali. Rasa nak asah teknikal? jom ke PCP... FOC pulak tu...
Wednesday, November 30, 2011
:: SARAPAN DULU SEBELUM KAYUH::
Madu
Susu Rendah Lemak
MuesliSeorang rakan mencadangkan aku mencuba menu Oat+susu+madu sebelum berkayuh. Hasilnya amat baik, kayuhan rasa lebih baik serta lebih bertenaga. Aku olah sikit menu oat dengan menambah Muesli coklat ke dalamnya. Rasa pun blh tahan sedap serta dapat membuka selera pada waktu pagi. Yg penting kita makan dulu sebelum kayuh agar kita ada tenaga ketika bersukan. ~PERHATIAN: ini bukan menu utk jadi jaguh-jaguh tau :)~
Tuesday, November 22, 2011
:: TAHNIAH PADA ZULFADLI & ISTERI ::
Terima kasih pada semua sedara mara yg turut membantu dalam majlis tersebut. Tahinah kpd pengantin, semoga berbahagia ke anak cucu. Tak lama lagi Dato' Daud & Datin Norsiah dapatlah cucu hehehehe :)
:: TAHNIAH HARIMAU MALAYA YG TELAH MENEWASKAN GARUDA::
Ucapan tahniah utk semua pemain MALAYSIA yg bermain dengan penuh semangat sekali!!!! TAHNIAH!!! Kejayaan dikongsi seluruh rakyat Malaysia!
Tuesday, November 15, 2011
:: Kenangan Lama Tahun 2000 di UiTM ::
Ni zaman dulu-dulu, tahun 2000 semasa Kawalan Keselamatan Istihadat menyambut Agong di UiTM Shah Alam sempena konvo. Aku tak dpt menolak, penglibatan aku dlm bidang ketenteraan semasa belajar telah banyak membentuk jati diri serta peribadi. Suatu pengalaman yg berharga yg tak ternilai yg di timba sepanjang 3 tahun latihan. Sunday, November 6, 2011
:: SELAMAT AIDIL-ADHA ::
Terasa rindu aku ingin kembali ke tempat ini. Mudah-mudahan aku dikurniakan kelapangan serta rezeki utk aku kembali sujud di Masjidil Haram, Insya Allah. Selamat Menyambut Aidil-Adha pada semua umat Islam sekalian dari aku sekeluarga.
Saturday, November 5, 2011
:: PERTOLONGAN CEMAS- Peralatan asas siri 2 ::


1.Minyak gamat- dpt memberhentikan darah seta menutup luka-luka kecil.
2.Plaster- utk menutup luka-luka kecil.
3.Kain pembalut-utk membalut luka atau boleh digunakan bersama ranting-ranting kayu/ batang-batang kayu utk menyokong bahagian yg patah.
4.Kapas-menutup luka/ menyerap darah/ sebagai pelapis pd bahagian yg luka sebelum di balut.
Melalui pengalaman yg aku alami,minyak gamat amat membantu dlm memberi rawatan kecemasan walaupan dari segi perubatan moden ia tidak digalakkan. Penggunaannya dapat menutup luka dgn cepat dan memberhentikan pendarahan.
Thursday, November 3, 2011
:: PERTOLONGAN CEMAS - Pengenalan siri 1::
Objektif
1.Menyelamatkan nyawa
2.Mengelak mangsa cedera lebih serius
2.Mengelak mangsa cedera lebih serius
3.Mengurangkan kesakitan
4.Mendapatkan bantuan
Saturday, October 29, 2011
:: Murah & Berbaloi...telah diuji ::
Plastik yg berwarna biru tu dah hampir 6 bulan aku guna, masih elok lg sampai sekarang. Memang berbaloi aku gunakannya utk menyimpan HP,Duit,IC ketika berkayuh. Barang-barang aku terselamat dari basah dek peluh dan hujan. Nak bawa masa kayuh pun mudah, cuma perlu lipat dua & masukkan ke saku belakang JC. Mudah, selamat & praktikal. RM8 sahaja melindungi HP, Duit & IC (Jangan rendam dalam air sudahlah)
Subscribe to:
Posts (Atom)


