Saturday, March 9, 2013

Basikal Roda Tiga Kreatif


Binaan asal basikal kreatif ini adalah sebuah kereta sorong roda 3 yang digunakan untuk mengangkat barang. Ianya telah disambungkan pada basikal terpakai yg telah kehilangan roda. Bahagian hadapan boleh dipusingkan ke kanan atau ke kiri.  Kita boleh guna idea ini utk memperbaiknya sedikit Contohnya:-
  1. Paraskan keseimbangan basikal bersama bahagian hadapan. Tujuannya utk mengelakkan beban lampau pada bearing tengkuk.
  2. Tambah brek pada roda belakang
  3. Tambah kerusi di depan utk bawa anak bini jalan2 waktu petang hehehe


Monday, January 28, 2013

.:: RENCAH Tayar Tanpa Tiub ::.



Rocket Ron 1 set RM270 ,presta valve RM55, Stans Sealant RM98
  1. Perkara yg paling penting ialah jenis tayar. Pastikan ia sesuai utk tubeless.
  2. Cecair sealant. Elok beli 1 botol lebih jimat utk kegunaan akan datang. Ini juga kes eksperimen, jadi memang elok beli 1 botol.
  3. Valve yg sesuai dengan rim. Aku dah salah beli, selepas pasang bocor ditepi-tepi nat....
  4. Cara pemasangan aku rujuk di http://www.notubes.com/helpcenter.aspx
  5. Core remover penting utk kegunaan menambah sealant dimasa akan datang.
  6. Pastikan rim telah siap sedia utk kegunaan tanpa tiub.

Pembuka presta RM21 & Presta Valve RM38
Hasil tayar belakang. 4 kali cuba baru jadi.
Hasil tayar depan. 2 kali cuba baru jadi.

 Rujukan : http://www.notubes.com/helpcenter.aspx

  
Cubaan dan pembelajaran yg bagus. Tayar masih dlm peringkat pengujian maklumlah...pemasangan tanpa tauliah.


Monday, December 31, 2012

.:: UPSI Xtreme Rainforest 30:12:2012 ::.

Lokasi : UPSI Tanjung Malim
Jarak : 46Km
Jumlah Rider : ~1000 org



Besssttt!!! trail & penganjuran yg bagus utk acara penutup 2012.


Rakan-rakan KNR


Cikgu Nasir KSCC


 "Enjin-enjin racing" dari kuantan
 
Selesai, dapatlah medal utk kenangan-kenangan. Nasib baik tak chiken loop hahaha..
Sekalung tahniah pada penganjur yg menghidangkan trail yang bagus. Penganjuran yang berjaya dari semua segi. Kekalkan perestasi penganjuran untuk tahun hadapan.

Thursday, November 29, 2012

:: PD FOREST MTB CHALLENGE 2012 (24/11/2012) ::

Jarak :40Km
Lokasi : Port Dickson


Awei, Hasan, Aku, Jakiko, Ridz & Zam
Sedia utk berlepas...penuh dgn rider-rider ternama dlm race ni. Laluan pasti berlumpur serta licin kerana hujan lebar dari awal pagi hingga pukul 8pg

Cabaran meredah laluan banjir

Alhamdulillah selamat semuanya, dapatlah medal utk kenang-kenangan..medal besi tu!!!
Bila sesuatu event dianjurkan utk tujuan berlumba :-
1.Hadiah utk rider yg menang adalah tinggi...
2.Kurang rider yg masuk lebih kurang 400 rider sahaja.
3.Ramai rider-rider "champion" atau sponsor rider yg menyertainya.
4."Pace" kayuhan lebih laju dari biasa (jamboree).
5.Medal ada nombor.

"Kayuh suka-suka mengisi masa terluang sambil berjumpa kawan-kawan lama serta baru & sambil belajar ilmu-ilmu baru. "
Gambar Ihsan :Cycling Malaysia & Corus PD

Monday, November 12, 2012

:: Royal Jamboree (Kayuhan Diraja Kuantan 11/11/12) ::


Bersama rakan-rakan KNR. Tgh pujuk chip mintak sponsor JC baru yg tgh panas lagi..Rugi kalu tak dapat pakai.. 

Mula 0930H
 
Bukit akhir sebelum CP3

Inilah hasilnya yg aku dok semangat nak kayuh..Dapat medal besi beb! Cannnntekkk!

Belakang Medal...
Jumlah Rider : 600
Jarak : 40Km
Terima kasih kepda penganjur yang menganjurkan acara ini dengan baik sekali. Terima kasih pada krew-krew yang terlibat. Diharap boleh menjadi acara tahunan serta kekalkan kualiti penganjuran. Memang puas hati masuk acara ini.

Gambar Ihsan Baikbike.com, Kelab Basikal Jerantut.

Tuesday, November 6, 2012

:: ROYAL Trail Kuantan 4/11/12 ::

Yahoooo basuh basikal, jgn basuh dulu,jauh lagi...

Jarak : 41km
Jumlah rider : 16 org
Laluan: Satdium Kuantan>Semambu>Jabor>Kota Sas>Stadium Kuantan
 
Sebelum jamboree Diraja yang akan diadakan pada 11/11/2012 ini, aku berkesempatan menguji trail tersebut dalam keadaan hujan sepanjang laluan bersama rakan-rakan rider di Kuantan. Nak tahu syok ke tidak, marilah ke Kayuhan Diraja 11/11/12. Terima kasih pada leader & rakan lain yg turut sama dalam kayuhan tersebut. MARILAH!!!!

Gamabar Ihsan Azb Adzlie

Wednesday, October 31, 2012

:: Jamboree Off Road Malam, ECC 2012 20/10/12 ::

Madu Tualang Rider.
 
Blm kayuh dah kecewa dek kerana 4-5 ekor berok..
Jumlah rider: 2500
Jarak : 45 Km
  • Seminggu sebelum acra : Hujan..hujan..hujan..
  • 1 hari sebelum acara : Hujan sikit...
  • Petang sebelum acra : "Rasa-rasa malam ni tak hujan...kalu hujan juga, jawabnya main lumpur mcm 2 tahun lepas...
  • Semasa nak mula acara : Tengok langit cerah... Alhamdulillah...sampai habis acra hujan tak turun...
  • Masa cabutan nombor bertuah, cabut balik rumah...mata dah ngantuk..

Satu-satunya acara jamboree malam terbaik di malaysia. Rugilah saper yang belum cuba... Terbaik!!!!!

Tuesday, October 23, 2012

:: Chopper moden buatan Malaysia ::


Basikal merupakan satu pengangkutan yang ringkas dan menjimatkan. Jadi aku membeli sebuah basikal untuk kerja aku di sini. Dengan adanya basikal ini memudahkan aku untuk membawa barang-barang kerja serta meronda tapak projek yang luas. Oleh kerana kebanyakan jalan telah berturap, maka aku rasa basikal jenis ini paling sesuai utk aku gunakan. Bakul di hadapan serta pelana di belakang amat sesuai untuk membawa barang-barang kerja. Sistem pemacu yang ringkas "single free wheel" mudah diselenggara jika rosak. Basikal jenis ini amat kurang digunakan di sini. Rata-rata pekerja menggunakan jenis MTB. Berharga Rm180 dibeli dari sebuah kedai kawan di Umbai, Melaka. Harap-harap basikal ini dapat berkhidmat dengan aku sehingga selesai keje di sini. Mari Kita Berkayuh........di Lynas...

Sunday, October 7, 2012

:: Fakta Madu ::



Setiap 1gram madu bersamaan 3280 kalori. Nilai kalori 1 kg madu sama dengan 50 butir telur atau 5575L susu atau 1680 kg daging.

Friday, October 5, 2012

.:: UPM Fete 2012 ::.

Tarikh : 30/9/12
Tempat : UPM
Jarak : 45km
Jumlah Rider :1700



Peta laluan
Cerapan ketinggian laluan
Ladang Ragut UPM

200 meter lagi untuk tamat Padang Kawad UPM
Tamat semua check point & dapatlah medal utk kenangan

Jamboree Ke-3 aku tahun ini...
Trail- Bagi aku laluan & pilihan trail tiada masalah, malah menarik dan mencabar. Datang pun sebab menyahut cabaran. Tolak, sorong , pikul, seret, dah jadi adat serta asam garam main basikal bukit. Rasanya ramai rider yg kecewa sebab mungkin tersalah sangka trail ini mudah. Oleh itu persedian mental penting sebelum menyertai mana-mana jamboree. Tapi yang paling utama ialah keselamatan. Kita perlu berhati-hati melalui trail sebab ia kali pertama masuk trail tersebut. Di tempat-tempat merbahaya eloklah tolak jika ilmu tak penuh didada. Matlamat yang paling penting ialah sampai dengan selamat tanpa sebang kecederaan. 
Penganjuran kali pertama mesti ada cacat celanya dari segi pengurusan serta kebajikan rider. Diharap pihak penganjur dapat menerima teguran-teguran dari rider dengan hati terbuka agar dapat meningkatkan lagi kualiti penganjuran utk tahun hadapan. Tahniah kepada penganjur atas penganjuran Jamboree ini. Diharap juga pihak UPM dapat membuka trail tersebut kepada peminat-peminat MTB sekaligus dapat mengalakan gaya hidup sihat dikalangan mahasiswa,kakitangan UPM serta orang ramai.

GAMBAR IHSAN DARI : Web Jamboree Fete, Cycling Malaysia, Sharizman, Moza. Tq semua

Madu Tualang Asli Ready stok sms/call : 012-2246230