Tuesday, March 30, 2010

Kayuhan Kem Saleh 27 Mac 2010






Salam sejahtera semua...kali ini aku ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai Trail Kem Saleh. Laluan masuk trail terletak di kemensah, boleh juga dimasuki melalui Sg Pusu (UIA). Kalau mengikut rekod meter perjalanan aku, jarak perjalanan pergi & balik ialah 24.43km (Dari Shell MacD). Seramai 12 org rider yang berkesempatan meredah trail tersebut. Tiada tetamu dari luar untuk kayuhan kali ini...jd semua rider adalah rider yang telah biasa dengan cabaran trail kemensah. Oleh itu rentak kayuhan kami kali ini adalah lebih laju & pantas dari biasa. Laluan yang paling mencabar adalah laluan motocross yg telah menyebabkan wujudnya longkang yang dalam akibat hakisan air (laluan air). Maka, rider2 perlu menggunakan banyak tenaga untuk mendaki sambil menolak basikal. Disamping itu mata harus tajam melihat atas & bawah kerana ranting2 buluh serta tunggul2 kayu sentiasa menanti mangsa. Trail tersebut penuh dengan pendakian & penurunan bukit yang menguji ketahanan rider2, kemahiran menggunakan gear serta kecekapan menggunakan brek. Cabaran tambahan yang biasa ditemui ialah halangan pohon tumbang merentangi laluan. Aku & kawan2 sampai di Kem Saleh lebih kurang pkl 1140pg.. Sblm balik kami pi recce dpn sikit,igt nak tengok bekas peninggalan sejarah iaitu landasan keretapi lombong bijih tp tak jumpa. Menurut Bro Mazuan ada 1 landasan melintasi sungai..tp semua dah takder, mungkin dah kene rembat dgn pencuri besi buruk..so next time pegi tempat untk camping dpn sikit..air lebih dalam & cantik.. Menurut bro mazuan, selepas kem saleh, laluannya mendaki tak habis2... jadi cdgan di usul sekiranya ingin melengkapkan penjelajahan sg pusu, kereta "parking" di Shell MacD kemudian berkayuh ke UiA melalui Road. Kita mulakan kayuhan dari sungai pusu & akan keluar di kemensah. Kami selamat sampai di Warung Akak lebih kurang pukul 240ptg...dgn semua nya dlm kedaan selamat..calar sikit2 tu biasalah..aku sendiri pun tertonggeng kerana terlanggar tunggul kayu yg ditutupi daun..Apa2 pun suatu kayuhan yang mencabar,kayuhan yang mengembirakan...semua rider berpuas hati dgn kayuhan ini..tiada seorg pun yang menyesal mengikut XPDC kali ini.. jumpa lagi XPDC akan datang..iaitu XPDC melengkapkan Sg Pusu Trail dari UIA ke Kemensah...

2 comments:

  1. kalu dari kemensah nak naik ikut mana?? ikut jalan mana??

    ReplyDelete
  2. laluan ke dam trail...ada 1 simpang ke sebelah kanan...kayuhan terbaru kami sblm puasa yg lalu, laluan tersebut telah berpagar, jadi kene cari laluan lain..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.