Tuesday, December 23, 2014

.:: Menyelenggara "Sea Sucker" Serta Kelebihan & Kekurangan ::.

Leraikan komponen sebelum dibersihkan

Salah satu pum tekanan telah rosak (patah)

  1. Ia mudah dipasang pada semua kereta.
  2. Pemasagan  di cermin depan perlu mengambil kira jarak keselamatan antara wiper - cup sea sucker.
  3. Mudah dibuka = Maka mudah diambil orang.( Berhati-hati bila meletak kenderaan)
  4. Touch N Go = Clear.
  5. Tekanan pum kene periksa selalu (jika jalan jauh, 2jam sekali, lebih kerap lebih bagus). 
  6. Pum mudah patah/ rosak (dah 2 kali patah dalam). Telah menggunakannya 1 Tahun 6 bulan
  7. Penyelanggaraan perlu dibuat 1 tahun sekali.
  8. Rujukkan penyelenggaran https://www.youtube.com/watch?v=Ps27VDuH664
  9. Sebelum ni saya menggunakan Thule lebih 5 tahun. Thule memang sesuai utk penunggang basikal dari segi keselamatan serta ketahanan barang. Harap-harap kit yg sesuai dengan kereta sekarang dapat di keluarkan tidak lama lagi. Boleh la beralih ke Thule semula.

Thursday, May 15, 2014

.:: XTVT LASAK : THE RIVER 13/5/14 ::.

Penganjur Pathfinder Cycling Exploration
Jumlah Rider : 35 Orang
Jarak : 48Km
Tok Penghulu: Nasrul Hisham

Cerapan kayuhan (Ihsan Along KNR)
Berkumpul di Kajang Perdana
Bersama Tok Penghulu Nasrul  
CP1- laluan-laluan manja
Pertengahn kayuhan...Kayuh sampai tak larat nak kayuh....
Pikul sampai tak larat nak pikul
Ini habuan dowhill bila balik nanti...skrg kene pikul naik dulu..
Habuan Kayuhan .... THE RIVER.... 
Kalau dah sampai tak mandi mmg rugi...keindahan semulajadi dgn air yg jernih lagi segar
Aktiviti berendam...
Selesai mandi,aktiviti memikul bersambung semula...sebelum habuan downhill 
Tolak sampai ke puncak... sblm turun...
Terima kasih kepada penganjur yg menyediakan laluan hebat mencabar mental dan fizikal. Habuan kayuhan THE RIVER mmg kene dgn temanya. Amat berpuas hati dengan sungai yg masih belum tercemar, air yg sejuk lagi jernih...Terima kasih daun keladi ada masa kita jumpa lagi." DUA SUDU MADU SEBELUM KAYUH!"

Gambar Ihsan : Hamdzan, Pathfinder Cycling Exploration, Ahmad Rizal.

Link gambar2 menarik serta ingin menyertai kayuhan akan datang:
PathfindersCyclingAdventure

Thursday, April 24, 2014

.:: Misi Mejelajah Trail MTB ::.

Kuantan,
Terdapat byk trail-trail hutan di sini, antaranya Trail beserah, Trail TC (Teknikal trail), Trail Jabor dan banyak lagi.  Kesemua trail-trail tersebut sedia di ratah oleh rider-rider. Aku amat senang hati berkayuh di kuantan kerana rata-rata ridernya peramah. Bertambahlah rakan-rakan rider... Terimakasih geng!!  Pertama kali berkayuh di Kuatan ialah bersama Cikgu Mie dan rakan yg membawa aku layan trail Hutan Beserah. Bukit yg paling aku suka panjat (tak larat tolak) ialah bukit pelindung. Sekarang kerja-kerja di Kuantan dah pun siap, Insya allah kita bertemu lagi lain waktu.

Misi menjelajah trail seterusnya bergantung pada tugasan baru...harap2 dapat tugasan kerja di utara pula....bolehlah aku merasa trail di sana. Teringin juga nak merasa trail sebelah selatan (johor), Di perak pun banyak juga trail-trail menarik... huhuhu bilalah agaknya dapat ku layan trail-trail ini. Semuanya memerlukan masa yg sesuai..Insya Allah...
~~~~~~~~"Geng MTB, Mu Tunggu Aku Datang :) "~~~~~~~~


Sunday, March 30, 2014

.:: Kemensah : Kayuhan Gabungan Lubuk Tedong & Bamboo Trail ::.

Rider : 7 orang
Jarak : 22km saja

Cerapan ketinggian

Cerapan laluan 



Ihsan : Along KNR, Brader Zamri

Wednesday, March 26, 2014

.:: Hubung Kait Kadar Degupan Jantung (Heart Rate) & Kalori ::.

Contoh :
Weight
 kg
Maximum heart rate
 bpm
OwnIndex (From Polar Index)

Result

HR ZonesEnergy expenditure (avg.)
HR %bpmkcal/minkcal/h
50 - 60 %93-1105.0300
60 - 70 %111-1297.1424
70 - 80 %130-1479.1548
80 - 90 %148-16611.2672
90 - 100 %167-18513.9836
Berdasarkan contoh diatas, kita boleh membakar kalori ~400 kalori jika kita berkayuh pada kadar 60-70% dalam masa 1 jam (kategori kayuh santai). Jadi jika kita mampu berkayuh 30 minit maknanya kita mampu membakar  ~200 kalori. 
Oleh itu, untuk membakar lebih banyak kalori dalam masa 30 minit, kita perlu berkayuh pada kadar nadi 80-90%. Maka kita perlu berkayuh lebih laju atau banyakkan pendakian. Kayuh laju tidak semestinya kita perlu mencapai halaju yg tinggi (rujuk meter halaju), tetapi ia boleh dilakukannya dengan menggunakan gear rendah (ringan). Maknanya lebih banyak kitaran kayuhan . Orang basikal cakap main "cardence" . Kayuhan meggunakan gear rendah/ringan memberi senaman yg lebih pada jantung. 

Contoh mode kayuhan yg boleh kita lakukan : (Jalan landai)
2minit zone 3 (60 - 70 %)
3Minit Zone 4 80 - 90 %)
Ulangan 10 kali. 
Maka kalori yg belebihan akan dapat dibakar atau dibuang . Akibat dari kekanggan masa berkerja serta urusan lain menyebabkan masa utk kita berkayuh terhad. Oleh demikian, cubalah kita curi-curi masa agar kita dapat buang kalori yg berlebihan 3 kali dlm seminggu. 
"Berkayuhlah untuk kesihatan"

Wednesday, March 12, 2014

.:: MH Jamboree Kota Warisan 360 ::.

Jumlah Rider : ~2000 orang
Jarak : ~35Km

Cerapan Laluan dan ketinggian
Cerapan Ketinggian Laluan
1. Cuaca panas...jalan berdebu..itulah cabaran tambahan.
2. Pendakian anak-anak bukit, jangan disangka diri gah boleh redah, silap percaturan rebah..
3. Pendakian panjang jika mental pecah, akhirnya menolak beb..
4. Tanda arah / Marking amat cukup. Kalau tersasar laluan jugak, sah rider depan semua "tunduk" laju layan downhill yg amat lazat.
5. Goodies/ sponsor memang bermurah hati. Moga perniagaan anda semakin maju.
6. Tahniah kpd penganjur serta pengurusan. Anda memang "Seat 1st Class". Dapat lg aku kumpul medal besi yg berkualiti :)

Kesimpulannya, Trail amat menarik tak rugi menyertai jamboree ni. Aku cadangkan tahun depan buat jamboree malam pulak hehehe. Dolu2 aku dan rakan-rakan pernah mengikutikayuhan malam di sekitar kawasan ni. "Lain waktu, Lain cabaran".
Kayuhan Malam Kota Warisan

Dikala ini, MH370 yg hilang masih lagi misteri. Insya Allah, misteri ini dpt dirungkai tidak lama lagi. Dan Allah amat mengetahui segala kejadian dan ketetapan itu.. Sama-sama kita doakan anggota-angota keselamatan kita di beri petunjuk dlm merungkai misteri kehilangan pesawat ini. Serta diharap semua penumpang selamat dijumpai dan dipelihara oleh-Nya.

Cerapan Laluan Ihsan : Mejar Fauzi

Wednesday, March 5, 2014

.:: HYDRATED ?? ::.


Periksa warna air kencing sebelum & selepas kayuh.

Gambar ihsan:  Mal Azhar

Friday, February 14, 2014

.:: KAYUHAN 6000 RIDER 9/2/20014 ::.

Jumlah Rider : 6000 ++
Jarak : ~ 50Km
Laluan : Putrajaya - Bkt Jalil - Putrajaya

Kayuhan Fun Ride kali ini hanya bermodalkan RM5. Kayuhan sempena Hari Wilayah telah mendapat sambutan hangat dari rider-rider. Lebih 6000 rider menyertai kayuhan tersebut, sekaligus mencipta rekod kayuhan teramai yg pernah aku sertai. Mungkin juga kayuhan teramai di Malaysia setakat ini. Dari segi penganjuran, pentadbiran serta penajaan boleh dianggap berjaya. Bagi peminat-peminat basikal, ini merupakan satu acara yg ditunggu-tunggu dan adalah platfom yg terbaik utk berkumpul serta berkayuh beramai-ramai dengan selamat. Taniah semua dan terima kasih kepada anggota2 keselamatan yg bertugas bagi melancarkan perjalanan kayuhan ini . Moga penganjuran ini dapat diteruskan utk tahun hadapan . 

Cerapan Kayuhan

Basikal pertama aku dah jd milik org.

Sebelum kayuh 

"Ini kali pertama masuk event besar" Lps ni boleh la masuk event lain pulak

Laluan 2 lorong dipenuhi dgn rider. Ini laluan antara Lebuh Silikon ke UPM

Bkt Jalil, rehat sebelum kayuhan ke Putrajaya semula
Punya ramai rider...sayup mata menandang...
Tapak Mula

Tapau awal..masa utk keluarga pulak.
Tahun depan kalau boleh 10ribu rider!!!
Al-Fatihah kepada seorang rider yg meninggal dunia ketika sampai di garisan penamat. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


Gambar Ihsan : Hamdzan, Pirate, Mazuan,Cycling Malaysia

Tuesday, January 28, 2014

.:: Kayuhan Air Terjun Kubang Gajah (Sofea Jane), Kemensah 26/1/14 ::.

Jarak - ~15km pergi balik
Rider - 11 org
Mula/ Parking - Shell MacD (berhampiran Zoo negara)

Cerapan ketinggian laluan 
Persimpan laluan- Dam Trail, Lubuk Tedong dan Kubang Gajah.  

Rakan-rakan lama sejak  mula2 kayuh MTB bertemu semula

Setiap ride kita enjoy!

Inilah dia air terjun tu...gambar yg aku amik langsung tak cantik, ini gambar aku copy google..

Kayuhan kali ini bertema santai bersama rakan-rakan lama sambil makan nasi lemak berlatarkan air terjun yg indah. Sudah hampir 2 tahun rasanya tak jengok trail ni. Laluannya pula sudah rata kerana sering digunakan oleh ATV. Apa yg menariknya trail ni?
1. Laluan mendaki yg panjang dan landai ke tapak air terjun .
2. Laluan trail yg luas.
3. Suasana hutan belantara hanya dipinggir kuala lumpur...sapa sangka ada air terjun yg indah di sini.
4. Bagi yg tak suka kayuh, boleh sewa ATV utk ke tempat ni..
5. Nikmat makan nasi lemak dan mandi... sojukkkkk serta pemandangan indah.
6. Nikmat Downhill sepanjang laluan balik...memang hebat bagi mereka yg pakai spring belakang.

Gambar Ihsan Cito

Friday, January 24, 2014

.:: Alat Pembuka Teras ( Core Remover Tool) ::.


- Ia digunakan utk meloggar atau mengetatkan teras injap tiub. Sekiranya ada masalah injap angin pada tiub, kita boleh menggunakan alat ini memeriksa injap tersebut. Kadang-kadang injap angin tersumbat disebabkan lumpur. Ia juga dapat membantu utk kita memasukkan cecair "Sealant" ke dalam tayar tanpa perlu membuka tepi bibir tayar. Bagi mereka yg menggunakan tayar tanpa tiub, ia dapat membantu utk menyelanggara sendir tayar anda.

http://www.youtube.com/watch?v=0vPBsBwu-nY

Friday, January 10, 2014

.:: Kenapa Perlu "Anti-freeze jacket" pada alat tersebut? ::.

http://www.lezyne.com/en/products/co2-systems/c02-inflators#!trigger-drive-co2

1. Kegunaannya "Anti-freeze jacket" atau Pelindung sejuk beku ?
Ia adalah utk menglindungi jari dari kecederaan akibat kebakaran sejuk.

2. Apa makna kebakaran sejuk?
Lecuran yg terjadi apabila jari atau anggota badan bersentuhan dengan selinder yg sedang mengeluarkan gas pada tekanan tinggi.

3. Bagaimana kebakaran sejuk terjadi?
Apabila selinder sedang mengeluargan gas pada tekanan tinggi, suhu pada selinder akan turun mendadak sehingga terjadinya ais. Ais tersebut boleh menyebabkan jari kita melekat pada pemukaan selinder. Akibatnya permukaan jari melecur akibat terlalu sejuk.

4. Dimana lagi sistem ini digunakan?
Contoh yg mudah ialat alat pemadam api Jenis CO2. Permukaan nozel (berwarna hitam) tidak boleh dipengang ketika nozel sdg mengeluarkan gas.


CO2 tersebut dibekalkan pelapik anti beku. Mungkin ia tak mencederakan jari anda sekiranya tiada pelapik ini, tp sebagai langkah keselamatan ia perlu diambil berat.


Thursday, January 2, 2014

.:: Jamboree D'PAYA INDAH WETLAND 2013 15/12/13 ::.

Jarak : 40 Km (speed trail)
Jumlah Rider : 1400

Cerapan laluan dan ketinggian. Ihsan dari Hamdzan

Medal berkualiti. Terbaek!

Secara kesimpulannya. Aku amat berpuas hati dgn dari segi pengurusan, laluan , serta kebajikan rider selepas kayuh. Tahniah  http://bikeaway.com.my/. Kekalkan perestasi anda.

Cukup hanya 3 acra MTB tahun ni. Sambung tahun depan pula. Harap2 tahun depan ada kesempatan dan kelapangan masa utk layan acara MTB di bahagian utara pulak, Insya Allah...