Sunday, January 23, 2011

.::Kemensah Dam Trail 23:01:11 ::.

Atas permintaan kawan2, Dam trail diredah lagi...dgn matlamat membawa semua rider KONVO...keseluruhan trail adalah kering, cuma beberapa tempat sahaja yg basah dengan lopak air. Kami digegarkan dengan beberapa motor lasak yg dipandu laju. LAIN KALI, Ride MOTOR TU TOLONGLAH SELOW SIKIT MASA LALU BERHAMPIRAN DGN RIDER2 BASIKAL. GUNAKAN HOTAK ANDA & JENTERA ANDA DGN BIJAK. KALU TERBABAS TERLANGGAR RIDER2 BASIKAL BAHAYA OOOO.
chek apa yg patut...

Reza, kapten, faisal & din


Bro Golok & Subki berazam utk KONVO...


Baru 1/4 trail..pilihan terakhir bagi sapa yg mahu laluan ayam..


Amik nombor...masing2 dah kuar tandok nak layan DH yg panjang...


Penat masih belum habis lg...rehat dulu...


Ready.....


2-3 org dah lepas....


sweeper team


Hirman & kapten...


climbing trail buloh...



Hasan mencatat masa sambil mengira rider.... hehehe




Yes..."kuda putih" ku pulak akan ku KONVOKAN next trip :)



Dzul...climbing sambil senyum... tak panas mcm genting perez..btl tak?


JC baru ye bang... :)


Raja Downhill... brader Zamri



Hafiz & Bro Cupin

Bergambar dulu sblm climbing lagi..


2nd puncak...senyum...azab dah abis...


Brader ni & the geng last minute ubah fikiran tak jd loop ayam...yg penting yakin pd diri sendiri..



Semua dah sampai...amik angin bukit sambil mendengar cire bro zamri kisah biji sawit...hehehe sebelum kesemuanya layan downhill tak hingat!!!
Gambar Ihsan dr Hasan... TQ

Saturday, January 15, 2011

.: Trail Bukit Dinding Dlm Peringkat Pengubahsuaian 14.01.2011:.

Tarikh: 14.01.2011

Lokasi: Bkt Dinding

Masa:1600H-1800H

MATLAMAT kami hari ni ialah meyiapkan sebanyak mugkin trail C. Alhamdulillah, kami telah berjaya menyiapkan trail lebih kurang 200 meter...Terima kasih pd semua yg terlibat...



Bergabung tenaga...Hasan, Mej Fauzi & Dato Yazam



Tanda Arah yg telah dibuat oleh Hasan...


Laluan sdg dikemaskan...pokok kecil dicantas..



Kerjasama penting...kerja jadi mudah...





Laluan yg telah dibersihkan dr ranting2 kayu...




Proses membuat lencongan...



Lencongan hampir siap..




Bro Azmi (Gajus) pun hampir siap..





1/4 trail pendakian yg telah siap...ada lg 3/4 lg yg perlu disambung...

Gambar Ihsan dari Dato Yazam

Sunday, January 9, 2011

:. BUKIT DINDING TRAIL (SANDI TRAIL) 09.01.2001 .:

Jarak Keseluruhan Trail: Tak sempat direkodkan
Kedudukan Trail: Bukit dinding


Pengenalan: Trail tersebut terletak Bukit Dinding berhampiran dgn Keramat. Bentuk muka bumi trail adalah berbukit bukau. Jenis permukaan tanah adalah jenis laterik (Tanah Merah), permukaan berbatu serta tarmac. Trail ni sedang dalam proses dibaik pulih serta diubah sesuai utk kesesuaian laluan MTB.
Laluan Trail: Tarmac & single trail.
Kesesuaian Tunggangan : XC,AM & DH.
Kalu tak puas boleh layan 2-3 lap...hehehehe




Hasan Post



Bergambar selepas uphill Tarmac sebelum masuk trail

Gaya sebelum layan DH :)


Gaya kanak-kanak hehehehe




Yahoo...down hill



Bro Peter test "MUSANG"



Hafiz layan abis dgn basikal baru


syok oooo


syokk lagi...

Faisal in action


Masing cuak...penghulu trail Hasan kene sergah ngan4 ekor anjing ketot




Mana anjing tu...dah clear ka belum ni..hehhehe


Walaupun masih dlm peringkat ubah suai...tp hasilnya tetap best..




Best2..rugi saper yg ada fullsus tak layan trail ni... cukup utk training stamina & keberanian downhill...



Terima Kasih kpd Hasan & Fendi yg telah mengerah tenaga memperbaiki serta mengubah suai trail tersebut... saper2 free hari Sabtu petang jom kita sama2 membantu Hasan & Fendi menyiapkan trail ni.


Gambar Ihsan dr Hasan

Monday, January 3, 2011

Kayuhan Ladang Bangi Pak Din 2/1/2011




Bertolak dr rumah: 0650H
Sampai Lokasi berkumpul: 0730H
Jarak lokasi :~30km

Jumlah rider: 24 org
Roda golek: ~0900H
Kayuhan Tamat: 1215H
Jarak kayuhan: ~25km


Akhirnya dpt juga berkayuh diladang bangi setelah "dibakar" oleh kawan2 yg berkayuh ke sini dulu. Jutaan terima kasih kpd ketua kayuhan iatu Pak Din (pujMAC member) yg menghidangkan trail yg best utk pembukaan kayuhan thn baru 2011.

Menurut kata Pak Din, trail yg dilalui semalam adalah sebahagian saja..ada lg trail2 tersembunyi yg masih belum dilalui. Memang Tabik spring pada Pak Din sbb tiada lakaran kertas pun dibawa, semua laluan trail2 "dilakar" di dalam mindanya jer...power2.. Harap2 satu hari nanti dpt lah merasa trail2 tersembunyi tu. Laluan berbukit bukau membuatkan kayuhan pembukaan 2011 amat best :)

Terima kasih jg kpd rakan2 kayuhan dr pujMAC,Bkt Mahkota & KNR community yg menjayakan kayuhan kali ini.


Gambar Ihsan dari Pak Din

Thursday, December 30, 2010

Saturday, December 25, 2010

MASALAH CHAINRING / CHAIN WHEEL




Tanda Kerosakan:
1.RD tidak berputar secara normal walaupun jockey wheel RD berada dalam keadaan baik.
2.Apabila kayuhan mendaki menggunakan chain ring kecil, rantai tersekat pada badan basikal
3.Masalah ini hanya akan terjadi jika tekanan maksimum dikenakan pada chain ring kecil.
Sebelum dapat menyelesaikan masalah tersebut, aku terpaksa menukar cassette serta rantai baru...ingatkan problem dah beres..tetapi masalah tersebut tetap berlaku juga. Oleh itu, aku telah memaparkan masalah tersebut di Facebook utk meminta pandangan rakan2. Pandagan dr rakan2 benar2 membantu, satu persatu part dilihat dengan teliti spt Rd, RD hanger, Cassete, FD serta rantai.
Akhirnya aku melihat ke part terakhir sekali iaitu Chain ring kecil yg berada di crankset. Memang terdapat tanda "kehausan" pada chain ring tersebut.. maklumlah, dah nak hampir 2 tahun aku menggunakannya. Pendapat dari beberapa kawan2 menguatkan lagi kebarangkalian part tersebut telah rosak. Maka aku telah mengambil keputusan utk menukarnya. Kerja2 menukar aku lakukan sendiri di rumah.
Setelah menukarnya, aku telah menguji tahap kelancaran chain ring kecil dengan mengenakan tekanan berat pada chain ring. kayuhan pendakian telah menjadi lancar & masalah rantai tersangkut pada frame basikal tidak lagi berlaku...huhuhu akhirnya aku lega dpt menyelesaikan masalah tersebut.
Terima kasih kpd kawan2 yg sudi memberi pandangan serta berkongsi pengalaman...
"JASA MU DI KENANG"

Friday, December 17, 2010

Pedal Clip Atau Pedal Biasa


Pedal Biasa (Tanpa Clip)- Aku memang biasa menggunakannya semenjak aku mula berkayuh pada umur 5thn..setelah aku memiliki MTB pun aku masih menggunakan pedal tersebut. Maklumlah, org baru belajar berkayuh MTB. Laluan pulak dasyat2 belaka. Pedal ni amat mudah digunakan kerana bila-bila masa sahaja kita boleh melepaskan kaki kita darinya. Nak terjatuh dari basikal? Cepatlah hulur/turunkan kaki anda sebelum anda tersembam macam nangka busuk! Hehehehe. Pedal MTB aku kalu x silap berharga RM60. Puas aku belasah pedal tersebut sehinggalah bengkok tapaknya. Kelemahan menggunakan pedal jenis ini ialah kita menggunakan lebih tenaga utk menekan pedal. Selain drpd itu, kaki kita lebih mudah tergelincir dr tapak platform apabila kasut berlumpur atau dipenuhi selut. Pendakian bukit juga jd kurang effisyen.








Pedal Clip- Setelah pedal aku hampir jahanam sebab bengkok, aku mula mencari pedal lain. Oleh kerana br nak berjinak2 dgn pedal clip, maka aku cari padel clip yg ada platform. Bukan apa, mudah sikit aku nak biasakan diri dgn clip…kalu tak reti clip, letak jer kaki kat platform. Sebab kedua, Besi dlm kasut (besi pengikat clip) sebelah telah hilang mana. Jd alasan tu memang agak kukuh..hahahahaha :) Utk menggunakan pedal clip, satu lagi keperluan yg perlu ada ialah kasut sesuai utk digunakan pada pedal clip.

Kelebihan menggunakan pedal clip ialah kayuhan mendaki lebih effisyen kerana kaki kita boleh bertindak menekan pedal sambil menarik pedal. Kasut juga tidak tergelincir dari pedal walaupun melalui laluan berlumpur. Selain daripada itu, melalui laluan teknikal membuatkan lebih menyeronokkan kerana kita umpama melekat pada basikal dan kayuhan menjadi lebih mantap.
Kelemahanya pula, perlu sentiasa awas apabila nak berhenti atau nak terbabas. Tindakan perlu pantas membuka clip, jika tidak anda akan terus melekat pada basikal hehehehehe
Kesimpulanya: Pilihlah pedal yg sesuai dgn gaya tunggangan anda, tak semestinya perlu guna clip jika anda lebih seronok menggunakan pedal biasa.

Thursday, December 16, 2010

Riser bar atau Flat bar



Perbezaan di atas adalah pengalaman sepanjang menggunakan kedua-dua jenis “Handle Bar”. Setakat ni aku lebih selesa/sesuai menggunakan “Flat bar” berbanding “Riser Bar” kerana aku lebih ke arah XC serta teknikal. Di samping itu, Flat Bar memberi saya kelebihan dalam pendakian bukit iaitu perkara yg amat penting dalam XC.





Walau bagaimanapun, Penggunaan Riser bar atau Flat bar bergantung pada cara kayuhan serta keselesaan anda . Tak semestinya anda harus menggunakan Flat bar.

Monday, December 6, 2010

JAMBOREE BERNAM JAYA (PART 2)


Tempat pelepasan yg bagus...


trade mark...post lengan...hehehehehe


DUKECT & ET RIDER


Gaya mantap ( Mantap sgt lah... pada hal semua 1 badan lenguh2 hehehe )


Gaya menunggu cabutan bertuah! kapten dpt helmet lg...fido dpt basikal ala2 BMX..blh layan BMX kat PCP..jgn kene saman dgn Lan sudah ler..hehehehe


Gaya peace dr zirah...Tq zirah, penat menguruskan kami...jgn lupa minum thaaji yer..


No 546 mcm hampa...ntah brp kali no ni pusing2..kekekke kali ni x dpt cabutan bertuah lg... TAPI, jamboree yg best!!! langsung rasa tak hampa...next year aku dtg lagi! TAHNIAH PENGANJUR...!!!



Gambar ihsan dr Zirah & cik Da...TQ

JOMBOREE BERNAM JAYA....MEMANG BEST, TAHNIAH! (PART1)

Jamboree Bernam Jaya telah melabuhkan tirainya...cerita-cerita sesama rider2 tak putus2 kata BEST!!.. Tahniah pada penganjur yg berjaya menganjurkannya dengan baik! Trail mmg best, sesuai utk bawa semua level. Maka berakhirlah penyertaan jamboree aku utk tahun ini.
Insya Allah kami akan dtg lg tahun depan..


Antara wakil DUKECT yg sempat bergambar..


Gaya terakhir aku sblm jamboree TQ bro Kuman..




Peserta sudah mula berkumpul...


Penampilan pertama jamboree..Kak Linda

Gambar ihsan dr Zirah..TQ