Tuesday, November 6, 2012
Wednesday, October 31, 2012
:: Jamboree Off Road Malam, ECC 2012 20/10/12 ::
![]() |
| Madu Tualang Rider. |
![]() |
| Blm kayuh dah kecewa dek kerana 4-5 ekor berok.. |
Jarak : 45 Km
- Seminggu sebelum acra : Hujan..hujan..hujan..
- 1 hari sebelum acara : Hujan sikit...
- Petang sebelum acra : "Rasa-rasa malam ni tak hujan...kalu hujan juga, jawabnya main lumpur mcm 2 tahun lepas...
- Semasa nak mula acara : Tengok langit cerah... Alhamdulillah...sampai habis acra hujan tak turun...
- Masa cabutan nombor bertuah, cabut balik rumah...mata dah ngantuk..
Satu-satunya acara jamboree malam terbaik di malaysia. Rugilah saper yang belum cuba... Terbaik!!!!!
Tuesday, October 23, 2012
:: Chopper moden buatan Malaysia ::
Basikal merupakan satu pengangkutan yang ringkas dan menjimatkan. Jadi aku membeli sebuah basikal untuk kerja aku di sini. Dengan adanya basikal ini memudahkan aku untuk membawa barang-barang kerja serta meronda tapak projek yang luas. Oleh kerana kebanyakan jalan telah berturap, maka aku rasa basikal jenis ini paling sesuai utk aku gunakan. Bakul di hadapan serta pelana di belakang amat sesuai untuk membawa barang-barang kerja. Sistem pemacu yang ringkas "single free wheel" mudah diselenggara jika rosak. Basikal jenis ini amat kurang digunakan di sini. Rata-rata pekerja menggunakan jenis MTB. Berharga Rm180 dibeli dari sebuah kedai kawan di Umbai, Melaka. Harap-harap basikal ini dapat berkhidmat dengan aku sehingga selesai keje di sini. Mari Kita Berkayuh........di Lynas...
Sunday, October 7, 2012
:: Fakta Madu ::
Friday, October 5, 2012
.:: UPM Fete 2012 ::.
Tarikh : 30/9/12
Tempat : UPM
Jarak : 45km
Jumlah Rider :1700
Jamboree Ke-3 aku tahun ini...
GAMBAR IHSAN DARI : Web Jamboree Fete, Cycling Malaysia, Sharizman, Moza. Tq semua
Madu Tualang Asli Ready stok sms/call : 012-2246230
Tempat : UPM
Jarak : 45km
Jumlah Rider :1700
![]() |
| Peta laluan |
![]() |
| Cerapan ketinggian laluan |
![]() |
| Ladang Ragut UPM |
![]() |
| 200 meter lagi untuk tamat Padang Kawad UPM |
![]() |
| Tamat semua check point & dapatlah medal utk kenangan |
Jamboree Ke-3 aku tahun ini...
Trail- Bagi aku laluan & pilihan trail tiada masalah, malah menarik dan mencabar. Datang pun sebab menyahut cabaran. Tolak, sorong , pikul, seret, dah jadi adat serta asam garam main basikal bukit. Rasanya ramai rider yg kecewa sebab mungkin tersalah sangka trail ini mudah. Oleh itu persedian mental penting sebelum menyertai mana-mana jamboree. Tapi yang paling utama ialah keselamatan. Kita perlu berhati-hati melalui trail sebab ia kali pertama masuk trail tersebut. Di tempat-tempat merbahaya eloklah tolak jika ilmu tak penuh didada. Matlamat yang paling penting ialah sampai dengan selamat tanpa sebang kecederaan.
Penganjuran kali pertama mesti ada cacat celanya dari segi pengurusan serta kebajikan rider. Diharap pihak penganjur dapat menerima teguran-teguran dari rider dengan hati terbuka agar dapat meningkatkan lagi kualiti penganjuran utk tahun hadapan. Tahniah kepada penganjur atas penganjuran Jamboree ini. Diharap juga pihak UPM dapat membuka trail tersebut kepada peminat-peminat MTB sekaligus dapat mengalakan gaya hidup sihat dikalangan mahasiswa,kakitangan UPM serta orang ramai. GAMBAR IHSAN DARI : Web Jamboree Fete, Cycling Malaysia, Sharizman, Moza. Tq semua
Madu Tualang Asli Ready stok sms/call : 012-2246230
Friday, August 17, 2012
Sunday, August 12, 2012
:: Kayuhan Sahur Genting Sempah 11/8/2012 ::
Lokasi : Gombak > GS (Jalan lama)
Jarak : 48km
Leader : Bang Omm KNR
Sweeper 1: Saudara Zul KNR
Sweeper 2 :Bro Kuman DUKECT
Jarak : 48km
Leader : Bang Omm KNR
Sweeper 1: Saudara Zul KNR
Sweeper 2 :Bro Kuman DUKECT
"SELAMAT HARI RAYA , MOHON MAAF JIKA ADA SALAH SILAP DARI SAYA"
Wednesday, August 8, 2012
Monday, August 6, 2012
:: Kayuhan 1 Malam Bulan Puasa 2012 ::
Jarak : 30Km ++
Masa : 4 Ogos 2012, 2330H-0230H
Jenis basikal: Fixed, Road,MTB
Gambar Ihsan Bro Kuman & Daud Israf
MADU TUALANG READY STOK, SMS/CALL 012-2246230 DIJAMIN ASLI
Masa : 4 Ogos 2012, 2330H-0230H
Jenis basikal: Fixed, Road,MTB
Kayuhan bermula lebih kurang 11.30 mlm. Kayuhan santai ini diketuai Bang Omm bergerak dari Presint14. Laluannya ialah putrajaya >Sg merab> Bangi > Putrajaya. Terima kasih semua yg terlibat, memang seronok dapat berkayuh beramai-ramai macam ni. Insya Allah kita jumpa minggu depan pula di "Kayuhan Genting Sempah".
| Leader kayuhan Bang Omm |
![]() |
YB putrajaya datang melawat. "Mintak sponsor sikit tok, pilihanraya dah dekat ni." :)
|
![]() |
| Pits stop 1 Sg Merab. Isap ok dulu...penat ni... |
![]() |
| Gambar mahal ni, setahun sekali pun susah nak dpt gambar bertiga macm ni hahahaha |
![]() |
| Pit stop 2: Shell Sekyen 2 bangi |
![]() |
| Cerapan kayuhan oleh Daud Israf |
MADU TUALANG READY STOK, SMS/CALL 012-2246230 DIJAMIN ASLI
Tuesday, July 24, 2012
:: Selamat Berpuasa ::
Selamat berpuasa pada semua rakan-rakan maya yang beragama Islam. Moga kita mendapat keberkatan sepanjang bulan tersebut.
Aktiviti kayuhan secara automatik menjadi terhad pada bulan ini. Namun kita masih boleh berkayuh pada waktu malam dihujung minggu. Kayuh-kayuh juga, tapi taraweh jgn kita tinggalkan. Rugi kita nanti. Oleh itu kayuhan biasanya dilakukan selepas solat Taraweh.
Di Kuala Lumpur, kayuhan mendaki genting sempah (laluan jalan lama) diwaktu malam Ramadhan memang ditunggu rider-rider sekitar KL. Kayuhan secara berkumpulan mampu mengumpul lebih 40 rider. Suasana gelap gelita, laluan yang sunyi sepi, pendakian yang berselekoh, suasana dingin malam antara cabaran sepanjang 16km pendakian. Jika bukan bulan Ramadhan, rasanya memang tak berani nak lalu laluan ni. Ok, Tingkatkan keselamatan bila berkayuh pada malam sentiasa peka pada persekitaran. Selamat berpuasa & selamat berkayuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















