Tuesday, June 29, 2010

Selangor MTB Challenge 10



Team rider yang cedera semasa acara tersebut. Nasib tak menyebelahi kami, kami hanya mampu merancang tapi "Dia" yg menentukan semuanya... yg penting semuanya selamat. Syukur...

Sunday, May 2, 2010

Kayuhan Bersama Rakan2 Di PCP


2 May 2010 Ahad.. Aku Rakan melayani trail di PCP. Seramai 6 Rider berkesempatan hadir. PCP Trail yg memerlukan kemahiran teknikal. Ia sesuai untuk mengasah kemahiran teknikal jika dibandingkan dgn trail-trail di kemensah yg lebih menjurus kepada mengasah ketahanan "jantung" dan teknikal.

Thursday, April 1, 2010

Kayuhan Kemensah Dam Trail 4/4/10


Pendakian Tahap Gaban...Penurunan Tahap Atromen (sbb ramai gak yg main guling2 atas trail..hehhehe)
Salam Sejahtera semua...Trail kemensah kali ini dicabar lebih kurang 27 rider...22org bermula dr Shell, manakala 5 org menanti di Jimbara. Leader kayuhan kali ini ialah Bro Faisal (eco internet). Dam Trail memang terkenal dgn cabaran pendakiannya yang menguji ketahanan rider mengawal mental serta kayuhan pendakian yang panjang. Kayuhan berjalan dgn lancar, tetapi beberapa rider telah menghadapi masalah teknikal (tiub bocor) & semua masalah tersebut dapat diatasi dgn sikap saling tolong menolong sesama rider... Semua rider selamat keluar lbh kurang pkl 1230 tgh hr (Kedai Jimbara)...Ok kawan2 semua, jumpa lagi kayuhan akan dtg...

Tuesday, March 30, 2010

Kayuhan Kem Saleh 27 Mac 2010






Salam sejahtera semua...kali ini aku ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai Trail Kem Saleh. Laluan masuk trail terletak di kemensah, boleh juga dimasuki melalui Sg Pusu (UIA). Kalau mengikut rekod meter perjalanan aku, jarak perjalanan pergi & balik ialah 24.43km (Dari Shell MacD). Seramai 12 org rider yang berkesempatan meredah trail tersebut. Tiada tetamu dari luar untuk kayuhan kali ini...jd semua rider adalah rider yang telah biasa dengan cabaran trail kemensah. Oleh itu rentak kayuhan kami kali ini adalah lebih laju & pantas dari biasa. Laluan yang paling mencabar adalah laluan motocross yg telah menyebabkan wujudnya longkang yang dalam akibat hakisan air (laluan air). Maka, rider2 perlu menggunakan banyak tenaga untuk mendaki sambil menolak basikal. Disamping itu mata harus tajam melihat atas & bawah kerana ranting2 buluh serta tunggul2 kayu sentiasa menanti mangsa. Trail tersebut penuh dengan pendakian & penurunan bukit yang menguji ketahanan rider2, kemahiran menggunakan gear serta kecekapan menggunakan brek. Cabaran tambahan yang biasa ditemui ialah halangan pohon tumbang merentangi laluan. Aku & kawan2 sampai di Kem Saleh lebih kurang pkl 1140pg.. Sblm balik kami pi recce dpn sikit,igt nak tengok bekas peninggalan sejarah iaitu landasan keretapi lombong bijih tp tak jumpa. Menurut Bro Mazuan ada 1 landasan melintasi sungai..tp semua dah takder, mungkin dah kene rembat dgn pencuri besi buruk..so next time pegi tempat untk camping dpn sikit..air lebih dalam & cantik.. Menurut bro mazuan, selepas kem saleh, laluannya mendaki tak habis2... jadi cdgan di usul sekiranya ingin melengkapkan penjelajahan sg pusu, kereta "parking" di Shell MacD kemudian berkayuh ke UiA melalui Road. Kita mulakan kayuhan dari sungai pusu & akan keluar di kemensah. Kami selamat sampai di Warung Akak lebih kurang pukul 240ptg...dgn semua nya dlm kedaan selamat..calar sikit2 tu biasalah..aku sendiri pun tertonggeng kerana terlanggar tunggul kayu yg ditutupi daun..Apa2 pun suatu kayuhan yang mencabar,kayuhan yang mengembirakan...semua rider berpuas hati dgn kayuhan ini..tiada seorg pun yang menyesal mengikut XPDC kali ini.. jumpa lagi XPDC akan datang..iaitu XPDC melengkapkan Sg Pusu Trail dari UIA ke Kemensah...

Wednesday, March 24, 2010

Misi Meneroka Trail Kem Saleh


Tarikh : 27/3/2010 sabtu

Masa : 0730H (Berkumpul Shell MacD)0800H (Tayar Golek) [aggaran 2jam kayuh masuk, 2jam rehat mandi sungai, 2jam kayuh keluar]= 5jam[last ride 18/10/09 ke lubuk Tedong 7jam..disebabkan ada masalah lain]1400H (Jangkaan Masa Sampai Shell MacD)

Trail Level : 5 (Hard- Beginner yg belum pernah Offroad amat tidak digalakkan)

Keperluan : 2 Tiub spare, Air, Makanan,tools,pum, dll
Penghulu Rider : Bro Mazuan (Otai Trail DUKECT)


Saturday, March 20, 2010

SUNGAI LEMBING MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2010


Salam Sejahtera semua..lama rasanya aku tak kemaskini blog ni..terlalu banyak urusan yang perlu di bereskan sebelum ni, Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Hari ni & esok bermulalah acara di sg lembing, aku dah daftar tetapi tak dapat menyertainya kerana ada sahabat yang melangsungkan perkahwinan esok di Banting. Jadi kepada kawan2 yang menyertainya, diucapkan semoga berjaya..berjaya tak semestinya menang tetapi yang lebih penting setiap kayuhan kita memperbaiki atau belajar perkara baru untuk meningkatkan prestasi kayuhan... Selamat berjaya semua!!!

Monday, March 8, 2010

LTDL 2010


Salam kembali & salam sejahtera semua.. semalam 8/3/10 ahad, kelapangan masa digunakan melihat aksi2 rider2 pro Dataran Kuala Lumpur. kKesempatan masa digunakan menyaksikan acara tersebut sambil melawat gerai2 sekitarnya. Setelah selesai perlumbaan,aku pi mencuci mata melihat basikal rider2 pro... peh, bila la agaknya ada modal nak layan roadbike... :) ni ada gambar utk di kongsi bersama..layan...

Saturday, March 6, 2010

Amir Idlan....

Sabtu Aku Bekerja...


Dah lama tak bekerja hari sabtu, tapi pada hari ni aku berkerja. Sambung kerja-kerja "Testing & Commissioning" untuk sistem pencegah kebakaran di bagunan Dayabumi. "Logic programming" sudah hampir 70% siap.