Saturday, October 2, 2010

KEMENSAH DAM TRAIL PART 2



Ini adalah tarmac yg anda akan lalui sebelum mencecah off road. Laluan tarmac ni lebih kurang 3Km. Terdapat juga sedikit laluan mendaki, tetapi yg paling utama, anda perlu berhati2 melaluai kwsn tersebut kerana kadang2 terdapat motosikal & kereta yg dipandu laju..

Salam perkenalan Offroad kemensah bermula disini. Jgn sesekali memandang sipi dgn bukit yg tak seberapa ni. Jika silap perhitunggan menggunakan gear atau terlalu "gelojoh" meratah bukit ni anda pasti akan tewas. Pastikan anda menggunakan gear yg sesuai dengan kemampuan anda utk menghabiskan kayuhan sehingga ke atas.


Wah rehat nampak.. hehehhehehe. utk sampai kesini, anda akan melayan climbing lebih kurang 5 kali. Tiada laluan menurun semuanya mendaki. Ada byk lagi laluan mendaki selepas ni, jadi jgn la menghabiskan tenaga...kalu tak larat mendaki elok tolak jer..jgn la segan2 nak tolak..krn menolak itu adalah asam garam berbasikal MTB.
Dah sampai ke sini juga , bermakna tiada lg "laluan Ayam". Anda perlu menghabiskan loop tersebut samada larat atau tidak. Laluan Dam Trail penuh dgn pendakian2 yg mencabar serta laluan menurun bukit "single trail" yg amat menyeronokkan.
Bagi yg menggunakan basikal fullsus, Dam trail adalah salah satu tempat best utk layan fullsus anda. Tetapi anda perlu ingat, ranting2 buluh sentiasa menanti anda. Jadi pastikan anda menggunakan pelindung mata (cermin mata) utk mengelakan kecederaan.
(Sambung lagi next time part 3, roger out...)

Tuesday, September 28, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU...


1.Sepupu iaitu Husna Husin & Mohd Khairul Anwar pada 25 Sept 2010 di Melaka.





2.Ex ROTU NAVY Uitm Intake 3 ,rakan sekayuhan Shahrul Effendy & Erni pada 26Sept di KL.



3.Ex ROTU NAVY Intake 2 Nur Ikmal & Noor Fadhlina pada 26 Sept 2010 di Rawang.



SELAMAT PENGANTIN BARU SEMUA. SEMOGA BERBAHAGIA KE ANAK CUCU SERTA DIKURNIAKAN ANAK2 YG SOLEH...

Monday, September 27, 2010

KEMENSAH DAM TRAIL PART 1 (Pengenalan)


Salam sejahtera semua. Saja nak berkongsi sedikit maklumat tentang Dam Trail. Dam Trail adalah salah satu trail XC yg ada di Kemensah. Trail ini blh menuju ke tepi dam iaitu di pinggir kawasan empangan Klang Gate. Jarak keseluruhan trail ni dari Shell MacD (tempat yg biasa kami berkumpul) ialah lbh kurang 20KM. Sebelum anda offroad ke sini anda perlu melayan tarmac lbh kurang 3km. Laluan "tarmac"nya sudah cukup sebagai sesi pemanas badan sblm anda mencecah offroad yg tentunya lebih "panas". Utk offroad ke sini, anda digalakan membawa bekalan air sekurang2nya 2 liter & pastikan juga kelengkapan sampingan turut dibawa (Tiub,pump dll).

Ini adalah antara detik2 pertama menjejakkan kaki ke Kemensah dr kiri: Leader Faisal (Eco Internet), Firdaus (fido) & aku.


{sewaktu cerita ni ditulis, aku berada out station di JB..sambung nanti lah..aku cari elevation & bahan2 lain dulu..aku akan ceritakan keseronokan melayan XC di Dam Trail, Roger out :) }

Sunday, September 19, 2010

Kayuhan Malam Uji Lampu di Kota Warisan Bersama pujMAC



Kota warisan adalah tempat yg amat sesuai utk kayuh offroad malam. Saya sendiri telah beberapa kali berkayuh bersama pujMAC di tempat ini. Tak sangka pulak kayuhan bersama mereka kali ini rupa-rupanya utk liputan sebuah akhbar.Laluannya adalah jalan offroad ladang kelapa sawit. Takut tersesat? Ooo jgn risau, mereka2 ini memang pakar di kawasan ni & mmg tempat mereka bermain di waktu malam gelap. Gelap? Tak nampak Jalan? Lampu Tak power? Hahahahaha pun jgn risau... Lampu yg saya jual pun telah diuji disini,konpom jalan cerah 20meter dihadapan anda. Kepada anda yg teringin merasa kayuhan offroad malam disini silalah ke laman web pujMAC link.

Note: Gambar Ihsan dr Web Fb pujMAC

Saturday, September 18, 2010

ABC Dry Powder- Simpanlah sebuah dirumah sebagai persediaan utk memadam kebakaran kecil di rumah

Hai kawan2 semua. Saja ingin berkongsi sedikit pengetahuan tetang peralatan diatas. Peralatan diatas memang biasa kita lihat di pejabat,kedai-kedai serta ditempat membeli-belah.

1.Apakah Ia?
Adalah sejenis alat pemadam api mudah alih.

2.Jenis apakah alat pemadam api ini?
Serbuk kering ABC

3.Jenis Kebakaran macam manakah boleh digunakannya?
Kebakaran kecil yg berpunca dari bahan pejal (kayu,kertas,plastik) serta kebakaran kecil melibatkan elektrik & minyak.

4.Brp Kos utk kita beli sebuah peralatan tersebut.
Berdasarkan harga 5 tahun lepas utk saiz 9Kg (yg paling besar) harganya lebih kurang Rm90. Harga terkini tak pasti...blh didapatkan di syarikat pencegah kebakaran.

Perhatian: Peralatan tersebut digunakan utk kebakaran kecil sahaja (kebakaran yg baru nak mula membesar). Jgn gunakanya jika api semakin marak serta api tidak dpt dikawal, lebih baik anda menyelamatkan nyawa anda serta nyawa2 yg lain.

Monday, September 6, 2010

SALAM AIDILFITRI, ZAHIR & BATIN..


Salam hari raya kpd semua ahli keluarga, sanak saudara serta kenalan2 yg dikenali secara langsung atau tidak langsung dan juga pengunjung2 blog yg dihormati. Mohon maaf jika ada salah & silap atau terlanjur kata sepanjang perkenalan. Syawal makin menjelma sementara ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. Sama2lah kita meningkatkan ketakwaan kita pd Allah swt, agar kita tidak termasuk dlm golongan yg lalai serta rugi. Serta moga ibadah yg kita lakukan diterima oleh Allah swt...

Tuesday, June 29, 2010

Selangor MTB Challenge 10



Team rider yang cedera semasa acara tersebut. Nasib tak menyebelahi kami, kami hanya mampu merancang tapi "Dia" yg menentukan semuanya... yg penting semuanya selamat. Syukur...

Sunday, May 2, 2010

Kayuhan Bersama Rakan2 Di PCP


2 May 2010 Ahad.. Aku Rakan melayani trail di PCP. Seramai 6 Rider berkesempatan hadir. PCP Trail yg memerlukan kemahiran teknikal. Ia sesuai untuk mengasah kemahiran teknikal jika dibandingkan dgn trail-trail di kemensah yg lebih menjurus kepada mengasah ketahanan "jantung" dan teknikal.

Thursday, April 1, 2010

Kayuhan Kemensah Dam Trail 4/4/10


Pendakian Tahap Gaban...Penurunan Tahap Atromen (sbb ramai gak yg main guling2 atas trail..hehhehe)
Salam Sejahtera semua...Trail kemensah kali ini dicabar lebih kurang 27 rider...22org bermula dr Shell, manakala 5 org menanti di Jimbara. Leader kayuhan kali ini ialah Bro Faisal (eco internet). Dam Trail memang terkenal dgn cabaran pendakiannya yang menguji ketahanan rider mengawal mental serta kayuhan pendakian yang panjang. Kayuhan berjalan dgn lancar, tetapi beberapa rider telah menghadapi masalah teknikal (tiub bocor) & semua masalah tersebut dapat diatasi dgn sikap saling tolong menolong sesama rider... Semua rider selamat keluar lbh kurang pkl 1230 tgh hr (Kedai Jimbara)...Ok kawan2 semua, jumpa lagi kayuhan akan dtg...