Thursday, October 14, 2010
Monday, October 11, 2010
KEMENSAH LUBUK TEDONG TRAIL (Pengenalan)


Sedikit gambaran laluan yg pernah diredah...

Sungai dia best Ooooooo....
Sunday, October 10, 2010
DAM TRAIL PART 4 EPISOD AKHIR...
Kayuhan terkini Dam trail bersama 5 org rakan2

Gambar di pinggir dam dr Bro Hasan. Dari sini, anda tempuh kayuhan mendaki sehingga ke puncak sebelum downhill dgn gembiranya sehingga keluar trail.

Climbing dr dam telah hampir ke puncak...

Puncak terakhir sebelum semua rider layan downhill sehingga keluar trail..
NOTA:Gambar2 ihsan dr Hasan & Azuree
Friday, October 8, 2010
Membersihkan Sistem Pemacu Basikal
Gambar diatas diambil selepas aku layan salah satu jamboree basikal. Kedaan rantai, Rd, Crank memang berada pada tahap maksimum "kotor" . Lihat sajalah Cassette & Rantai, macam dah nak berkarat. Oleh itu, Anda perlu cepat membersihkannya utk mengelakkannya rosak.- Minyak Tanah-utk membuang kotaran serta minyak lama.
- Sabun Buku (Sabun Basuh Baju)-membuang minyak tanah serta membersihkan rantai dr kotoran yg tak dpt ditanggalkan oleh minyak tanah.
- Berus gigi lama 2 unit-utk memberus cassette serta rantai yg kotor.
- Kain Buruk-utk menyerap air selepas membasuh/ mengeringkan rantai dr air.
- Minyak Rantai -letak semula minyak selepas rantai di bersihkan.
Tanggalkan rantai agar senang membuat pembersihan. Bersihkan juga kompnen-komponen yg berkaitan dengan pemacu rantai.
Pasang semula rantai. Letak minyak sedikit demi sedikit, jgn terlalu banyak krn akan meneyebabkan rantai anda terlalu basah (cepat melekat kotoran). Putarkan crank, & mainkan gear agar minyak dpt diseratakan pd rantai serta cassette. Sistem pemacu yg bersih akan memanjangkan jangka hayat komponen basikal anda sekaligus dpt menjimatkan wang anda. Sistem pemacu yg bersih juga dapat melancarkan kayuhan anda. Selamat mencuba!
Tuesday, October 5, 2010
KEMENSAH DAM TRAIL PART3
"Single Trail Climbing"
Gambar dibawah adalah antara laluan "Single Trail" pohon-pohon buluh. Laluannya landai serta mendaki. Tetapi selepas itu rasalah habuan "Downhill single" trail nya. Berhati hati dengan akar serta tunggul kayu yg di tutupi daun serta buluh2 yg melintang.
Sedikit laluan menyusuri anak sungai setelah melayan "Downhill Single Trail". Lihatlah wajah gembira rakan-rakan kita hehehehehehhehe.

Sambung lg lain kali di Part 4
Note: Gambar Ihsan dari FB Naz Kona serta White MTB
Saturday, October 2, 2010
KEMENSAH DAM TRAIL PART 2

Salam perkenalan Offroad kemensah bermula disini. Jgn sesekali memandang sipi dgn bukit yg tak seberapa ni. Jika silap perhitunggan menggunakan gear atau terlalu "gelojoh" meratah bukit ni anda pasti akan tewas. Pastikan anda menggunakan gear yg sesuai dengan kemampuan anda utk menghabiskan kayuhan sehingga ke atas.
Wah rehat nampak.. hehehhehehe. utk sampai kesini, anda akan melayan climbing lebih kurang 5 kali. Tiada laluan menurun semuanya mendaki. Ada byk lagi laluan mendaki selepas ni, jadi jgn la menghabiskan tenaga...kalu tak larat mendaki elok tolak jer..jgn la segan2 nak tolak..krn menolak itu adalah asam garam berbasikal MTB.
Tuesday, September 28, 2010
SELAMAT PENGANTIN BARU...
1.Sepupu iaitu Husna Husin & Mohd Khairul Anwar pada 25 Sept 2010 di Melaka.
3.Ex ROTU NAVY Intake 2 Nur Ikmal & Noor Fadhlina pada 26 Sept 2010 di Rawang.
SELAMAT PENGANTIN BARU SEMUA. SEMOGA BERBAHAGIA KE ANAK CUCU SERTA DIKURNIAKAN ANAK2 YG SOLEH...
Monday, September 27, 2010
KEMENSAH DAM TRAIL PART 1 (Pengenalan)
Ini adalah antara detik2 pertama menjejakkan kaki ke Kemensah dr kiri: Leader Faisal (Eco Internet), Firdaus (fido) & aku.
Sunday, September 19, 2010
Kayuhan Malam Uji Lampu di Kota Warisan Bersama pujMAC

Saturday, September 18, 2010
ABC Dry Powder- Simpanlah sebuah dirumah sebagai persediaan utk memadam kebakaran kecil di rumah
Hai kawan2 semua. Saja ingin berkongsi sedikit pengetahuan tetang peralatan diatas. Peralatan diatas memang biasa kita lihat di pejabat,kedai-kedai serta ditempat membeli-belah.1.Apakah Ia?
Adalah sejenis alat pemadam api mudah alih.
2.Jenis apakah alat pemadam api ini?
Serbuk kering ABC
3.Jenis Kebakaran macam manakah boleh digunakannya?
Kebakaran kecil yg berpunca dari bahan pejal (kayu,kertas,plastik) serta kebakaran kecil melibatkan elektrik & minyak.
4.Brp Kos utk kita beli sebuah peralatan tersebut.
Berdasarkan harga 5 tahun lepas utk saiz 9Kg (yg paling besar) harganya lebih kurang Rm90. Harga terkini tak pasti...blh didapatkan di syarikat pencegah kebakaran.
Perhatian: Peralatan tersebut digunakan utk kebakaran kecil sahaja (kebakaran yg baru nak mula membesar). Jgn gunakanya jika api semakin marak serta api tidak dpt dikawal, lebih baik anda menyelamatkan nyawa anda serta nyawa2 yg lain.



