Thursday, November 25, 2010

MACAM MANA NAK UJI MADU TUALANG ASLI?



1.SIFATNYA MERESAP-Sapukan sedikit madu dilengan anda, biarkan selama lebih kurang 30 minit. Madu akan meresap dalam kulit serta kesan melekit akan hilang dgn sendiri.

2.BAUNYA- Seperti bau spt tapai serta wangi.

3.KETUMPATAN-ambil segelas air, masukan 1 sudu madu dlm gelas. Madu akan berada di dasar gelas.

4 SEMUT?- Melaui maklumat seorg pakar madu, semua madu akan dihinggapi semut kecuali ketika madu berada diatas pokok bersama lebah. Tapi kebiasaaannya semut mayat (perang ke merah-merahan) paling kerap datang menghurugi madu.

Tuesday, November 23, 2010

POS MADU...

BUNGKUSAN diatas adalah salah satu bungkusan madu yg telah saya POS (Pelanggan dr Dengkil) Kos POS RM9.45 utk 1 botol madu botol besar.

Botol Air mineral 500ml akan digunakan utk mengisi madu yg hendak di POS. Saya menggunakan botol baru utk menjamin kebersihan botol tersebut




Botol tersebut akan dikosongkan dan dikering sebelum madu yg disukat dimasukan kedalam botol. Utk botol Besar, madu akan diasingkan kpd 2 botol air mineral supaya madu tidak membuak atau tumpah semasa proses pengeposan.

Monday, November 22, 2010

BERNAM JAYA JAMBOREE 2010

Salam Kembali… Jamboree selanjutnya selepas ini ialah di Bernam Jaya. Aku rasa ini adalah jamboree terakhir aku utk tahun ni. Kayuhan tersebut akan di adakan pada hari Ahad, 5 Dis 2010 .
Lokasi berkumpul

Peta Laluan Kayuhan



Keratan Rentas ketinggian muka bumi sepanjang kayuhan… (Boleh tahan, byk paku he he he…)

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha…



Sudut Renungan

Hadis :
Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:"Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:

1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.

2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.

3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.

4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)


Huraian :
Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan. Firman Allah yang bermaksud:" "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)

Tuesday, November 16, 2010

Suasana Semasa PCP Race 14 Nov 2010

Pada 14 Nov 2010 Aku & Dzul serta rakan yg lain berkesempatan menyertai pertandingan tersebut. Hu hu berdebar-debar maklumlah ilmu tak cukup hehehe, saja memberanikan diri utk mencari ilmu lg... tunggu punya tunggu Race diumumkan akan bermula pada pukul 2 ptg Hahahahahaha padan muka aku... panas terik Ooooo waktu tu... sedikit gamabar utk dikongsi, layan jer lah...


Bro Assry & Bro Marzuki (Ketegori veteran)



Pak Din (Ketegori Veteran)


Aku & Dzul XC Open


Rakan-rakan dr pujMAC XC Open

Zul Mercury Xc Open


Gambar Ihsan dr Moza, Jun, & pujMAC

Monday, November 1, 2010

ECC2010 SELESAI..BEST OOoooooo


Salam kembali semua... ECC2010 telah selesai...taniah pd rakan2 semua yg telah menghabiskan kayuhan dengan semangat L I V E S T R O N G serta semuanya selamat... Alhamdulillah...

Taniah kpd Hasan dpt no16 utk 1st Jamboree... Bro Peter No 30 & Fido No 78. TANIAH!
Taniah juga pd rakan2 yg lain Kapt, Bro Mazuan, Faisal,Reza, FJ,Din, Syahir & Hafiz serta Moza yg berjaya menghabiskan kayuhan dgn selamat.


Taniah juga kpd pengurus pasukan pd kali ini iatu Zirah Serta pembantunya Safura yg telah banyak membantu menyiapkan kelengkapan rider serta gambar2 yg cun bangat!.



Oleh kerana ptgnya hujan. Maka laluan yg bakal dilalui pastinya berlumpur. Kayuhan bermula di Dataran Ayer Keroh 2030H yg disertai lbh kurang 1400rider. Permulaan kayuhan adalah baik, aku dpt menempatkan diri kelompok hadapan sebelum bermulanya offroad, jadi aku x banyak menghadapi masalah jem di trail.

Aku sampai di garisan penamat lbh kurang pkl 2340H dengan kedudukan 276/1400 rider (hahahaha byk nyer no aku). Amat bersyukur dpt menghabiskan kayuhan tanpa sebarang kecederaan serta kerosakan basikal mampu bertahan sampai ke garisan penamat.



Setiap kayuhan adalah pengalaman.

Masalah: Rantai melekat pd chain ring ketika mendaki menyebabkan rantai tersangkut.

Akibat kalau terus menekan: RD @ hangar boleh patah serta bengkok.
Sebab musabab: jockey wheel telah haus/rosak. Rantai telah rosak

Terima kasih kepada ahli keluarga serta isteri tercinta yg sentiasa memberi sokongan pada aktiviti MTB ku ini..

Jumpa lg di jamboree Bernam Jaya!

GAMBAR Ihsan dari Safura & Moza. TQ

Thursday, October 28, 2010

KAYUHAN BUKIT DINDING

Antara yg nak cuba....

Best...kata FJ :)



Adik beradik BANK


Ada mambang la...




Route: Ampang-Keramat-Bkt dinding-Keramat-Ampang
Climb all da way : 2km
PATUT PUN NAMA "DINDING"...1stage PACAK GILER..


Gambar ihsan dari HASAN POWER

Thursday, October 21, 2010

ECC 2010 KAYUHAN JAMBOREE MALAM

Rider-rider DUKECT kali ini berkesempatan menghantar wakli utk cabaran kayuhan malam ECC 2010. Seramai 11 org yg akan mencabar ECC2010 dr 12 org yg mendaftar.

  1. Kapten Firdaus
  2. Faisal
  3. Hasan
  4. Fido
  5. Peter
  6. Mazuan
  7. Reza
  8. FJ
  9. Din
  10. Dzul
  11. Aku

Lokasi penempatan

Banglow 5 bilik & dijamin selesa...

Monday, October 18, 2010

KAYUHAN SEMANGAT L I V E S T R O N G PART2

SAMBUNGAN KAYUHAN SEMANGAT L I V E S T R O N G...


Kayuhan bersambung ke pinggir Semeyih selepas berehat di bukit Antu. Punyalah gembira layan menuruni bukit, disajikan pula pemandangan yang indah...fuh...tenteram beb...



CP3:Barisan rider-rider "bukit hantu" yg senyum gembira utk melupakan seketika bukit ketika laluan balik nanti ......:)


Pemandangan indah...


Setelah penat bergambar, kayuhan diteruskan ke CP4, iaitu tempat makan & minum...banyak tenaga dah hilang semasa uphill kedua2 bukit sebelum ni. Laluan menuju ke Cp4 pun blh tahan juga, landai serta beralun..

CP4: Akhirnya kami sampai juga..lega Ooooo.. sorang2 tak hengat order air. Seorang rider paling kurang 2 gelas jenis air..itu tak termasuk cendol.. Kami berehat disini lbh kurang 1/2jam sebelum meneruskan perjalanan utk balik ke AMPANG.... laluan balik, BUKIT lagi!!!!!

Semangat L I V E S T R O N G... di hidupkan semula..

CP5: Kayuhan balik ke Ampang memang betul2 menguji, kami berehat sebentar disini sebelum uphill semula menuju ke puncak Bukit Ampang. Kayuhan di bawah panas terik matahari, peluh menitis tak berhenti2 ketika menuju ke puncak.


CP6: Sampai saja di puncak bukit Ampang, satu kepuasan.... selepas ini, kayuhan balik menuju terus ke Ampang iaitu tempat berkumpul. Kami tiba di kedai Ah Yong lebih kurang pukul 1.10ptg. Semuanya sampai dengan selamat. Kepenatan kayuhan kali ini aku rasa umpama layan Dam Trail 2 loop :) . Apa-apa pun kayuhan yg best..aku nak repeat sekali lagi 1 hari nanti..


Terima Kasih kpd Zirah & Safura yang bertindak sbg "safety car" yang sentiasa memerhatikan keselamatan rider semasa berkayuh serta tolong mengambil gambar-gambar kami. semua gambar adalah cantik2 belaka. TQ

Tidak dilupakan juga kpd Isteri tercinta serta ahli keluarga yg sentiasa memberi sokongan kepada Hobiku ini. TQ

Gambar Kayuhan Semangat L I V E S T R O N G hasil sumbangan Zirah,Hasan,Fido,Safura,FJ,Hafiz. TQ semua.