Tuesday, March 27, 2012

BERHOBI TIADA MASALAH...TAPI...



"Tapi Ingatlah, bile bab akidah, bab agama, bab hukum hakam, Mu mesti bersama ulama' ..." ~Fikir - fikirkanlah....~

Tuesday, February 28, 2012

:: PAGI-PAGI Di PANTAI SG ULAR ::

Assalamualaikum semua.... 28/2/2012- Gambar diatas diambil pada pukul 730pg di Pantai sg Ular. Kelihatan beberapa nelayan pantai yang sedang menunggu untuk menangkap udang. Udang apa yg hendak ditangkap? Kalau di Melaka, udang tersebut dipanggil udang geragau. Udang-udang halus bewarna putih. Udang ini sesuai dibuat Belacan serta Cencalok. Yg menarik perhatian aku, ada sepasang suami-isteri bersama2 turun ke laut (umur dlm lingkugan 50an). Aku sempat menegur berbual dengan mereka. Dari riak wajah , dapat ditafsirkan mereka memang mengharapkan tangkapan yang baik pada hari ini. Mungkin itu adalah sumber rezeki mereka. Aku tinggal mereka di situ dan hanya memerhatikan mereka dari jauh sahaja sambil terfikir... ~ Bersyukurlah nikmat yang dikurniakan sekarang dari tiada langsung~

Seorang Pak sedara aku pernah menyampaikan pepatah dari Tok Nyang aku..katanya:

"Jadi Nelayan, Tawakal... Makan gaji, Tiada Akal... Berniaga, Setengah Akal..."

Apakah agaknya maksud tersiratnya??? tafsirlah ikut pemahaman masing-masing...

~Beryukurlah nikmat yang ada~

Tuesday, February 21, 2012

:: KAYUHAN KELUARGA PUSING KAMPUNG::

Rekod kayuhan
Amir Idlan bersama latar belakang pemandangan Pulau Besar. Dahulunya jeti ini adalah kawasan paya bakau tempat aku cari siput & ketam.

Abang aku menjinakkan "kuda"...hahahahaha



Di mana ada kemahuan, di situ ada kayuhan


Assalamulaikum & salam sejahtera semua. 19/2/2012- Aku bersama abg serta anak buahku berkayuh disekitar Kg Umbai. Kali ini aku mengajak mereka berkayuh dalam lingkungan 30km. Kami berkayuh dengan santai penuh dengan kecerian melihat suasana kampung sambil menghirup udara segar di pagi hari. Mereka sekeluarga ni telah semakin aktif berkayuh. Tak lama lagi boleh setup basikal baru ni. Kata abang aku.."Syok oo kayuh, dapat ilang tensen hehehehehe " Kayuhan kami berakhir ditepi pantai sambil bersarapan di jeti Umbai.

Thursday, February 16, 2012

:: PUSING GEBENG DI PAGI HARI ::

Assalamualaikun & salam sejahtera semua. Pagi 16/2/12- semangat berkobar-kobar utk berkayuh... Mana nak di tuju pun tak pasti lagi, congak punya congak, aku rasa nak cuba loop Perindustrian Gebeng. Ada sebab aku pilih loop ni. Pertama-sebab nak kejar masa masuk keje. Ke-2 loop ni kira selamat pada waktu pagi (tak berebut dgn lori-lori panjang dan kerendaan lain). Aku terus ambil jalan utk masuk ke Lebuh raya LPT menghala ke KL. Laluan landai serta tak banyak bukit. Dengan jarak ~23km, cukup utk mengeluarkan peluh pada waktu pagi. Bila berkayuh pada waktu pagi ni, badan ada rasa segar sikit. Kalau tak ada senaman, badan rasa lesu jer, nak buat kerja pun tak semangat. Jadi berbaloi pikul usung basikal pi keje luar kawasan. Sambil menjalankan tugas, boleh la aku kayuh kat tempat orang. ~Masa itu emas~

Wednesday, February 15, 2012

:: LAYAN ANGIN LAUT~pasir pantai~::

Salam sejahtera semua....petang 15/2/12 setelah siap semua urusan kerja, aku cuma ada masa 1 jam saja utk kayuh. Kali ni aku menghinap di Mercu Beach Resort yang dekat dengan tempat kerja. Lokasi kayuhan aku dah tinjau awal-awal lagi sebelum ni. Aku nak cuba kayuh pesisir pantai sejauh yg mungkin dlm tempoh 1jam sambil layan angin pantai. Basikal MTB apa saja permukaan kita boleh kayuh...kalu tak blh kayuh kita tolaklah hehehehhe.

Berbalik matlamat nak berkayuh di pantai, jaraknya pun tak berapa jauh. Pemandangan sekeliling serta desiran ombak amat menenangkan. Jadi, tak perlu kayuh kuat-kuat. Gunakan gear paling ringan, dan kayuhlah selaju yg mungkin (ada org gelar kayuh kipas) layan angin pantai sambil menikmati pemandangan yang indah ini ciptaan Allah s.w.t. ditambah pula bunyi ombak beralun yg menghempas pantai...aduh, bestnya. Kalu berkelapangan aku akan cuba berkayuh ke cherating pula.~Lebih kayuhan, kurang kilometer~

-Jarak~1okm

-Lokasi Pantai Sg Ular

-Lepas kayuh jgn lupa cuci basikal walapun tak kotor, utk bersihkan basikal dari wap air laut..


Mercu Beach Resort
Matlamat nak pi sampai hujung sana...
Jumpa offroad pokok pine...aku tibai jer..

Dah nak sampai muara.
Sampai pun muara Sg Ular.

Wednesday, February 8, 2012

::Basikal Chopper::


Salam sejahtera semua, Basikal Chopper menjadi pilihan utk tulisan aku kali ini. Basikal ini sudah agak lama (1979). Aku terjumpa basikal ni di sebuah kedai basikal di Bandar Tun Razak. Pemilik kedai telah membeli basikal tersebut dari seorang pelanggan dengan nilai pertukaran (Sistem Bater) sebuah basikal baru berharga RM200.
Apabila gambar tersebut di kongsi di FB, beberapa rakan saya menceritakan memori bersama basikal tersebut. Seorang rakan memberi tahu basikal tersebut berharga RM350 ketika dibeli oleh bapanya. Beberapa rakan2 juga berkogsi cerita-cerita silam tentang basikal tersebut.

Melalui maklumat-maklumat yg diperolehi, alat ganti basikal tersebut masih boleh didapati di internet. Siapa ada frame basikal ni simpan elok-elok, barang antik ni :)

Tuesday, January 31, 2012

:: Kayuhan Lasak Kajang 29/01/12::




Penganjur : Bro Nasrul & The Geng

Jarak : 36.6km

Level : Hardcore

Jumlah rider : 20++


29/o1/12- Ahad yg lepas saya berkesempatan berkayuh bersama rakan-rakan di kajang. Trailnya memang mencabar mental dan fizikal. Pendakian utama ialah di puncak pertama yg banyak menggunakan tenaga. Pemandangannya memang indah sekali. Seterusnya kami bergerak menuju kepuncak kedua. Waduh......nikmat sekali pendakianya hahahahaha. Kalau ikut Bro Nasrul berkayuh ni paham-paham sahajalah. Yg datang berkayuh ni memang siap sedia untuk mengerah tenaga & keringat. Kayuhan tetap santai, tapi mental dan stamina perlu bersedia dari awal. Tq pada bro Nasrul & kawan... Ada trail baru jgn lupa roger saya lg.



Puncak pertama ditawan


Tasik Biru

Usaha menwan Puncak kedua

Wednesday, January 11, 2012

:: Basikal Lama Dalam Kenangan ::

Cari punya cari di internet, jumpa pula gambar basikal ni. Sebijik macam basikal yang aku guna dulu. Jenamanya Raleigh, tak silap aku ia dibawa masuk dari singapura. Basikal ini adalah kepunyaan Arwah Pak Long aku. "Body" memang tahan lasak serta berat. Basikal dulu-dulu memang telah tersedia "dynamo" untuk menjanakan tenaga bagi menyalakan lampu untuk menerangi laluan pada waktu malam. Lihat tu, dari zaman dulu lagi keselamatan amat dititik beratkan. Palang ditengah menandakan basikal ini utk lelaki. Jika palangnya condong ke bawah, ia sesuai untuk wanita. Ia menggunakan sistem brek drum depan dan belakang yang dikawal menggunakan kabel. Pelana belakang memang sesuai utk membawa barang-barang. Pelana penunggang mempunyai spring yang memberi keselesaan ketika menunggang.

Aku gunakan basikal ini khas utk ke pasar (tempat Abah aku berniaga), menghantar barang, serta mengambil barang. Sungguh banyak jasa basikal ini. Tetapi sekarang basikal ini telah tiada setelah "dirembat" oleh pencari besi buruk.

Tuesday, January 10, 2012

:: KAYUHAN JENDERAM HILIR ::

Peta & elevation trail yang dicerap
Meredah anak sungai

Jalan batu kelikir


Antara puncak yg tertinggi


Tak boleh kayuh kita tolak


Tak boleh tolak kita pikul


cuci jangan tak cuci...



8-01-2012, Kayuhan bersama Pak Din(leader) & Sp Rider. Total rider 64org kesemuanya. Jarak kayuhan 37km. Bukitnya memang "sikit-sikit jer". Pelbagai rider dari berlainan grup menyertai kayuhan ini. Disamping berkayuh, kita dapat merapatkan hubungan sesama rider & kita dapat jumpa kawan-kawan lama yg dah lama tak jumpa. Jumpa lagi kayuhan akan datang. TQ kawan-kawan semua.



Gambar Ihsan Pak Din & Ayin



IKLAN: MADU TUALANG ASLI READY STOK, TAPI TERHAD... SMS/Call 012-2246230

Thursday, January 5, 2012

:: Mengimbau Kisah Silam Bersama Basikal KUWAHARA::




KUWAHARA. Satu jenama yg terkenal pada tahun 80an. Aku mula mengenali jenama ini setelah bapaku membelikannya pada tahun 1985 (Umur 6 tahun) dengan harga Rm100 (kalu tak silap aku) dari seorang rakannya yg berniaga dihadapan pasar tempat dia berniaga. Wow gembira tak hingat aku setelah dapat basikal ni. Tapi ada satu masalah "besar" aku tak reti nak kayuh sebab rasa basikal ni besau sangat...adoi...macam mn nak kayuh ni! Digagahkan juga cuba berkayuh. Kayuh, jatuh....kayuh sikit jatuh..luka-luka lah juga nak pandai kayuh basikal ni. Basikal ini dikongsi bersam dengan adik aku. Tapi akulah yg paling banyak guna. Akhirnya, hampir seminggu, pandailah aku berkayuh. Basikal ini digunakan sehingga darjah 6 dan kemudian diturunkan sepenuhnya kepada adik aku seteal mendapat lagi 1 "body" BMX 2nd hand dan di setup menjadi 1 basikal lagi utk kegunaan ke sekolah menengah.



Pengubahsuian utk BMX baru dilakukan dengan memasang sport rim serta part yg paling best aku buat ialah menggunakan cassette roadbike (tapi guna single speed jer hehehe). Pada waktu itu "Prewel Mati" memang dah top di gunakan oleh semua rakan-rakan.

Akhirnya, basikal BMX aku hilang setelah dicuri semasa disekolah...

Sambung lain kali kisah basikal tua pula yg aku bawa ke pasar, menghantar barang pelanggan serta mengambil Mee dikilang..