Sunday, June 24, 2012

.:: OFFROAD BERSAMA FORBEARING 24/6/12 ::.

AHAD- 24/6/12 Kayuhan Offroad aku minggu ni bersama Forbearing Cycling Team.  Lebih kurang 11 rider bersama dalam kayuhan ini yang merangkumi jarak sejauh 31km. Laluan trail adalah laluan hutan sekunder, ladang sawit serta tarmac. Trail tidak terlalu teknikal, sesuai utk semua peringkat rider. Terima Kasih pada kawan-kawan yg bersama-sama utk kayuhan hari ini. Insya Allah, jika ada kelapangan kita kayuh sama lagi. TQ

Forbearing Cycling Team

Puncak Tangki Air

Seluas mata memandang

Trail Tasik (ada short trail kat sini)

Ramai org memancing~RM50K saper yg tak nak~

Cerapan kayuhan minggu ini

Gambar-gambar dari Kamarul :-
Tempat berkumpul

Ladang sawit yg tunggu masa nak kene tebang ni..

Tangki air

Sunday, June 17, 2012

Menyelenggara Komponen Rim Basikal.

 Rim basikal adalah salah satu komponen yg penting dlm melancarkan kayuhan anda. Ada bermacam-macam jenama & model  rim utk basikal, contohnya Mavic, Fulcrum, DTswiss, Shimano dll. Rim anda adalah amat penting & mesti  bersesuian dengan cara penunggangan anda. Penunggang XC, AM, DH mempunyai jenis rim yang berbeza. Penyelenggaran penting utk mengelakkan kerosakan pada rim tersebut. Perlukah selalu membuat penyelengggaran? Bagi aku  setahun sekali dah cukup. Boleh buat sendiri ka? Boleh...perlukan peralatan yang sesuai & sedikit pengalaman. Pengalaman? Tentu masa kecil-kecil dulu anda mempunyai pengalaman membaiki basikal sendiri, jadi sama jerlah..cuma perlu baca sikitlah kat web-web utk lihat maklumat leraian jenis hub rim anda.

Rim Belakang

Rim Hadapan

1.Apa yg aku buat ialah membersihkannya dari pasir serta habuk.
2.Lap dengan kain bersih dan jangan sekali gunakan WD40..kenapa?
3.Sebab, WD40 akan mencairkan gris di dalam bearing anda. Bila gris cair & kering maka   
   bearing  anda pasti rosak akibat putaran yg tiada pelincir.
4.Perlukah buka bearing tersebut? Tak perlu buka jika bearing anda masih berpusing dgn baik serta  
   tidak tersekat-sekat (kasar).
5.Pasang semula setelah membersihkanya mengikut turutan leraian.
6.Disamping itu jejari rim perlu diselenggara agar tiada jejari yg longgar.
7.Penyelanggaran ini aku buat setelah 3thn aku guna rim ni...bebaloi, nasib baiklah tak rosak, blh 
   la akulanyak lagi :)
8.Sedikit petua yg aku dpt dari internet dlm menjaga rim :-
    a. Jangan menenggelamkan hub anda di dalam air. Kalau merentasi sungai sebaiknya pukul.
    b. Jangan kayuh jika hub anda tenggelam dalam air. Walaupun laluan blh kayuh, lebih selamat
        dipikul.
    c. Jangan gunakan air yang dipancut deras dibahagian hub.
    d. Jangan gunakan WD40 dibahagian hub.
    e. Tungganglah sesuai dgn kemampuan rim serta rim mesti bersesuian dgn berat badan anda.
   
Komen aku utk rim ini :-
Tahan lasak & bersesuaian dgn harga (Thn 2009 harganya Rm650).

Sunday, May 27, 2012

Bukit Pelindung Kuantan



Cerapan ketinggian Bukit Pelindung

Laluan : Balok > Bukit Pelindung > Telok Cempedak > Balok
Jarak : 44km
Ketinggian maksimum : 291meter

AHAD 27/5/12 - Tanya punya tanya, akhirnya aku sampai ke Bukit Pelindung setelah beberapa kali tersesat sebab tak jumpa jalan naik ke bukit tersebut. Ini bukan sebarang bukit, antara bukit yg tersohor dikalangan penduduk kuantan. Semasa pendakian naik, ramai org yg sedang joging. Pendakian lebih kurang 2km, tapi kecuramannya memang menyiksa jantung dan kaki. Bukit ini mengingatkan aku pada Bukit Besi & Bukit Dinding di KL. Bagi Rider yg dtg ke Kuantan, kene rasa naik bukit ni...jgn segan atau malu, kalu tak larat kita tolak.. :)



Gambar kenangan Puncak Bukit Pelindung. Mcm Bukit Besi juga, ada pengawal jaga "Dilarang Masuk" .


Sunday, May 13, 2012

OFFROAD BERSAMA RTB LAGI...HUTAN LIPUR BESERAH

13/5/12- Kesempatan berada di Kuantan digunakan sebaik mungkin mencuba trail-trail di sini. Hari ni aku berkayuh lagi dengan geng RTB yg sempoi. Laluan bercampur-campur tarmac & trail hutan yg memang best.  Lebih kurang 10 rider berkayuh hari ini. Insya Allah kalu ada kelapnagn minggu depan saya ikut kayuh lagi. Tq Semua. (lupa dah semua nama.. cuma nama kamarul jer aku igt...nanti add gua kat facebook strikefullbar@gmail.com Kalu datang KL boleh roger saya utk kayuh bersama.)
 
Stage 1 pendakian

Stage 1 tak tinggi pun..rendah jer hahahaha (berdeyut kepala nak sampai sini)

Sampai dah kawan-kawan lain di satge 1

Stage 2 pendakian

"Tak tinggi" mana pun hehehe 

Selesai final 3 pendakian... blkg tu balak2 yg di curi tapi tak sempat dibawa keluar.

Perjalanan perlu di teruskan...tapi jalan mati di hadapan tu.Maka kene patah balik, semua turun mcm pelesit nak2 brother ni.

Pendakian yg menarik, trail hutan yg best.

Sunday, May 6, 2012

Kayuhan Bersama RTB Kuantan

Ahad 6 Mei 2012- Kali ini aku berpeluang berkayuh dgn otai2 RTB. Kata Cikgu mie soft Offroad.. sesuai sgt lah tu aku dah hampir 1 bulan setengah tak berkayuh ni. Aku bersama Man berkayuh dari balok menuju ke tempat permulaan kayuhan di Beserah. Oleh kerana ujan lebat, maka plan kayuhan ditukar. Janji dpt offroad hehehehe. Tq kawan2 semua trail hutan menarik sekali. Insya Allah minggu dpn kita ride sama lagi.

Single trail- rehat meredakan degupan jantung
Kayuh, tolak, pikul..

laluan dinaiki air (paras pinggang) sepanjang 300m


Selesai meredah banjir

TQ kawan semua...

Cerapan kayuhan hari ini

Gambar Ihsan Hanafiah

Monday, April 9, 2012

.:: Pelana Basikal / Saddle ::.

Salam semua... Gambar di atas adalah contoh sebuah pelana/ saddle.Pelana jenis ini dapat melentur di bahagian depan serta dapat melentur dibahagian belakang.

Fungsi :

1. Kebolehan melentur bahagian depan- Ia digunakan ketika mendaki. Beban badan dapat diletakkan dihadapan basikal apabila kita duduk dihadapan saddle. Sambil itu kita perlulah merapatkan badan ke depan.

2. Kebolehan melentur bahagian belakang - Ia digunakan ketika menuruni bukit yang panjang, maklumlah kalu penat2 berdiri, kita boleh berehat seketa dipelana (bhg belakang). Di samping itu, ketika menurun laluan yang curam, kita boleh mengalihkan berat badan kita dengan "menghenyakkan" beban badan kita di belakang sadlde.

Sudah hampir 3 tahun menggunakan saddle jenis ini, memang tidak menghampakan perestasinya. Kalu ada modal boleh cuba Tundra, lebih flex...

Tuesday, March 27, 2012

BERHOBI TIADA MASALAH...TAPI...



"Tapi Ingatlah, bile bab akidah, bab agama, bab hukum hakam, Mu mesti bersama ulama' ..." ~Fikir - fikirkanlah....~

Tuesday, February 28, 2012

:: PAGI-PAGI Di PANTAI SG ULAR ::

Assalamualaikum semua.... 28/2/2012- Gambar diatas diambil pada pukul 730pg di Pantai sg Ular. Kelihatan beberapa nelayan pantai yang sedang menunggu untuk menangkap udang. Udang apa yg hendak ditangkap? Kalau di Melaka, udang tersebut dipanggil udang geragau. Udang-udang halus bewarna putih. Udang ini sesuai dibuat Belacan serta Cencalok. Yg menarik perhatian aku, ada sepasang suami-isteri bersama2 turun ke laut (umur dlm lingkugan 50an). Aku sempat menegur berbual dengan mereka. Dari riak wajah , dapat ditafsirkan mereka memang mengharapkan tangkapan yang baik pada hari ini. Mungkin itu adalah sumber rezeki mereka. Aku tinggal mereka di situ dan hanya memerhatikan mereka dari jauh sahaja sambil terfikir... ~ Bersyukurlah nikmat yang dikurniakan sekarang dari tiada langsung~

Seorang Pak sedara aku pernah menyampaikan pepatah dari Tok Nyang aku..katanya:

"Jadi Nelayan, Tawakal... Makan gaji, Tiada Akal... Berniaga, Setengah Akal..."

Apakah agaknya maksud tersiratnya??? tafsirlah ikut pemahaman masing-masing...

~Beryukurlah nikmat yang ada~

Tuesday, February 21, 2012

:: KAYUHAN KELUARGA PUSING KAMPUNG::

Rekod kayuhan
Amir Idlan bersama latar belakang pemandangan Pulau Besar. Dahulunya jeti ini adalah kawasan paya bakau tempat aku cari siput & ketam.

Abang aku menjinakkan "kuda"...hahahahaha



Di mana ada kemahuan, di situ ada kayuhan


Assalamulaikum & salam sejahtera semua. 19/2/2012- Aku bersama abg serta anak buahku berkayuh disekitar Kg Umbai. Kali ini aku mengajak mereka berkayuh dalam lingkungan 30km. Kami berkayuh dengan santai penuh dengan kecerian melihat suasana kampung sambil menghirup udara segar di pagi hari. Mereka sekeluarga ni telah semakin aktif berkayuh. Tak lama lagi boleh setup basikal baru ni. Kata abang aku.."Syok oo kayuh, dapat ilang tensen hehehehehe " Kayuhan kami berakhir ditepi pantai sambil bersarapan di jeti Umbai.

Thursday, February 16, 2012

:: PUSING GEBENG DI PAGI HARI ::

Assalamualaikun & salam sejahtera semua. Pagi 16/2/12- semangat berkobar-kobar utk berkayuh... Mana nak di tuju pun tak pasti lagi, congak punya congak, aku rasa nak cuba loop Perindustrian Gebeng. Ada sebab aku pilih loop ni. Pertama-sebab nak kejar masa masuk keje. Ke-2 loop ni kira selamat pada waktu pagi (tak berebut dgn lori-lori panjang dan kerendaan lain). Aku terus ambil jalan utk masuk ke Lebuh raya LPT menghala ke KL. Laluan landai serta tak banyak bukit. Dengan jarak ~23km, cukup utk mengeluarkan peluh pada waktu pagi. Bila berkayuh pada waktu pagi ni, badan ada rasa segar sikit. Kalau tak ada senaman, badan rasa lesu jer, nak buat kerja pun tak semangat. Jadi berbaloi pikul usung basikal pi keje luar kawasan. Sambil menjalankan tugas, boleh la aku kayuh kat tempat orang. ~Masa itu emas~