Thursday, December 29, 2011

::KAYUH SEKITAR KG UMBAI ::

25/12/11.Kelapangan masa yg ada di kampung digunakan sebaik mungkin utk berkayuh. Kali ini aku berkayuh bersama abang aku bro Lang, serta 2 org anak buah aku iaitu Haziq & Ilan. Ketua kayuhan aku serahkan pada bro Lang utk membawa aku pusiing kampung. Mereka ini sudah semakin aktif berkayuh. Ini merupkan salah satu laluan kayuh mereka pada waktu petang. 1 loop boleh dapat 20Km cukup utk mengeluarkan peluh sebagai senaman pada waktu petang. Laluannya terdiri dari tarmac kampung, laluan tepi sungai, laluan tarmac ladang serta yg paling best laluan tepi pantai...syok Ooooo :) Sambil berkayuh kita terapi otak yg dapat melapangkan fikiran...jiwa tenang.. hehehehe kolestrol rendah, badan sihat, jantung sihat, otak cergas dll... Kalu blk kg lagi nanti bolehlah berkayuh bersama mereka lagi, Insya Allah....

Wednesday, December 28, 2011

:: KAYUH di KAMPUNG AKU ~ MELAKA~::




Cuti pada 24/12/11 aku berkesempatan berkayuh di Melaka. Laluan ni main tibai jer ikut sedap hati janji sampai ke bandar Melaka (dari Umbai). sampai saja di melaka rehat hampir 1jam (hujan). Kalu tak hujan, mau jer aku lajak sampai Tjg Kling. Aku memilih laluan yg kurang sibuk semasa pergi. Laluan balik aku memilih laluan pantai. Kalu ada masa nanti blh cuba laluan Tehel pula.


Hujan setelah tiba di Bandar Melaka




Makan dulu


IKLAN: MADU TUALANG ASLI SMS/Call 012-2246230

Thursday, December 8, 2011

:: UKUR BUKIT BESI LAGI ::



Beberapa hari yg lepas, aku berkesempatan lagi utk "menjengah" Bukit Besi. Utk beginner macam aku, bukit ini memang menyiksakan. Jika berkayuh dari rumah mengambil masa lbh kurang 1 jam utk menyelesaikan kayuhan ini. Biasanya aku kayuh pada waktu petang setelah abis kerja (1730-1830). Cukuplah sekadar mengeluarkan peluh pada waktu petang & kayuh pun santai saja.

Wednesday, December 7, 2011

:: Putrajaya Challenge Park ::



Salam sejahtera semua. Ahad yg lepas (4 Dec 11) aku berkesempatan layan PCP. Agak lama juga aku tak ke sini. Maka gayatlah bila layan trail ni sebab lama tak layan teknikal. Aku sempat layan 3 lap secara solo. Ramai juga rider pada hari tersebut. Trail teknikal ni amat seronok dilayan serta kemudahannya fasalitinya amat baik sekali. Rasa nak asah teknikal? jom ke PCP... FOC pulak tu...

Wednesday, November 30, 2011

:: SARAPAN DULU SEBELUM KAYUH::

Madu

Susu Rendah Lemak
Muesli

Quacker Oats


Seorang rakan mencadangkan aku mencuba menu Oat+susu+madu sebelum berkayuh. Hasilnya amat baik, kayuhan rasa lebih baik serta lebih bertenaga. Aku olah sikit menu oat dengan menambah Muesli coklat ke dalamnya. Rasa pun blh tahan sedap serta dapat membuka selera pada waktu pagi. Yg penting kita makan dulu sebelum kayuh agar kita ada tenaga ketika bersukan. ~PERHATIAN: ini bukan menu utk jadi jaguh-jaguh tau :)~

Tuesday, November 22, 2011

:: TAHNIAH PADA ZULFADLI & ISTERI ::

Majlis pernikahan pada 18/11/11 10.30pg Masjid Badar Baru Sentul


Majlis Persandingan Di Dewan DBKL Bandar Baru Sentul 19/11/11

Majlis Persandingan Di Kelab Gof Perkhidmatan Awam Bikit Kiara 20/11/11


Terima kasih pada semua sedara mara yg turut membantu dalam majlis tersebut. Tahinah kpd pengantin, semoga berbahagia ke anak cucu. Tak lama lagi Dato' Daud & Datin Norsiah dapatlah cucu hehehehe :)

:: TAHNIAH HARIMAU MALAYA YG TELAH MENEWASKAN GARUDA::

Ucapan tahniah utk semua pemain MALAYSIA yg bermain dengan penuh semangat sekali!!!! TAHNIAH!!! Kejayaan dikongsi seluruh rakyat Malaysia!

Tuesday, November 15, 2011

:: Kenangan Lama Tahun 2000 di UiTM ::

Ni zaman dulu-dulu, tahun 2000 semasa Kawalan Keselamatan Istihadat menyambut Agong di UiTM Shah Alam sempena konvo. Aku tak dpt menolak, penglibatan aku dlm bidang ketenteraan semasa belajar telah banyak membentuk jati diri serta peribadi. Suatu pengalaman yg berharga yg tak ternilai yg di timba sepanjang 3 tahun latihan.

Sunday, November 6, 2011

:: SELAMAT AIDIL-ADHA ::

Terasa rindu aku ingin kembali ke tempat ini. Mudah-mudahan aku dikurniakan kelapangan serta rezeki utk aku kembali sujud di Masjidil Haram, Insya Allah. Selamat Menyambut Aidil-Adha pada semua umat Islam sekalian dari aku sekeluarga.

Saturday, November 5, 2011

:: PERTOLONGAN CEMAS- Peralatan asas siri 2 ::







Kebiasaanya aku akan membawa 3 barangan diatas ketika berkayuh.
1.Minyak gamat- dpt memberhentikan darah seta menutup luka-luka kecil.
2.Plaster- utk menutup luka-luka kecil.
3.Kain pembalut-utk membalut luka atau boleh digunakan bersama ranting-ranting kayu/ batang-batang kayu utk menyokong bahagian yg patah.
4.Kapas-menutup luka/ menyerap darah/ sebagai pelapis pd bahagian yg luka sebelum di balut.

Melalui pengalaman yg aku alami,minyak gamat amat membantu dlm memberi rawatan kecemasan walaupan dari segi perubatan moden ia tidak digalakkan. Penggunaannya dapat menutup luka dgn cepat dan memberhentikan pendarahan.

Thursday, November 3, 2011

:: PERTOLONGAN CEMAS - Pengenalan siri 1::

Sukan basikal bukit atau MTB adalah satu sukan yang boleh dikira ekstrem serta beresiko tinggi utk menerima kecederan . Oleh itu setiap sesi kayuhan kita perlulah berhati-hati serta berwaspada. Rider juga perlu tahu kemampuan diri lebih-lebih lagi ketika bekayuh di laluan-laluan teknikal dan jangan sesekali melakukannya jika tidak yakin atau tidak berkemahiran. Utk itu, rider amat digalakkan membawa peralatan perubatan kecemasan sendiri ketika berkayuh sebagai persedian sebarang kemungkinan samada kegunaan sendiri atau utk membantu org lain. Pengenalan-PERTOLONGAN CEMAS adalah rawatan sementara waktu diberikan kepada mangsa sebelum tibanya bantuan perubatan.
Objektif

1.Menyelamatkan nyawa
2.Mengelak mangsa cedera lebih serius

3.Mengurangkan kesakitan

4.Mendapatkan bantuan

Saturday, October 29, 2011

:: Murah & Berbaloi...telah diuji ::





Plastik yg berwarna biru tu dah hampir 6 bulan aku guna, masih elok lg sampai sekarang. Memang berbaloi aku gunakannya utk menyimpan HP,Duit,IC ketika berkayuh. Barang-barang aku terselamat dari basah dek peluh dan hujan. Nak bawa masa kayuh pun mudah, cuma perlu lipat dua & masukkan ke saku belakang JC. Mudah, selamat & praktikal. RM8 sahaja melindungi HP, Duit & IC (Jangan rendam dalam air sudahlah)

Wednesday, October 26, 2011

Sunday, October 23, 2011

:: KEMBALI KE FRIM 22 OKt 2011 ::



Setelah 1 tahun setengah aku tak ride ke FRIM, akhirnya aku kembali semula... Laluan off road kali ini dicerap dari dream trail-Rover-Syabas-Pacat-Steroid-Helipad-Main Gate. Kayuhan santai bersama rakan rakan iaitu Kept Firdaus & Salleh Samad.


Dream Trail- Salleh
Dream Trail-Kept Firdaus


Kept sedang membantu salleh- tiub bocor...


">

Tuesday, October 18, 2011

:: GADGET PROTECTION COVER ::

Warna Oren
Warna Biru
Warna Putih/clear


Plastik ringkas boleh la simpan Hp,IC, duit nak minum air....



Dah masuk brg-brg plastik tersebut boleh dilipat. Ia dugunakan utk melindungi brg-brg dari peluh atau hujan. Kemudian boleh la dimasukkan ke dalam poket JC di belakang.


Harga Rm8 siap pos. Kalu nak barang, order, bg alamat & barang akan diposkan ke alamat (POS Biasa 3-5hari) . SMS/Call 012-2246230

Tuesday, October 11, 2011

:: KAYUH SANTAI KE BUKIT BESI ::

Kali ini aku berpeluang berkayuh ke bukit besi sambil megukur ketinggian sebenar bukit besi. Melalui data yg dicerap mmeggunakan perisian sport tracker, ketinggian bukit besi ialah 306meter (pencawang telekominikasi). Utk malumat lanjut http://www.sports-tracker.com/#/workout/StrikeFullBar/60ofgm3qrompgtnf

Saturday, October 8, 2011

xxxx Perisian RunKeeper & Endomondo xxxx



Mari kita cuba 2 perisian ini, saya akan cuba mengupas kelebihan-kelebihan yg ada pada kedua-dua perisian tersebut. Kalu nak kupas kenellah cuba guna beberapa kali dulu..Tungguuuuuu..


ENDOMONDO


RUNKEEPER

IKLAN: MADU TUALANG READY STOK, SILA ROGER JIKA MAHU TQ

Thursday, October 6, 2011

xxxx PERISIAN "SPORT TRACKER" xxxx

Perisian ini sebenarnya sudah lama ada, tp baru sekarang aku berpeluang utk menggunakannya. Ramai yang telah megetahui berkenaan perisian ini, mari kita berkongsi serba sedikit tentangnya...

Apa itu "Sport Tracker"?
-Ia adalah sejenis perisian yg menggunakan satelit utk menjejak aktiviti sukan kita.
Apa yg alatan yg perlu utk kita gunakan perisian ini?
-Sebuah telefon bimbit pintar yg mempunyai aplikasi GPS
Perlukah telefon itu boleh mengakses internet?
-Tidak perlu, kecuali jika kita mahu mengemaskininya/meyimpannya dilaman web atau mempamerkannya dilaman sosial.
Selain bersukan, blehkah ia di gunakan utk aktiviti lain?
Boleh...Tibai jer :) cth, jalan2, memandu dll.

Setelah mencerap data menggunakan telefon bimbit, data tersebut perlu dimuat turun ke laman web JIKA kita mahukan aplikasi yg lebih luas dan berhubung dengan dunia luar. Jika tidak, cukup sekadar menyimpanya didalam data Telefon bimbit kita.

Dibawah ini adalah sedikit maklumat yg ingin dikongsi jika aktiviti2 kita telah di muat turun ke laman web.

DASHBOARD-memberitahu atau memaparkan maklumat brp byk aktiviti yg telah kita rekodkan. Masa, jarak, halaju dll dipaparkan dengan kemas & terperinci.
MY WORKOUTS- Memaparkan dgn lebih terperinci aktivivti kita. Peta serta data ketinggian dipamerkan dlm bentuk graf. Sekinyanya kita mempunyai alat pembaca denyutan nadi, ia akan dimasukkan sekali kedalam graf tersebut. Kawasan-kawasan yg kita ada mengambil gambar akan ditanda dgn icon kamera.


Contoh gambar yg diambil di sebuah lokasi


DIARY-memaparkan kelendar aktiviti yg dilakukan beserta maklumat-maklumat aktiviti yang diplotkan di dalam jadual dgn iconicon berwarna mengikut jenis aktiviti kita

EXPLORE-Memaparkan aktiviti sukan seluruh dunia oleh pengguna perisian tersebut.
Kesimpulan: Salah satu perisian yg bagus utk kita gunakan dlm merekod aktiviti sukan kita. Ada juga perisian lain yg sepertinya. Aplikasi teknologi utk sukan sudah semakin maju dan memberi manafaat kepada penggiat sukan menyimpan data-data aktiviti mereka sebagai rujukan.


IKLAN: MADU TUALANG READY STOK....SILA ROGER UTK TEMPAHAN / PERTANYAAN....

Monday, October 3, 2011

.::JAMBOREE BURUNG HANTU ECC 2011 1-2/10/11::.

Masa: 2jam 58minit
Jarak:46km
Maksimum: 58.8km/h
Kedudukan: 290/17++ rider

Kali ni aku berpeluang menyertai jamboree setelah hampir setahun merehatkan diri dari menyertainya. Walaupun malam, tiada cahaya matahari, tetapi cabarannya berlainan. Trail yg bagus, dari awal hingga ke garisan penamat. Seronok menyertainya bermula dari pendaftaran sehinggalah habis acara. Alhamdulillah, aku dpt sampai dgn selamat serta dpt melalui kesemua cek point. Insya Allah tahun depan boleh sertainya lagi. Wakil DUKECT yg berkesempatan menyertai kali ini ialah aku serta Kapten Firdaus. Tahniah Penganjur


Persiapan sebelum kayuh


Menunggu di tapak pemulaan
Pelepasan..Sampai di penamat..



Walaupun aku kurang menyertai Jamboree tahun ini, aku rasa ECC2011 adalah event yg terbaik setakat ini kerana ada disediakan tempat membasuh basikal.

1.Pendaftaran-A+

2.Goodies-A

3.Tapak Pelepasan-A+ ( tp ada ramai jgk yg chiken luar tapak pelepasan).
4.Trail tanda arah & penanda -A+

5.Cek Point-A. (kalu bg air 100+ atau Thaaji aku bg A+ hehehehe)

6.Medal-A (kalu medal besi lg cun)

7-Makan & minum lps kayuh A+ (nasi minyak + ribena tu...)


JUMPA LAGI TAHUN DEPAN...INSYA ALLAH...

Gambar ihsan: Hambali, Jimmy, Tiger & Rosdan TQ semua


IKLAN: MADU TUALANG READY STOK, MILITARY HYDRATION PACKS KALU MAU KENE ORDER DULU...

Sunday, September 18, 2011

.::JAMBOREE UKM 17 Sept 2011::.

Tarikh 17/9/11
Jumlah Rider 6++
Jarak 22Km
Masa 1jam20mint



Tapak permulaanDalam trail


Trail offroad syok...
Road pun boleh tahan syok... Saat-saat nak kegarisan penamat
Bersama kwn dari Mercury Team (tgh tuggu makan)



Mejer Fauzi


Kawan kawan dari TUDM Sg Besi



Ini merupakan jamboree pertama aku tahun ini. Kayuh slow & steady janji sampai ke garisan penamat. Lebih 600 rider yg hadir. Harap tahun depan UKM boleh menganjurkan lagi jamboree ini, tapi tambah laluan offroad kurangkan laluan on road. Taniah penganjur.


Gambar Ihsan:Mejer Fauzi, Bob,Jimmy & faeizal.


IKLAN: MADU TUALANG ORI READY STOK...Jgn segan utk roger-roger jika mahu.