

Ujian pertama dimulakan oleh Hasan yg mencatat masa keseluruhan 9 minit untuk sampai ke puncak Bukit Ampang dan diikuti oleh rider-rider lain.


Pekan Langat... suasana lain beb.. rider L I V E S T R O N G menjadi perhatian..naik sikit semangat pada masa ni.. hahhhahaha
Kayuhan pendakian telah bermula...

Lihat sajalah.. 2 jenis rider, 2hobi berbeza, 2 kemampuan yg berbeza. Kemampuan Enjin + skill & kemampuan stamina + skill. Apa-apa pun, kita adalah rider.

Kayuhan menuju puncak kedua "BUKIT HANTU"...
CP2: Puncak Bukit Hantu. Kayuhan utk sampai kepuncak kedua memang menguji mental. Dgn suasana panas terik, deruman enjin2 kereta2 turbo berserta deruman enjin2 superbike mmg membakar jiwa...
Setelah sampai disni, tak dpt dibayangkan kepenatannya...bak kata Shahrin, "HANTU PUNYER BUKIT"... Kami berehat sebentar disini sambil membayangkan air kelapa, cendol, mee kari...peh lazatnya.... kejayaan menawan bukit hantu memang memuaskan... "BILER MAU REPEAT????"










Gambar diatas diambil selepas aku layan salah satu jamboree basikal. Kedaan rantai, Rd, Crank memang berada pada tahap maksimum "kotor" . Lihat sajalah Cassette & Rantai, macam dah nak berkarat. Oleh itu, Anda perlu cepat membersihkannya utk mengelakkannya rosak.

"Single Trail Climbing"
Gambar dibawah adalah antara laluan "Single Trail" pohon-pohon buluh. Laluannya landai serta mendaki. Tetapi selepas itu rasalah habuan "Downhill single" trail nya. Berhati hati dengan akar serta tunggul kayu yg di tutupi daun serta buluh2 yg melintang.
Sedikit laluan menyusuri anak sungai setelah melayan "Downhill Single Trail". Lihatlah wajah gembira rakan-rakan kita hehehehehehhehe.

Salam perkenalan Offroad kemensah bermula disini. Jgn sesekali memandang sipi dgn bukit yg tak seberapa ni. Jika silap perhitunggan menggunakan gear atau terlalu "gelojoh" meratah bukit ni anda pasti akan tewas. Pastikan anda menggunakan gear yg sesuai dengan kemampuan anda utk menghabiskan kayuhan sehingga ke atas.
