Tuesday, January 31, 2012

:: Kayuhan Lasak Kajang 29/01/12::




Penganjur : Bro Nasrul & The Geng

Jarak : 36.6km

Level : Hardcore

Jumlah rider : 20++


29/o1/12- Ahad yg lepas saya berkesempatan berkayuh bersama rakan-rakan di kajang. Trailnya memang mencabar mental dan fizikal. Pendakian utama ialah di puncak pertama yg banyak menggunakan tenaga. Pemandangannya memang indah sekali. Seterusnya kami bergerak menuju kepuncak kedua. Waduh......nikmat sekali pendakianya hahahahaha. Kalau ikut Bro Nasrul berkayuh ni paham-paham sahajalah. Yg datang berkayuh ni memang siap sedia untuk mengerah tenaga & keringat. Kayuhan tetap santai, tapi mental dan stamina perlu bersedia dari awal. Tq pada bro Nasrul & kawan... Ada trail baru jgn lupa roger saya lg.



Puncak pertama ditawan


Tasik Biru

Usaha menwan Puncak kedua

Wednesday, January 11, 2012

:: Basikal Lama Dalam Kenangan ::

Cari punya cari di internet, jumpa pula gambar basikal ni. Sebijik macam basikal yang aku guna dulu. Jenamanya Raleigh, tak silap aku ia dibawa masuk dari singapura. Basikal ini adalah kepunyaan Arwah Pak Long aku. "Body" memang tahan lasak serta berat. Basikal dulu-dulu memang telah tersedia "dynamo" untuk menjanakan tenaga bagi menyalakan lampu untuk menerangi laluan pada waktu malam. Lihat tu, dari zaman dulu lagi keselamatan amat dititik beratkan. Palang ditengah menandakan basikal ini utk lelaki. Jika palangnya condong ke bawah, ia sesuai untuk wanita. Ia menggunakan sistem brek drum depan dan belakang yang dikawal menggunakan kabel. Pelana belakang memang sesuai utk membawa barang-barang. Pelana penunggang mempunyai spring yang memberi keselesaan ketika menunggang.

Aku gunakan basikal ini khas utk ke pasar (tempat Abah aku berniaga), menghantar barang, serta mengambil barang. Sungguh banyak jasa basikal ini. Tetapi sekarang basikal ini telah tiada setelah "dirembat" oleh pencari besi buruk.

Tuesday, January 10, 2012

:: KAYUHAN JENDERAM HILIR ::

Peta & elevation trail yang dicerap
Meredah anak sungai

Jalan batu kelikir


Antara puncak yg tertinggi


Tak boleh kayuh kita tolak


Tak boleh tolak kita pikul


cuci jangan tak cuci...



8-01-2012, Kayuhan bersama Pak Din(leader) & Sp Rider. Total rider 64org kesemuanya. Jarak kayuhan 37km. Bukitnya memang "sikit-sikit jer". Pelbagai rider dari berlainan grup menyertai kayuhan ini. Disamping berkayuh, kita dapat merapatkan hubungan sesama rider & kita dapat jumpa kawan-kawan lama yg dah lama tak jumpa. Jumpa lagi kayuhan akan datang. TQ kawan-kawan semua.



Gambar Ihsan Pak Din & Ayin



IKLAN: MADU TUALANG ASLI READY STOK, TAPI TERHAD... SMS/Call 012-2246230

Thursday, January 5, 2012

:: Mengimbau Kisah Silam Bersama Basikal KUWAHARA::




KUWAHARA. Satu jenama yg terkenal pada tahun 80an. Aku mula mengenali jenama ini setelah bapaku membelikannya pada tahun 1985 (Umur 6 tahun) dengan harga Rm100 (kalu tak silap aku) dari seorang rakannya yg berniaga dihadapan pasar tempat dia berniaga. Wow gembira tak hingat aku setelah dapat basikal ni. Tapi ada satu masalah "besar" aku tak reti nak kayuh sebab rasa basikal ni besau sangat...adoi...macam mn nak kayuh ni! Digagahkan juga cuba berkayuh. Kayuh, jatuh....kayuh sikit jatuh..luka-luka lah juga nak pandai kayuh basikal ni. Basikal ini dikongsi bersam dengan adik aku. Tapi akulah yg paling banyak guna. Akhirnya, hampir seminggu, pandailah aku berkayuh. Basikal ini digunakan sehingga darjah 6 dan kemudian diturunkan sepenuhnya kepada adik aku seteal mendapat lagi 1 "body" BMX 2nd hand dan di setup menjadi 1 basikal lagi utk kegunaan ke sekolah menengah.



Pengubahsuian utk BMX baru dilakukan dengan memasang sport rim serta part yg paling best aku buat ialah menggunakan cassette roadbike (tapi guna single speed jer hehehe). Pada waktu itu "Prewel Mati" memang dah top di gunakan oleh semua rakan-rakan.

Akhirnya, basikal BMX aku hilang setelah dicuri semasa disekolah...

Sambung lain kali kisah basikal tua pula yg aku bawa ke pasar, menghantar barang pelanggan serta mengambil Mee dikilang..

Monday, January 2, 2012

:: UPSI JAMBOREE 2012 ::

Elevation Trail

Garisan permulaan (Gambar Ihsan Ahmad Nasir)
Tamat




Jarak :~47km

Jumlah Rider: ~1000

Lokasi: Tanjung Malim


1/1/2012 Jamboree pertama tahun ni, di UPSI Tjg Malim. Trail sepanjang 47km boleh diketegori sebagai hardcore. Pembukaan kayuhan yg hebat. Lihat saja elevation trailnya. Pendakian serta penurunan bukitnya memang layan habis. Sajian trail yang terdiri dari pelbagai permukaan memang dinanti-nantikan oleh rider. Ditambah pula dengan merentasi lebih kurang 4 batang sungai yg sejuk serta menyegarkan. Memang tak rugi rider menyertai jamboree ni. Disamping menikmati trail di tempat org, hubungan antara rider juga dapat dirapatkan. Sekalung tahniah pada penganjur yg telah berjaya menganjurkan acara ini.


Sorong papan tarik papan,
Papan yg disorong jatuh pula dalam perigi,
Jika UPSI anjur lagi tahun depan,
Insya Allah, kalu panjang umur saya datang kayuh lagi.

IKLAN: MADU TUALANG ORI PUNYA....READY STOK! SMS/CALL 012-2246230

Thursday, December 29, 2011

::KAYUH SEKITAR KG UMBAI ::

25/12/11.Kelapangan masa yg ada di kampung digunakan sebaik mungkin utk berkayuh. Kali ini aku berkayuh bersama abang aku bro Lang, serta 2 org anak buah aku iaitu Haziq & Ilan. Ketua kayuhan aku serahkan pada bro Lang utk membawa aku pusiing kampung. Mereka ini sudah semakin aktif berkayuh. Ini merupkan salah satu laluan kayuh mereka pada waktu petang. 1 loop boleh dapat 20Km cukup utk mengeluarkan peluh sebagai senaman pada waktu petang. Laluannya terdiri dari tarmac kampung, laluan tepi sungai, laluan tarmac ladang serta yg paling best laluan tepi pantai...syok Ooooo :) Sambil berkayuh kita terapi otak yg dapat melapangkan fikiran...jiwa tenang.. hehehehe kolestrol rendah, badan sihat, jantung sihat, otak cergas dll... Kalu blk kg lagi nanti bolehlah berkayuh bersama mereka lagi, Insya Allah....

Wednesday, December 28, 2011

:: KAYUH di KAMPUNG AKU ~ MELAKA~::




Cuti pada 24/12/11 aku berkesempatan berkayuh di Melaka. Laluan ni main tibai jer ikut sedap hati janji sampai ke bandar Melaka (dari Umbai). sampai saja di melaka rehat hampir 1jam (hujan). Kalu tak hujan, mau jer aku lajak sampai Tjg Kling. Aku memilih laluan yg kurang sibuk semasa pergi. Laluan balik aku memilih laluan pantai. Kalu ada masa nanti blh cuba laluan Tehel pula.


Hujan setelah tiba di Bandar Melaka




Makan dulu


IKLAN: MADU TUALANG ASLI SMS/Call 012-2246230

Thursday, December 8, 2011

:: UKUR BUKIT BESI LAGI ::



Beberapa hari yg lepas, aku berkesempatan lagi utk "menjengah" Bukit Besi. Utk beginner macam aku, bukit ini memang menyiksakan. Jika berkayuh dari rumah mengambil masa lbh kurang 1 jam utk menyelesaikan kayuhan ini. Biasanya aku kayuh pada waktu petang setelah abis kerja (1730-1830). Cukuplah sekadar mengeluarkan peluh pada waktu petang & kayuh pun santai saja.

Wednesday, December 7, 2011

:: Putrajaya Challenge Park ::



Salam sejahtera semua. Ahad yg lepas (4 Dec 11) aku berkesempatan layan PCP. Agak lama juga aku tak ke sini. Maka gayatlah bila layan trail ni sebab lama tak layan teknikal. Aku sempat layan 3 lap secara solo. Ramai juga rider pada hari tersebut. Trail teknikal ni amat seronok dilayan serta kemudahannya fasalitinya amat baik sekali. Rasa nak asah teknikal? jom ke PCP... FOC pulak tu...

Wednesday, November 30, 2011

:: SARAPAN DULU SEBELUM KAYUH::

Madu

Susu Rendah Lemak
Muesli

Quacker Oats


Seorang rakan mencadangkan aku mencuba menu Oat+susu+madu sebelum berkayuh. Hasilnya amat baik, kayuhan rasa lebih baik serta lebih bertenaga. Aku olah sikit menu oat dengan menambah Muesli coklat ke dalamnya. Rasa pun blh tahan sedap serta dapat membuka selera pada waktu pagi. Yg penting kita makan dulu sebelum kayuh agar kita ada tenaga ketika bersukan. ~PERHATIAN: ini bukan menu utk jadi jaguh-jaguh tau :)~