Sunday, August 12, 2012

:: Kayuhan Sahur Genting Sempah 11/8/2012 ::

Lokasi : Gombak > GS (Jalan lama)
Jarak : 48km
Leader : Bang Omm KNR
Sweeper 1: Saudara Zul KNR
Sweeper 2 :Bro Kuman DUKECT

Cerapan kayuhan GS tahun ini

Kayuhan tahun ke-3 ke Genting Sempah tahun ini spt tahun-tahun yang lalu, tetapi tahun ini bermula agak lewat sedikit lebih kurang pukul 12tgh mlm. Ini bagi memberi masa yang cukup utk kita mengerjakan solat Taraweh disamping bagi memberi peluang pada rider yang jauh utk sampai di lokasi berkumpul pada masa yang ditetapkan. Kayuhan ini umpama kayuhan wajib pada setiap ramadhan. Lebih kurang 20rider yang datang dari Shah Alam dan sekitar Lembah Klang hadir utk merasa kayuhan GS tahun ini.

Apa yg uniknya kayuhan GS ni?
1.Kayuh tengah malam yg gelap gelita. Kalau lampu tak cukup power, 3 meter saja yg anda dpt lihat jalan di hadapan anda.
2.Pendakian saja 16km. tapi balik tak payah kayuh 16km.
3.Merasa kayuh sorang2 dalam gelap. Depan tak de org, belakang pun tak de org...rasa seram :)
4.Sejuk dingin....udara segar di tegah2 hutan....nyaman sekali
5.Kayuh tak perlu laju2, paling santai ...10km/h saja...nak slow lg pun boleh..
6.Anda akan berada lebih tinggi dari Highway Gombak-G Sempah. Boleh lihat kerendaan yg lalu di highway tersebut, terasa anda telah berkayuh begitu tinggi dari kerendaan lain.
7.Boleh rasa jadi "Pocket Rocket Man" jika nasib tak baik kene kejar anjing.
8.Jumpa kawan-kawan lama.. & jumpa kawan-kawan baru.
9.Sempat mohon maaf hari raya, Maklumlah raya tak lama lg...
10.Geng-geng rempit sampai GS dengan motor, kami sampai dgn basikal jer...
11.Geng rempit motor parking bawah, tapi kami punya basikal semua parking kat atas medan selera hehehehe.
12.Macam-macam lawak jenaka yg tercetus dan pasti tak kering gusi.
13.Macam-macam bau wangi yg dapat dihidu...tapi jgn tegur..
14.Turun Dari GS pukul 3pg... kalu org yg tak paham memang akan cakap "budak basikal ni buat kerja giler!" :)
  
Seribu satu kegembiraan dgn kayuh genting sempah pada tahun ini... Jumpa lagi tahun depan Insya Allah.
"SELAMAT HARI RAYA , MOHON MAAF JIKA ADA SALAH SILAP DARI SAYA"

Monday, August 6, 2012

:: Kayuhan 1 Malam Bulan Puasa 2012 ::

Jarak : 30Km ++
Masa : 4 Ogos 2012, 2330H-0230H
Jenis basikal: Fixed, Road,MTB

Kayuhan bermula lebih kurang 11.30 mlm. Kayuhan santai ini diketuai Bang Omm bergerak dari Presint14. Laluannya ialah putrajaya >Sg merab> Bangi > Putrajaya. Terima kasih semua yg terlibat, memang seronok dapat berkayuh beramai-ramai macam ni. Insya Allah kita jumpa minggu depan pula  di "Kayuhan Genting Sempah".   

 Leader kayuhan Bang Omm
                                                 

YB putrajaya datang melawat. "Mintak sponsor sikit tok, pilihanraya dah dekat ni." :)
Pits stop 1 Sg Merab. Isap ok dulu...penat ni...
Gambar mahal ni, setahun sekali pun susah nak dpt gambar bertiga macm ni hahahaha
Pit stop 2: Shell Sekyen 2 bangi

Cerapan kayuhan oleh Daud Israf
Gambar Ihsan Bro Kuman & Daud Israf
MADU TUALANG READY STOK, SMS/CALL 012-2246230 DIJAMIN ASLI

Tuesday, July 24, 2012

:: Selamat Berpuasa ::


Selamat berpuasa pada semua rakan-rakan maya yang beragama Islam. Moga kita mendapat keberkatan sepanjang bulan tersebut.

    Aktiviti kayuhan secara automatik menjadi terhad pada bulan ini. Namun kita masih boleh berkayuh pada waktu malam  dihujung minggu. Kayuh-kayuh juga, tapi taraweh jgn kita tinggalkan. Rugi kita nanti. Oleh itu kayuhan biasanya dilakukan selepas  solat Taraweh.
    Di Kuala Lumpur, kayuhan mendaki genting sempah (laluan jalan lama) diwaktu malam Ramadhan memang ditunggu rider-rider sekitar KL. Kayuhan secara berkumpulan mampu mengumpul lebih 40 rider. Suasana gelap gelita, laluan yang sunyi sepi, pendakian yang berselekoh, suasana dingin malam antara cabaran sepanjang 16km pendakian. Jika bukan bulan Ramadhan, rasanya memang tak berani nak lalu laluan ni. Ok, Tingkatkan keselamatan bila berkayuh pada malam sentiasa peka pada persekitaran. Selamat berpuasa & selamat berkayuh.

Monday, July 16, 2012

:: Pedal Clip TIME ATAC ::


Setelah beberapa tahun menggunakan pedal clip jenama SHIMANO sehingga rosak pedal tersebut, maka aku beralih  kepada pedal clip jenama TIME model ATAC S. Mempunyai 3 jenis tahap keanjalan spring yang boleh diubah mengikut kesuaian penunggang.
Tahap 1 - Lembut, kasut amat senang ditanggalkan dari pedal.
Tahap 2 - Sederhana keras/Ketat, kasut masih senang ditanggalkan dari pedal tetapi sedikit "keras"
Tahap 3 - Keras/Ketat, Kasut amat susah ditanggalkan dari pedal.
Anda perlu membaca manual sebelum membuat atau mengubah "setting" tersebut. Kemudian lakukan ujian terhadap pedal tersebut.Harganya pun tidak semahal jenama LOOK. Setalah cuba menggunakannya, perestasi pedal tersebut  memuaskan hati. Orang kata " sesuailah dengan jiwa" hehehe 
Jika anda cari Pedal clip utk menggantikannya yang lama? Anda boleh cuba pedal ini, pasti tidak menghampakan. Ada beberapa model pedal jens ini, sila rujuk web di bawah utk maklumat lanjut. 

http://www.time-sport.com/pedales/time-atac_15_m22.aspx

Tuesday, July 10, 2012

:: JW MTB Karnival 8/7/2012 ::

Peta asal sblm pindaan setelah hujan lebat malam sehari sebelum acara (Gambar ihsan JW)

Peta sebenar laluan trail jamboree (Gambar ihsan Mej Fauzi)

Data ketinggian muka bumi trail (Gambar ihsan Mej Fauzi)

Single trail teknikal..(gambar ihsan Cycling Malaysia)

Cabaran menolak...Petua menolak, jgn pandang atas..pandang bawah saja hahahaha (Gambar ihsan Yvonne)

Lepas jamboree lepak dgn kwn2 ET yg dah lama tak jumpa, maklumlah aku ni jarang msk jamboree.

Bentang tikar, luruskan badan kejap sementara tunggu cabutan bertuah
Jarak : ~27Km...
Jumlah rider : ~1000 rider (Jamboree)
                       ~80 rider (Expert)
Ini adalah jamboree ke-2 aku utk tahun ni. Banyak sangat tugasan luar, jadi banyak acara MTB terlepas begitu saja. Bagi aku trail ini merupakan satu trail yang amat menarik. Cabaran yang amat berbaza dengan trail-trail ladang. Jarang penganjur jamboree menghidangkan trail macam ni. Kalau boleh tahun depan dapatkan trail-trail baru, tapi jarak jangan lebih 30Km. Perbaiki kelemahan-kelemahan yang ada. Moga teguran-teguran dari rider dapat diterima secra positif demi meningkatkan kelancaran serta kejayaan acara untuk tahun depan. Antarnya, tambah marshall, air minuman, makanan, garisan permulaan, hadiah pemenang dll. Tahniah JW, Marshall serta kakitangan lain yang bertungkus lumus sepanjang acra.

MADU TUALANG ASLI READY STOK... SMS/Call 012-2246230
500g=RM45 , 1Kg=RM85

Sunday, July 1, 2012

:: Flat Bar ::

Contoh Flat Bar

Faktor pemilihan Flat bar

1.Cara tunggangan mesti "Jiwa XC" .
Jika anda suka melayan trail XC anda lebih sesuai menggunakanya. Kenapa? Ia memberikan kelebihan ketika pendakian. Macam mana ia dpt memberikan kelebihan? Apabila pendakian, beban badan anda dapat dia alihkan secara maksimum ke bahagian depan basikal anda, secara tidak langsung tayar belakang anda akan kurang beban. Jadi kayuhan pendakian lebih mudah. Selain daripada itu, anda dapat melayani laluan teknikal dgn lebih baik dengan pengawalan yang lebih jitu & konsisten.

2.Frame XC.
Frame Hard tail XC lebih sesuai menggunakannya. Frame hard tail merupakan "kawin" yg amat serasi dgn handle jenis ini.

3.Kenal Pasti setting basikal anda.
Perkara yg paling penting ialah anda mesti tahu setting basikal anda. Apakah jenis setting yang anda adaptasikan pada basikal anda. Kita tidak perlu ikut cakap orang utk menukar sesuatu aksesori. Basikal kita adalah untuk tunggangan kita. Jika basikal anda di "setup" utk All Mountain, handle bar jenis ini tidak sesuai digunakan. Dan jika anda lebih serasi dgn riser bar walaupun anda penunggang XC maka biarkan saja setup anda.

4.Perlukah anda memotonganya jika panjang?
Melalui ilmu-ilmu dari rider berpengalaman, mereka lebih menggalakkan penggunaan hanlde bar yg lebar. Tak perlu dipotong. Mengapa? Kerana ia memberikan kelebihan ketika pendakian serta penurunan bukit yang lebih stabil. Bayangkan jika hanlde bar anda dipotong, maka bukakan kelebaran akan mengecil. Pengecilan kelebaran tidak memberikan kestabilan bila hentakan berlaku ketika penurunan bukit dalam halaju yang tinggi.

5.Apakah saiz kelebaran yang biasa rider-rider gunakan?
560mm,580mm, 600mm,620mm,640mm

6.Antara jenis binaan hanlde bar:-
Alloy, Scandium, Karbon komposit


Sunday, June 24, 2012

.:: OFFROAD BERSAMA FORBEARING 24/6/12 ::.

AHAD- 24/6/12 Kayuhan Offroad aku minggu ni bersama Forbearing Cycling Team.  Lebih kurang 11 rider bersama dalam kayuhan ini yang merangkumi jarak sejauh 31km. Laluan trail adalah laluan hutan sekunder, ladang sawit serta tarmac. Trail tidak terlalu teknikal, sesuai utk semua peringkat rider. Terima Kasih pada kawan-kawan yg bersama-sama utk kayuhan hari ini. Insya Allah, jika ada kelapangan kita kayuh sama lagi. TQ

Forbearing Cycling Team

Puncak Tangki Air

Seluas mata memandang

Trail Tasik (ada short trail kat sini)

Ramai org memancing~RM50K saper yg tak nak~

Cerapan kayuhan minggu ini

Gambar-gambar dari Kamarul :-
Tempat berkumpul

Ladang sawit yg tunggu masa nak kene tebang ni..

Tangki air

Sunday, June 17, 2012

Menyelenggara Komponen Rim Basikal.

 Rim basikal adalah salah satu komponen yg penting dlm melancarkan kayuhan anda. Ada bermacam-macam jenama & model  rim utk basikal, contohnya Mavic, Fulcrum, DTswiss, Shimano dll. Rim anda adalah amat penting & mesti  bersesuian dengan cara penunggangan anda. Penunggang XC, AM, DH mempunyai jenis rim yang berbeza. Penyelenggaran penting utk mengelakkan kerosakan pada rim tersebut. Perlukah selalu membuat penyelengggaran? Bagi aku  setahun sekali dah cukup. Boleh buat sendiri ka? Boleh...perlukan peralatan yang sesuai & sedikit pengalaman. Pengalaman? Tentu masa kecil-kecil dulu anda mempunyai pengalaman membaiki basikal sendiri, jadi sama jerlah..cuma perlu baca sikitlah kat web-web utk lihat maklumat leraian jenis hub rim anda.

Rim Belakang

Rim Hadapan

1.Apa yg aku buat ialah membersihkannya dari pasir serta habuk.
2.Lap dengan kain bersih dan jangan sekali gunakan WD40..kenapa?
3.Sebab, WD40 akan mencairkan gris di dalam bearing anda. Bila gris cair & kering maka   
   bearing  anda pasti rosak akibat putaran yg tiada pelincir.
4.Perlukah buka bearing tersebut? Tak perlu buka jika bearing anda masih berpusing dgn baik serta  
   tidak tersekat-sekat (kasar).
5.Pasang semula setelah membersihkanya mengikut turutan leraian.
6.Disamping itu jejari rim perlu diselenggara agar tiada jejari yg longgar.
7.Penyelanggaran ini aku buat setelah 3thn aku guna rim ni...bebaloi, nasib baiklah tak rosak, blh 
   la akulanyak lagi :)
8.Sedikit petua yg aku dpt dari internet dlm menjaga rim :-
    a. Jangan menenggelamkan hub anda di dalam air. Kalau merentasi sungai sebaiknya pukul.
    b. Jangan kayuh jika hub anda tenggelam dalam air. Walaupun laluan blh kayuh, lebih selamat
        dipikul.
    c. Jangan gunakan air yang dipancut deras dibahagian hub.
    d. Jangan gunakan WD40 dibahagian hub.
    e. Tungganglah sesuai dgn kemampuan rim serta rim mesti bersesuian dgn berat badan anda.
   
Komen aku utk rim ini :-
Tahan lasak & bersesuaian dgn harga (Thn 2009 harganya Rm650).

Sunday, May 27, 2012

Bukit Pelindung Kuantan



Cerapan ketinggian Bukit Pelindung

Laluan : Balok > Bukit Pelindung > Telok Cempedak > Balok
Jarak : 44km
Ketinggian maksimum : 291meter

AHAD 27/5/12 - Tanya punya tanya, akhirnya aku sampai ke Bukit Pelindung setelah beberapa kali tersesat sebab tak jumpa jalan naik ke bukit tersebut. Ini bukan sebarang bukit, antara bukit yg tersohor dikalangan penduduk kuantan. Semasa pendakian naik, ramai org yg sedang joging. Pendakian lebih kurang 2km, tapi kecuramannya memang menyiksa jantung dan kaki. Bukit ini mengingatkan aku pada Bukit Besi & Bukit Dinding di KL. Bagi Rider yg dtg ke Kuantan, kene rasa naik bukit ni...jgn segan atau malu, kalu tak larat kita tolak.. :)



Gambar kenangan Puncak Bukit Pelindung. Mcm Bukit Besi juga, ada pengawal jaga "Dilarang Masuk" .