
Wednesday, November 17, 2010
Sudut Renungan
Hadis :
Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:"Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:
1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.
2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.
3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.
4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)
Huraian :
Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan. Firman Allah yang bermaksud:" "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)
Tuesday, November 16, 2010
Suasana Semasa PCP Race 14 Nov 2010
Bro Assry & Bro Marzuki (Ketegori veteran)
Pak Din (Ketegori Veteran)

Rakan-rakan dr pujMAC XC Open

Zul Mercury Xc Open


Monday, November 1, 2010
ECC2010 SELESAI..BEST OOoooooo

Taniah kpd Hasan dpt no16 utk 1st Jamboree... Bro Peter No 30 & Fido No 78. TANIAH!
Taniah juga pd rakan2 yg lain Kapt, Bro Mazuan, Faisal,Reza, FJ,Din, Syahir & Hafiz serta Moza yg berjaya menghabiskan kayuhan dgn selamat.


Oleh kerana ptgnya hujan. Maka laluan yg bakal dilalui pastinya berlumpur. Kayuhan bermula di Dataran Ayer Keroh 2030H yg disertai lbh kurang 1400rider. Permulaan kayuhan adalah baik, aku dpt menempatkan diri kelompok hadapan sebelum bermulanya offroad, jadi aku x banyak menghadapi masalah jem di trail.


Setiap kayuhan adalah pengalaman.
Masalah: Rantai melekat pd chain ring ketika mendaki menyebabkan rantai tersangkut.
Akibat kalau terus menekan: RD @ hangar boleh patah serta bengkok.
Sebab musabab: jockey wheel telah haus/rosak. Rantai telah rosak
Terima kasih kepada ahli keluarga serta isteri tercinta yg sentiasa memberi sokongan pada aktiviti MTB ku ini..
Jumpa lg di jamboree Bernam Jaya!
GAMBAR Ihsan dari Safura & Moza. TQ
Thursday, October 28, 2010
KAYUHAN BUKIT DINDING
Thursday, October 21, 2010
ECC 2010 KAYUHAN JAMBOREE MALAM
Rider-rider DUKECT kali ini berkesempatan menghantar wakli utk cabaran kayuhan malam ECC 2010. Seramai 11 org yg akan mencabar ECC2010 dr 12 org yg mendaftar. - Kapten Firdaus
- Faisal
- Hasan
- Fido
- Peter
- Mazuan
- Reza
- FJ
- Din
- Dzul
- Aku
Lokasi penempatan
Banglow 5 bilik & dijamin selesa...
Monday, October 18, 2010
KAYUHAN SEMANGAT L I V E S T R O N G PART2

CP3:Barisan rider-rider "bukit hantu" yg senyum gembira utk melupakan seketika bukit ketika laluan balik nanti ......:)
Pemandangan indah...

Setelah penat bergambar, kayuhan diteruskan ke CP4, iaitu tempat makan & minum...banyak tenaga dah hilang semasa uphill kedua2 bukit sebelum ni. Laluan menuju ke Cp4 pun blh tahan juga, landai serta beralun..
CP4: Akhirnya kami sampai juga..lega Ooooo.. sorang2 tak hengat order air. Seorang rider paling kurang 2 gelas jenis air..itu tak termasuk cendol.. Kami berehat disini lbh kurang 1/2jam sebelum meneruskan perjalanan utk balik ke AMPANG.... laluan balik, BUKIT lagi!!!!!
Semangat L I V E S T R O N G... di hidupkan semula..
CP5: Kayuhan balik ke Ampang memang betul2 menguji, kami berehat sebentar disini sebelum uphill semula menuju ke puncak Bukit Ampang. Kayuhan di bawah panas terik matahari, peluh menitis tak berhenti2 ketika menuju ke puncak.

CP6: Sampai saja di puncak bukit Ampang, satu kepuasan.... selepas ini, kayuhan balik menuju terus ke Ampang iaitu tempat berkumpul. Kami tiba di kedai Ah Yong lebih kurang pukul 1.10ptg. Semuanya sampai dengan selamat. Kepenatan kayuhan kali ini aku rasa umpama layan Dam Trail 2 loop :) . Apa-apa pun kayuhan yg best..aku nak repeat sekali lagi 1 hari nanti..

Terima Kasih kpd Zirah & Safura yang bertindak sbg "safety car" yang sentiasa memerhatikan keselamatan rider semasa berkayuh serta tolong mengambil gambar-gambar kami. semua gambar adalah cantik2 belaka. TQ
Tidak dilupakan juga kpd Isteri tercinta serta ahli keluarga yg sentiasa memberi sokongan kepada Hobiku ini. TQ
Gambar Kayuhan Semangat L I V E S T R O N G hasil sumbangan Zirah,Hasan,Fido,Safura,FJ,Hafiz. TQ semua.
KAYUHAN SEMANGAT L I V E S T R O N G (PART1)


Ujian pertama dimulakan oleh Hasan yg mencatat masa keseluruhan 9 minit untuk sampai ke puncak Bukit Ampang dan diikuti oleh rider-rider lain.


Pekan Langat... suasana lain beb.. rider L I V E S T R O N G menjadi perhatian..naik sikit semangat pada masa ni.. hahhhahaha
Kayuhan pendakian telah bermula...

Lihat sajalah.. 2 jenis rider, 2hobi berbeza, 2 kemampuan yg berbeza. Kemampuan Enjin + skill & kemampuan stamina + skill. Apa-apa pun, kita adalah rider.

Kayuhan menuju puncak kedua "BUKIT HANTU"...
CP2: Puncak Bukit Hantu. Kayuhan utk sampai kepuncak kedua memang menguji mental. Dgn suasana panas terik, deruman enjin2 kereta2 turbo berserta deruman enjin2 superbike mmg membakar jiwa...
Setelah sampai disni, tak dpt dibayangkan kepenatannya...bak kata Shahrin, "HANTU PUNYER BUKIT"... Kami berehat sebentar disini sambil membayangkan air kelapa, cendol, mee kari...peh lazatnya.... kejayaan menawan bukit hantu memang memuaskan... "BILER MAU REPEAT????"Thursday, October 14, 2010
Monday, October 11, 2010
KEMENSAH LUBUK TEDONG TRAIL (Pengenalan)


Sedikit gambaran laluan yg pernah diredah...

Sungai dia best Ooooooo....







