Thursday, October 21, 2010

ECC 2010 KAYUHAN JAMBOREE MALAM

Rider-rider DUKECT kali ini berkesempatan menghantar wakli utk cabaran kayuhan malam ECC 2010. Seramai 11 org yg akan mencabar ECC2010 dr 12 org yg mendaftar.

  1. Kapten Firdaus
  2. Faisal
  3. Hasan
  4. Fido
  5. Peter
  6. Mazuan
  7. Reza
  8. FJ
  9. Din
  10. Dzul
  11. Aku

Lokasi penempatan

Banglow 5 bilik & dijamin selesa...

Monday, October 18, 2010

KAYUHAN SEMANGAT L I V E S T R O N G PART2

SAMBUNGAN KAYUHAN SEMANGAT L I V E S T R O N G...


Kayuhan bersambung ke pinggir Semeyih selepas berehat di bukit Antu. Punyalah gembira layan menuruni bukit, disajikan pula pemandangan yang indah...fuh...tenteram beb...



CP3:Barisan rider-rider "bukit hantu" yg senyum gembira utk melupakan seketika bukit ketika laluan balik nanti ......:)


Pemandangan indah...


Setelah penat bergambar, kayuhan diteruskan ke CP4, iaitu tempat makan & minum...banyak tenaga dah hilang semasa uphill kedua2 bukit sebelum ni. Laluan menuju ke Cp4 pun blh tahan juga, landai serta beralun..

CP4: Akhirnya kami sampai juga..lega Ooooo.. sorang2 tak hengat order air. Seorang rider paling kurang 2 gelas jenis air..itu tak termasuk cendol.. Kami berehat disini lbh kurang 1/2jam sebelum meneruskan perjalanan utk balik ke AMPANG.... laluan balik, BUKIT lagi!!!!!

Semangat L I V E S T R O N G... di hidupkan semula..

CP5: Kayuhan balik ke Ampang memang betul2 menguji, kami berehat sebentar disini sebelum uphill semula menuju ke puncak Bukit Ampang. Kayuhan di bawah panas terik matahari, peluh menitis tak berhenti2 ketika menuju ke puncak.


CP6: Sampai saja di puncak bukit Ampang, satu kepuasan.... selepas ini, kayuhan balik menuju terus ke Ampang iaitu tempat berkumpul. Kami tiba di kedai Ah Yong lebih kurang pukul 1.10ptg. Semuanya sampai dengan selamat. Kepenatan kayuhan kali ini aku rasa umpama layan Dam Trail 2 loop :) . Apa-apa pun kayuhan yg best..aku nak repeat sekali lagi 1 hari nanti..


Terima Kasih kpd Zirah & Safura yang bertindak sbg "safety car" yang sentiasa memerhatikan keselamatan rider semasa berkayuh serta tolong mengambil gambar-gambar kami. semua gambar adalah cantik2 belaka. TQ

Tidak dilupakan juga kpd Isteri tercinta serta ahli keluarga yg sentiasa memberi sokongan kepada Hobiku ini. TQ

Gambar Kayuhan Semangat L I V E S T R O N G hasil sumbangan Zirah,Hasan,Fido,Safura,FJ,Hafiz. TQ semua.

KAYUHAN SEMANGAT L I V E S T R O N G (PART1)


Salam kembali semua. 17 Oktober 2010, kayuhan jalan raya telah berjalan mengikut jadual spt yg telah dirancangkan. Seramai 13 rider semuanya yg terlibat dlm kayuhan kali ini. Tidak dilupakan juga 1org pemandu bersama 1 org pembantu "Safety Car" (ZIRAH & SAFURA) TQ. Oleh kerana kayuhan kali ni memang telah diketahui KEAZABANNYA, maka majoriti rider memakai JC LIVESTRONG sebagai pembakar semangat utk mengharungi cabaran kayuhan "azab".



Ujian pertama dimulakan oleh Hasan yg mencatat masa keseluruhan 9 minit untuk sampai ke puncak Bukit Ampang dan diikuti oleh rider-rider lain.



CP1: Puncak Bukit Ampang, Kami berehat sebentar di sini utk menghilangkan lelah mendaki sblm meneruskan kayuhan ke Pekan Langat. 2 Rider menanti di Pekan Langat (Ajo & Dzul).



Pekan Langat... suasana lain beb.. rider L I V E S T R O N G menjadi perhatian..naik sikit semangat pada masa ni.. hahhhahaha


Kayuhan pendakian telah bermula...


Lihat sajalah.. 2 jenis rider, 2hobi berbeza, 2 kemampuan yg berbeza. Kemampuan Enjin + skill & kemampuan stamina + skill. Apa-apa pun, kita adalah rider.



Kayuhan menuju puncak kedua "BUKIT HANTU"...

CP2: Puncak Bukit Hantu. Kayuhan utk sampai kepuncak kedua memang menguji mental. Dgn suasana panas terik, deruman enjin2 kereta2 turbo berserta deruman enjin2 superbike mmg membakar jiwa...


Setelah sampai disni, tak dpt dibayangkan kepenatannya...bak kata Shahrin, "HANTU PUNYER BUKIT"... Kami berehat sebentar disini sambil membayangkan air kelapa, cendol, mee kari...peh lazatnya.... kejayaan menawan bukit hantu memang memuaskan... "BILER MAU REPEAT????"

Gambar Ihsan dari Hasan, zirah, Safura & Fido Dido..
Sambung di part 2..kayuhan SEMANGAT L I V E S T R O N G

Monday, October 11, 2010

KEMENSAH LUBUK TEDONG TRAIL (Pengenalan)


Lubuk Tedong merupakan salah satu trail yg terdapat di Kemensah. Trail tersebut menuju jauh ke dalam hutan belantara. Jarak keseluruhan lebih kurang 22Km (pergi balik). Apabila telah masuk ke laluan tersebut (juga melalui 1/4 laluan masuk dam trail), suasana kayuhan adalah lebih redup dan nyaman kerana ditutupi kanopi tumbuhan belantara. Oleh itu, kayuhan ke lubuk tedong menjanjikan suasana kayuhan yang berlainan dgn trail2 lain. Suasana hutan belantara yg masih belum terjejas pasti melapangkan jiwa sepanjang kayuhan. Cerita yg best2 jer, yg tak best tak payah cerita dulu. Tahun lepas dah masuk trail ni, tapi tahun ni belum lagi.



Sedikit gambaran laluan yg pernah diredah...


Sungai dia best Ooooooo....

Sunday, October 10, 2010

DAM TRAIL PART 4 EPISOD AKHIR...

Kayuhan terkini Dam trail bersama 5 org rakan2



Tahap ketinggian muka bumi serta peta terkini sumbangan dr Bro Azuree..



Trail buluh gatal...



Gambar di pinggir dam dr Bro Hasan. Dari sini, anda tempuh kayuhan mendaki sehingga ke puncak sebelum downhill dgn gembiranya sehingga keluar trail.



Climbing dr dam telah hampir ke puncak...




Puncak terakhir sebelum semua rider layan downhill sehingga keluar trail..

Kayuhan dr pinggir empangan ke puncak ke-2 akan melalui kawasan terbuka tiada lagi kwsn kayuhan "beratapkan" kanopi tumbuhan2 besar. Oleh itu rider lebih merasa suasana panas. Tapi kami bernasib baik, cuaca semakin mendung hehehehe. Laluan kayuhan lebih rata serta terdapat juga lopak2 selut kesan drpd tayar 4WD. Utk sampai ke puncak, laluan mendaki agak mencabar juga. Setelah sampai ke puncak maka bersedialah melayan downhill sehingga keluar dr trail. Bg yg menggunakan fullsus, memang syok Oooo..


NOTA:Gambar2 ihsan dr Hasan & Azuree

Friday, October 8, 2010

Membersihkan Sistem Pemacu Basikal


Gambar diatas diambil selepas aku layan salah satu jamboree basikal. Kedaan rantai, Rd, Crank memang berada pada tahap maksimum "kotor" . Lihat sajalah Cassette & Rantai, macam dah nak berkarat. Oleh itu, Anda perlu cepat membersihkannya utk mengelakkannya rosak.
Apakah peralatan yg diperlukan?
  1. Minyak Tanah-utk membuang kotaran serta minyak lama.
  2. Sabun Buku (Sabun Basuh Baju)-membuang minyak tanah serta membersihkan rantai dr kotoran yg tak dpt ditanggalkan oleh minyak tanah.
  3. Berus gigi lama 2 unit-utk memberus cassette serta rantai yg kotor.
  4. Kain Buruk-utk menyerap air selepas membasuh/ mengeringkan rantai dr air.
  5. Minyak Rantai -letak semula minyak selepas rantai di bersihkan.
Tanggalkan rantai agar senang membuat pembersihan. Bersihkan juga kompnen-komponen yg berkaitan dengan pemacu rantai.

Rantai yg telah dibersihkan, perlu dilap dgn kain agar cepat kering sebelum diminyakkan semula.

Pasang semula rantai. Letak minyak sedikit demi sedikit, jgn terlalu banyak krn akan meneyebabkan rantai anda terlalu basah (cepat melekat kotoran). Putarkan crank, & mainkan gear agar minyak dpt diseratakan pd rantai serta cassette. Sistem pemacu yg bersih akan memanjangkan jangka hayat komponen basikal anda sekaligus dpt menjimatkan wang anda. Sistem pemacu yg bersih juga dapat melancarkan kayuhan anda. Selamat mencuba!


Tuesday, October 5, 2010

KEMENSAH DAM TRAIL PART3

"Single Trail Climbing"
Setelah anda dihidangkan dgn laluan mendaki yg menyiksakan, maka tibalah habuan pertama "downhill". Pastikan anda menjarakkan diri antara rider2 & pastikan juga anda tidak terlalu laju kerana kecuramannya agak giler sikit. Serta berhati2 dengan lopak air serta akar-akar kayuh yg sering membuatkan rider "Fly". Jika trail basah, laluan ini amat licin. Tapi kalu kene dengan gaya serta jenis tayar yg sesuai pasti selamber melayan.

Gambar dibawah adalah antara laluan "Single Trail" pohon-pohon buluh. Laluannya landai serta mendaki. Tetapi selepas itu rasalah habuan "Downhill single" trail nya. Berhati hati dengan akar serta tunggul kayu yg di tutupi daun serta buluh2 yg melintang.


Sedikit laluan menyusuri anak sungai setelah melayan "Downhill Single Trail". Lihatlah wajah gembira rakan-rakan kita hehehehehehhehe.

Sambung lg lain kali di Part 4

Note: Gambar Ihsan dari FB Naz Kona serta White MTB

Saturday, October 2, 2010

KEMENSAH DAM TRAIL PART 2



Ini adalah tarmac yg anda akan lalui sebelum mencecah off road. Laluan tarmac ni lebih kurang 3Km. Terdapat juga sedikit laluan mendaki, tetapi yg paling utama, anda perlu berhati2 melaluai kwsn tersebut kerana kadang2 terdapat motosikal & kereta yg dipandu laju..

Salam perkenalan Offroad kemensah bermula disini. Jgn sesekali memandang sipi dgn bukit yg tak seberapa ni. Jika silap perhitunggan menggunakan gear atau terlalu "gelojoh" meratah bukit ni anda pasti akan tewas. Pastikan anda menggunakan gear yg sesuai dengan kemampuan anda utk menghabiskan kayuhan sehingga ke atas.


Wah rehat nampak.. hehehhehehe. utk sampai kesini, anda akan melayan climbing lebih kurang 5 kali. Tiada laluan menurun semuanya mendaki. Ada byk lagi laluan mendaki selepas ni, jadi jgn la menghabiskan tenaga...kalu tak larat mendaki elok tolak jer..jgn la segan2 nak tolak..krn menolak itu adalah asam garam berbasikal MTB.
Dah sampai ke sini juga , bermakna tiada lg "laluan Ayam". Anda perlu menghabiskan loop tersebut samada larat atau tidak. Laluan Dam Trail penuh dgn pendakian2 yg mencabar serta laluan menurun bukit "single trail" yg amat menyeronokkan.
Bagi yg menggunakan basikal fullsus, Dam trail adalah salah satu tempat best utk layan fullsus anda. Tetapi anda perlu ingat, ranting2 buluh sentiasa menanti anda. Jadi pastikan anda menggunakan pelindung mata (cermin mata) utk mengelakan kecederaan.
(Sambung lagi next time part 3, roger out...)

Tuesday, September 28, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU...


1.Sepupu iaitu Husna Husin & Mohd Khairul Anwar pada 25 Sept 2010 di Melaka.





2.Ex ROTU NAVY Uitm Intake 3 ,rakan sekayuhan Shahrul Effendy & Erni pada 26Sept di KL.



3.Ex ROTU NAVY Intake 2 Nur Ikmal & Noor Fadhlina pada 26 Sept 2010 di Rawang.



SELAMAT PENGANTIN BARU SEMUA. SEMOGA BERBAHAGIA KE ANAK CUCU SERTA DIKURNIAKAN ANAK2 YG SOLEH...