Best...kata FJ :)
Adik beradik BANK

Ada mambang la...

Gambar ihsan dari HASAN POWER
Rider-rider DUKECT kali ini berkesempatan menghantar wakli utk cabaran kayuhan malam ECC 2010. Seramai 11 org yg akan mencabar ECC2010 dr 12 org yg mendaftar. Lokasi penempatan
Banglow 5 bilik & dijamin selesa...

CP3:Barisan rider-rider "bukit hantu" yg senyum gembira utk melupakan seketika bukit ketika laluan balik nanti ......:)

Setelah penat bergambar, kayuhan diteruskan ke CP4, iaitu tempat makan & minum...banyak tenaga dah hilang semasa uphill kedua2 bukit sebelum ni. Laluan menuju ke Cp4 pun blh tahan juga, landai serta beralun..
CP4: Akhirnya kami sampai juga..lega Ooooo.. sorang2 tak hengat order air. Seorang rider paling kurang 2 gelas jenis air..itu tak termasuk cendol.. Kami berehat disini lbh kurang 1/2jam sebelum meneruskan perjalanan utk balik ke AMPANG.... laluan balik, BUKIT lagi!!!!!
Semangat L I V E S T R O N G... di hidupkan semula..
CP5: Kayuhan balik ke Ampang memang betul2 menguji, kami berehat sebentar disini sebelum uphill semula menuju ke puncak Bukit Ampang. Kayuhan di bawah panas terik matahari, peluh menitis tak berhenti2 ketika menuju ke puncak.

CP6: Sampai saja di puncak bukit Ampang, satu kepuasan.... selepas ini, kayuhan balik menuju terus ke Ampang iaitu tempat berkumpul. Kami tiba di kedai Ah Yong lebih kurang pukul 1.10ptg. Semuanya sampai dengan selamat. Kepenatan kayuhan kali ini aku rasa umpama layan Dam Trail 2 loop :) . Apa-apa pun kayuhan yg best..aku nak repeat sekali lagi 1 hari nanti..

Terima Kasih kpd Zirah & Safura yang bertindak sbg "safety car" yang sentiasa memerhatikan keselamatan rider semasa berkayuh serta tolong mengambil gambar-gambar kami. semua gambar adalah cantik2 belaka. TQ
Tidak dilupakan juga kpd Isteri tercinta serta ahli keluarga yg sentiasa memberi sokongan kepada Hobiku ini. TQ
Gambar Kayuhan Semangat L I V E S T R O N G hasil sumbangan Zirah,Hasan,Fido,Safura,FJ,Hafiz. TQ semua.




Pekan Langat... suasana lain beb.. rider L I V E S T R O N G menjadi perhatian..naik sikit semangat pada masa ni.. hahhhahaha
Kayuhan pendakian telah bermula...


CP2: Puncak Bukit Hantu. Kayuhan utk sampai kepuncak kedua memang menguji mental. Dgn suasana panas terik, deruman enjin2 kereta2 turbo berserta deruman enjin2 superbike mmg membakar jiwa...
Setelah sampai disni, tak dpt dibayangkan kepenatannya...bak kata Shahrin, "HANTU PUNYER BUKIT"... Kami berehat sebentar disini sambil membayangkan air kelapa, cendol, mee kari...peh lazatnya.... kejayaan menawan bukit hantu memang memuaskan... "BILER MAU REPEAT????"


Kayuhan terkini Dam trail bersama 5 org rakan2


Climbing dr dam telah hampir ke puncak...

Puncak terakhir sebelum semua rider layan downhill sehingga keluar trail..
NOTA:Gambar2 ihsan dr Hasan & Azuree
Gambar diatas diambil selepas aku layan salah satu jamboree basikal. Kedaan rantai, Rd, Crank memang berada pada tahap maksimum "kotor" . Lihat sajalah Cassette & Rantai, macam dah nak berkarat. Oleh itu, Anda perlu cepat membersihkannya utk mengelakkannya rosak.
Tanggalkan rantai agar senang membuat pembersihan. Bersihkan juga kompnen-komponen yg berkaitan dengan pemacu rantai.
Pasang semula rantai. Letak minyak sedikit demi sedikit, jgn terlalu banyak krn akan meneyebabkan rantai anda terlalu basah (cepat melekat kotoran). Putarkan crank, & mainkan gear agar minyak dpt diseratakan pd rantai serta cassette. Sistem pemacu yg bersih akan memanjangkan jangka hayat komponen basikal anda sekaligus dpt menjimatkan wang anda. Sistem pemacu yg bersih juga dapat melancarkan kayuhan anda. Selamat mencuba!
"Single Trail Climbing"
Gambar dibawah adalah antara laluan "Single Trail" pohon-pohon buluh. Laluannya landai serta mendaki. Tetapi selepas itu rasalah habuan "Downhill single" trail nya. Berhati hati dengan akar serta tunggul kayu yg di tutupi daun serta buluh2 yg melintang.
Sedikit laluan menyusuri anak sungai setelah melayan "Downhill Single Trail". Lihatlah wajah gembira rakan-rakan kita hehehehehehhehe.

Sambung lg lain kali di Part 4
Note: Gambar Ihsan dari FB Naz Kona serta White MTB

Salam perkenalan Offroad kemensah bermula disini. Jgn sesekali memandang sipi dgn bukit yg tak seberapa ni. Jika silap perhitunggan menggunakan gear atau terlalu "gelojoh" meratah bukit ni anda pasti akan tewas. Pastikan anda menggunakan gear yg sesuai dengan kemampuan anda utk menghabiskan kayuhan sehingga ke atas.